Thursday, September 6, 2012

kematian, keuzuran dan keletihan

Semalam, 18 syawal 1433 tok Ngah, meninggal di felda bukit tajau jam 12 am dan kami sempat menziarah jenazahnya pada jam 8.30 pg. Tok ngah merupakan kakak ipar nenek, tok sedara kami yang berasal dan tinggal di Seberang Takir, Trg namun hayat dan ajal dia tiada siapa yang tahu, dia meninggal di rumah anaknya di pahang dan di tanam la di pahang. Maka kini adik beradik sebelah nenek cuma tinggal nenek sorang je lagi.

Dan nenek sekarang dalam keuzuran, minor strok, rabu 29 ogos 2012 telah dikejarkan ke wad 7c HTAA dan berada di sana selama 4 hari, hari sabtu balik ke IM15...bermula la kehidupan baru nenek yang penuh keuzuran, mandi dan ke tandas berpapah, makan bersuap dan katil la tempat terbaik. 3 hari berurut berjaya memulihkan sedikit keuzuran dia, dan kini meniti hari dengan bantuan sepenuhnya

Dan kami, keletihan beraya, keletihan melihat nenek serta keletihan menahan kaki yang terseliuh (lg sekali di kaki kiri akibat terjatuh di depan tandas baru hentian bukit besi highway baru LPT...-tahun lepas dan kena sekali, kat kinrara), hantar ma blk KT, hari hantar ma lagi, ...letih kerna tiada hari duk rileks dumoh, kerja yang ada belum lagi selesai...dan yang paling letih ciksu siti sebb nenek berada di rumahnya, makan minum nenek, bersih diri nenek, anak 4 kesekolah dan kenakalan.....moga allah bagi kekuatan pada dia, jangan bagi darah dia naik....huhu...ya allah permudahkan urusan ciksu siti.

dan aku keletihan, ulang alik KT, IM15 dan sikap pak sedara lelaki yang cool dan lepas tangan, dgn masa yagn dikorbankan belum cukup untuk memberitahu yang kau sedang melaksanakan tanggung jawab, duit dan tenaga juga penting. kalau lahir sebagai melayu ortodoks macam ni la, g surau hari2 pun xde makna kalau fikir diri sendri je betul serta tak bole terima sikap org lain seperti mana orang lain terima dia seadanya dan merasa cukup dengan apa yang ada tanpa perlu kerja keras...lelaki maa

kalau orang lain berasa diri betul dan sentiasa nak betul tanpa menjejaskan diri kita tanapa merugikan kita apa perlu kita buang dan tidak bertegur sapa dengan orang itu kalau orang itu sedara sendri

ma memang garang ma memang nak betul je, namun hati dia tetap terbaik, baik sokmo walau mulut tak berapa baik tapi perlu kah ma di abaikan,..siapa buang ma, aku jua buang org itu.

DEN CUKUP PANTANG KALU LELAKI NAK GADUH DENGAN POMPUAN TAMBAH LAGI SEDARA SENDIRI, KAKAK SENDIRI, MCM BAPOK JE,

2 comments:

  1. uisshh sabar moga tabah menghadapi segalanya :D

    ReplyDelete
  2. bella > tu la, hidup ngan en sabar je ni...khee

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...