Monday, July 9, 2012

Alhamdullillah


FORMULA PENYELESAIAN MASALAH

Jangan Biarkan Masalah Anda Menjadi Masalah. Selesaikan!

Ikuti Teknik Menyelesaikan Masalah.

# MASA:
Luangkan masa anda bagi mencari punca Masalah.

# PENDEDAHAN:
Perhatikan Cara penyelesaian yang sudah dilakukan oleh orang lain.

# BANTUAN:
Minta pakar. Ahli kumpulan yg. berpengalaman anda bersama memikirkan masalah ini.

# KREATIVITI:
Bincang pelbagai cara-cara Penyelesaian. Pelan A.B. C. Lihat 3 pilihan yg. berbeza.

# LAKSANAKAN:
Pilih penyelesaian terbaik dan laksanakannya. Berikhtiar secara kreatif.

Kita lakukan segala yang terbaik, dan yang lainnya kita serahkan kepada Tuhan.

Berusaha dan Berdoa. Ya Allah. Hamba Mu telah berusaha sedaya upaya. Rasanya tiada apa lagi yang dapat hamba Mu lakukan.

Berilah Petunjuk Mu Ya Allah!

JIKA INI TERJADI PADA ANDA,
APAKAH YANG PERLU ANDA LAKUKAN?!

JIKA SUAMI ANDA MEMBISU
Mungkin dia sedang menghadapi masalah atau merajuk dengan anda. Cuba anda dekati. Dengari. Duduk bersama2 mencari jalan penyelesaian.

Kalau dia merajuk , pujuklah dia dengan penuh kasih sayang. Ceriakan suasana supaya dia bercakap dan mendekati anda. Doakan suami anda.

JIKA ANAK ANDA BERMENUNG
Pastikan dia tidak menghadapi masalah yang menekan mental dan emosinya. Dekati dia . Peluk dan bertanya samada dia menghadapi masalah dan memerlukan bantuan moral, sokongan rohani. Simpati. Jangan sekali2 biarkan dia bersendirian dalam Kemurungan. Temani dia. Isikan kekosongan hati dan jiwanya.

JIKA ANDA SEDANG MENCARI KERJA
Carilah kerja yang sesuai dgn. Minat. Kecenderungan. Kelayakan anda. Jangan fikir soal gaji dulu. Yang penting , tunjukkan kebolehan dan kesungguhan bekerja dan daya kepimpinan, pengurusan anda pada majikan.

Jika anda inginkan kepuasan diri. Cubalah bekerja sendiri dan kemudian jadikan diri anda seorang Usahawan yang Kreatif. Inovatif dan Cemerlang. Tulis dan tandatangan sendiri Cek Gaji anda!

JIKA ANDA DIMARAHI MAJIKAN, KETUA, BOS
Usah Melawan. Terima lah sikap majikan anda itu sebagai suatu pengajaran, dan petunjuk akan perkara2 yang tidak disukainya. Jangan ulangi perbuatan atau kecuaian yang boleh menyebabkan Bos anda memberi amaran terakhir. Pohon maaf. Muhasabah Diri. Jika tidak, elok berundur. Cari kerja baru yg. sesuai atau Bekerja Sendiri. Berniaga.

JIKA ANDA SEDANG BERCINTA
Pastikan individu itu benar2 menyintai anda 100%. Menerima anda seadanya. Jujur. Setia. Bebas dadah. Jenayah. Berkeupayaan menyara. Keperibadian mulia. Terpuji. Berketurunan baik2. Taat agama. Sesuai dan serasi dgn. anda.

Walauapapun Terjadi, jangan sekali kali 'Give Up' Menyerah pada Keadaan. Takdir dan Nasib yang menentukannya. Kerana Anda Bertanggungjawab Sepenuhnya di atas kebahagiaan. Kejayaan maupun Kegagalan dan Kesusahan Hidup Anda.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...