Wednesday, May 9, 2012

Khasiat kacang bendi

Khasiat Kacang Bendi

Orang Utara sebut kacang lendiaq. Orang putih kata lady fingers. Juga disebut sebagai okra. Orang India sebut venddi Kai. Kalau tak silap di kalangan orang tionghua dipanggil Yeong Kok Tau. Nama saintifiknya pula ialah abelmoschus esculentus. Asal usul kononnya dari Ethiopia.
Buah muda tentu sekali sedap dibuat sayur serta kari. Daun yang muda (pucuk tu boleh juga dimakan atau dijadikan sebagai makanan haiwan. Buahnya memang berkhasiat kerana ia dapat membantu menguatkasn otak serta menambah daya ingatan serta kecerdasan. Biji, akar serta bunganya kalau direbus boleh membantu melawas pembuangan air kecil serta mengurangkan bengkask atau radang. Ada orang kata ia juga dapat mengurangkan masalah sukar bersalin. Air rebusan biji,akar, serta bunganya jika disapu pada pelbagai kudis dan bisul, mujarab juga. Air rebusan buahnya kalau dicampur dengan gula memang sesuai dijadikan sebagai sirap ubat batuk atau merawat sakit kerongkong. Lendir yang terdapat dalambuahnya boleh dijadikan krim penyejuk serta melembutkan kulit. Pernha juga digunakan sebagai ubat gonorea dan siflis. Air rebusan buahnya boleh juga digunakan untuk meredakan bengkak saluran kerongkong dan hidung.Ada di setengah-tengahj tempat, bijinya menggantikan biji kopi.
Kabarnya kacang bendi baik amat untuk rawatan penyakit kencing manis (dipetik dari web SDARA). Caranya ialah dengan mengambil 2 biji kacang bendi. Potong kedua hujungnya. Turis bahagian tengahnya. Rendam dalam segelas air semalaman. (tutup gelas). Keesokannya, keluarkan kacang bendi tu dan terus minum airnya. Lakukan selama dua minggu. Lihat kesannya. Kalau berkesan bagi tau kat kawan/kawang2.
Di sebelah negara Barat, diyakini bahawa kacang bendi dapat membantu,i) mencuci hatiii) menstabil kandungan gula dalam darahiii) membantu melincinkan bahagian dalam usus besariv) membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.v) ia juga membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus vi) ada juga pendapat yang mengatakan kecang bendi adalah sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan atau rasa tidak selesa/sihat.vii) ia juga boleh membantu merawat ulcer dan mengurangkan kekejangan pada sendiviii) sifatnya yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekali gus dapat membantu mengurangkan masalah penghadamanix) juga ia dapat membantu radang paru-paru, sakit kerongkong.
-f.e-

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bendi
Bendi yang baru tumbuh
Bendi yang baru tumbuh
Pengelasan saintifik
Alam:Tumbuhan
Divisi:Magnoliophyta
Kelas:Magnoliopsida
Order:Malvales
Keluarga:Malvaceae
Genus:Abelmoschus
Spesies:A. esculentus
Nama binomial
Abelmoschus esculentus
(L.) Moench

Bendi merupakan sejenis buah yang dimakan sebagai sayuran yang banyak ditanam di negara-negara ASEAN yang beriklim panas lembap. Bendi yang ada di Malaysia kini dipercayai berasal dari Afrika Tengah dan banyak di tanam di negeri Johor, Perak, Kelantan serta Pulau Pinang. Di Johor sahaja seluas 390 hektar di tanam pada tahun 2008 iaitu daripada jumlah tersebut seluas 90 hektar ditanam di daerah Muar dengan pengeluaran sebanyak 1,620 metrik tan setahun. Bendi banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Ia berasal dari sebuah tempat yang kini termasuk dalamHabsyah. Sebelum ini, bendi dikelaskan dalam genus Hibiscus, tapi kini telah ditukar kepada Abelmoschus.

Bendi sesuai ditanam sebagai komoditi komersial dan tanaman keliling rumah dalam pasu atau polibeg sebagai satu program Bumi Hijau.

Bendi dipercayai berasal dari kawasan Asia Tenggara dan telah ditanam merata dunia termasuk Afrika, India dan Brazil. Kebanyakan bendi diguna segar sebagai sayuran (segar mentah, rebus atau goreng) dan dibuat jeruk. Biji bendi boleh di buat serbuk kopi sementara daunnya untuk makanan ruminan dan batangnya diproses jadi serat.


Penanaman

Bendi yang dtanam atas tanah mineral yang subur akan memberikan hasil yang tinggi dengan Amalan Pertanian Baik (APB). Kawasan tanaman perlu dibajak 2 minggu sebelum menanam dan dinaikkan batas-batas menggunakan trektor atau manual. Bubuh kapur sebanyak 2 mt/ha ditabur dan kemudian dibubuh baja organik (tahi ayam) dengan kadar 3-5 mt/ha sebelum ditutup dengan plastik perak dengan anggaran keperluan sebanyak 20 gulung sehektar. Plastik perak ini dapat membantu menjaga kelembapan tanah, meningkatkan kehilangan baja, mengawal serangga perosak dan mengawal rumpai.

Penanaman bendi dibuat dengan membubuh 2 biji/lubang dengan jarak tanaman 1 meter secara 3 segi dalam 2 barisan di atas batas. Keperluan benih sebanyak 1 kg/ha atau kepadatan pokok sebanyak 8,000 pokok/ha dan tinggalkan satu pokok setiap lubang penaman dengan membuat penjarangan. Benih kacang bendi mudah didapati daripada pemilihan pokok yang terpilih dengan membiarkan buahnya matang dan kering pada pokok. Penanaman bendi perlukan sistem pengairan yang sesuai sama adapengairan Titis atau pengairan renjis. Pokok bendi cepat membesar dengan adanya sistem pengairan yang sempurna.

Pembajaan pertama sebanyak 160 kg/ha (20 gm/pk) dijalankan selepas 2 minggu penanaman dengan NPK 12:12:17.2+TE dan buat penyiraman ikut keperluan. Kawalan rumpai perlu dibuat secara kimia atau manual. Pembajaan seterusnya menggunakan baja buah sebanyak 400 kg/ha (50 gm/pk) sehinggan 6 bulan.

nota hati : ladyfinger atau kacang bendi mmg faveretku, goreng dgn lauk, goreng nasi , kari dan singgang, rebus cicah budu....semua cara la, memang membuka selera ....lendirnya pergh...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...