Friday, August 3, 2012

Baby Arnab

 bapaknya, coklat
tak mau pergi jauh, duk ngadap sangkar je, 
seminggu ni duk luar je la kome

4 ekor semua, moga survive
ibu tak pandai nyusu
puting susu ibu pun tak keluar
lapar la 4 kembar ni

darah masih melekat,
tengah hari sikit nak mandikan
dipijak pijak anaknya
tak pandai lagi ni....vanila, jaga baby tu...


5. Pastikan makanan ibu (pellete) dan air minum sentiasa cukup. Boleh juga tambah kan dengan diet alfalfa hay. Alfalfa hay bagus untuk menambah susu badannya, malah bagus untuk arnab-arnab muda. Kedai Pet menjual dalam lingkungan harga RM20 – RM 30 sekilogram.
6. Jika nampak anak-anak arnab tidak disusukan dengan baik, kita perlu membantunya. Setiap hari, buat penyusuan manual. Baringkan ibu mengereng atau telentangkan. Tenangkan ibunya dengan usapan di kepala. Sebaiknya kuku-kukunya di potong (trimmed, lihat kaedah memotong kuku arnab). Ini untuk elak kita tercedera kerana mungkin ibu arnab meronta.
Apabila ibu arnab bertenang, ambil anak-anak arnab dan letakkan di perut ibunya. Puting ibu arnab ada lapan, jika anak-anak arnab lebih dari itu, pastikan semua mendapat susu cukup.
Ini sebenarnya antara part yang menarik, sebab kita akan nampak perut anak arnab terisi dengan susu ibunya. Oleh kerana kulitnya masih nipis, kita akan nampak ada cecair kekuningan. Gemukkan mereka lebih kurang dalam masa 5 – 15 minit.
Jika ibu arnab masih belum pandai susukan anak-anaknya, lakukan rutin ini dua kali sehari. Di cadangkan pada awal pagi dan lewat petang.
Okay, itu cara yang saya lakukan apabila mendapat arnab baru.





1 comment:

  1. http://syisyimisi.blogspot.com/2012/08/aura-maya-tetap-yang-terbaik.html...jom jln2 blog syi..
    \
    btw..comel la arnab tu..=)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...