Tuesday, May 22, 2012

Mei Yang Kian Penghujung

Kala malam ini menghampiri pagi, mataku masih mampu mengadap pc, maknanya masih cergas lagi untuk mencoret.......

Letih menunggu, tuan besar belum balik lagi, tadi kata kerja sampai kul 10pm tapi sekarang kul 11pm kenapa belum sampai rumah ni....kalau kena sabotaj pun takkan nak keje sampai 20 jam kot, esok masih kerja pagi....balik la....

Hari ni dah 22 mei, dan merupakan satu rejab, ramadhan kian dekat dan mei hampir ke penghujung nya.....bulan mei ada peristiwa besar, besday MA pd 20hrbln dan ulangtahun perkahwinan ku pd 27hrbln.....dua hari penting, 20 mei 2012, balik ganu ngan nenek, tak beli kek pun tapi beli minyak wangi sebagai present dengan gift box comel untuk MA... accepted.

Namun gitu, hari ini masih lagi leteran hebat yang mengiringi ku pulang ke kuantan....setiap kali ia akan begitu, kata2 hikmah pengungkitan pengorbanan seorang ibu tersebur laju, penuntutan pembalasan,....dalam letih undur kereta meluncur pulang jua.....tanpa senyuman tanpa lambaian...aku lali, aku kalih, aku terbiasa, untuk mengosongkan hati ....

Moga rejab ini dapat menguatkan ketabahan ku ....

Rejab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rejab merupakan bulan ke-7 di dalam kalendar Takwim Hijrah. Dalam bulan Rejab pula, berlaku peristiwa penting iaitu Isra' Mikraj yang dalam peristiwa tersebut Rasulullah S.A.W telah menerima kefarduan solat lima waktu terus dari Allah di Sidratul Muntaha. Sebelum itu, pada malam yang sama, baginda Rasulullah S.A.W telah diisra'kan dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin menunggang Buraq.



1. Kemuliaan bulan Rejab dengan adanya malam ISRAK MIKRAJ pd 27 rejab, Syaaban dengan malam NISFU SYAABAN dan Ramadan dengan LAILATUL QADAR.

2.Malam awal bulan Rejab adalah mustajab do'anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

3. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

4. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

5. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

6. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.

7. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

8. Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

9. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

10. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

11. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

12. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim AS dan Nabi Adam AS

13.Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

14. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.

15. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

16. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

17. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah 1000 Dinar (4.25 kg emas), dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

18. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.

19. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.

20. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

21. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

22. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: 'Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau'.(dari kitab Raudatul Ifkar)

23. Puasa pada 27 Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

24. Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

25. Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa 3,000 tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar
nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...