Sunday, April 29, 2012

Menu Lunch Tadi

Pagi ni pergi pasar pagi stadium, kat tepi ECM tu....hari ni macam tak ramai orang, lorong pertama misi mencari lauk, ikan rm10, daging setengah kilo, tulang setengah kilo dan perut lembu rm7, ada orang ngidam nak makan perut lembu dengan air asam....

terus ke depan dapatkan benda wajib, cendawan goreng rm3 je la, lepas tu masuk lorong sayur, pucuk paku. cili, lengkuas, halia, kunyit, kobis, daun salad, santan, timun batang dan sayur turi kiriman bonda di KT, esok lusa nak blk KT

dan ke depan lagi, ke jalan pulang dah, beli la baja dr kacang soya, rm10 - 3 peket, mmg menjdi utk pokok berbunga, ros berputik putik, kakak tu sorang je jual kat sini, hari dia bwk pakcik, pakcik pesan pokok kena siram.....macam kita minum air juga katanya...

balik umah, lor kul sebelas lebih, adus...kul 12 mula operasi di dapur, macam mana nak buat dengan perut lembu ni, busuk, pelagi surf.....basuh ngan ngandum rupanya, sental punya la lama sbb dia x bersih habis, lepas tu rebus, operasi berakhir jam tiga.....penat, zohor punya la lambat

bos bangun kul tiga, sbb mlm td keje mlm dan mlm ni pun keje malam......sesudah kami solat zohor, ngadap la hidangan, bos tanya , kenapa air asam ni ada tomato?....jawab la dgn low tune, ubah sikit tiru dlm internet,.....bos punya dgn sinisnya bg sebijik, patut la makin hari masak tak sedap, tiru tenet.....adus......tapi nasi bertambah...haha

jom layan singgang tulangku yang teramat simple....

singgang tulang

tulang direbus sehingga empuk bersama sup bunjut
bila dah masak, masukkan;
bawang putih, lengkuas, ketumbar
kemudian garam secukup rasa
siap, mudah mudah je...


bercakap pasal minum air, menurut HARMONI (gambor ziana zain), minum dua liter air sehari buat tubuh kejang...????

FAKTANYA: Dr Parlindungan siregar, ketua kajian jabatan penyakit dalam, fakulti kedoktoran universiti Indonesia menyatakan amalan meminum air putih berlebihan setiap hari boleh mengurangkan kadar garam dalam tubuh. Kekurangan natrium dalam tubuh akan membuatkan individu mudah mengantuk, cepat rasa letih dan mengalami kekejangan tubuh.

makanya, individu berusia 65 tahun ke atas digalakkan utk meminum air tidak lebih 1.5liter sehari, hanya individu dewasa yang sihat dibolehkan minum 2liter. 2liter ini meliputi air dalam sup, buah, susu dan makanan lain yang mengadungi air bukan semata air putih atau air mineral saja.

maka itu fakta bykkn minum air ni mmg kena di teliti

dan niteline skrg ni menemubual Tok Guru Nik Aziz yang memberitahu bahawa dia bagi duit kepada rakyat rakyatnya utk ke KL semalam....baiknya tok guru.....

dan nite time, bed time, sweet dreamzzzzzzzzzzzzz

2 comments:

  1. Sup tulang di malam yang dingin ni memang awsem kalau dapat. (-_-")

    ReplyDelete
  2. khuzrin > mmg awsem, dapat lak roti keras cicahnya....huh...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...