Thursday, April 26, 2012

Kenangan Kenduri di Sauk


27 november 2011
sauk, perak

aliza dan muhamad ridzuan

seni perak

ayong dan mak jang


sesambil berehat di petang hari, layan apollo 13 dengan en asben yang cuti hari ini sebab membawa isterinya ke hospital sebab bukak jahitannya , belek belek koleksi pic nak kurangkan size memory nya maka keluarkan 3 pic di atas.....

gambar gambar berwarna purple di atas adalah gambar semasa kenduri aliza di sauk perak. Aliza anak sedara mak jang, mak jang merupakan kawan baik semasa kerja di Ericsson dulu. Masa dulu dulu selalu ikut mak jang balik kuala kangsar, ke kebun duriannya aliza, makanya aliza pun jadi friends....

moga perkahwinan aliza dan ridzuan bahagia ke akhir hayat

bercerita pasal keluarga mak jang, memang best. orang orang perak memang peramah, baru jumpa pun macam dah biasa, jadi macam sedara....ayong anak sulong mak jang, dah kawin dan mak jang tunggu cucu je tu....

ke sauk, macam satu percutian pakej homestay, lepak di bandar kuala kangsar, ke tasik raban, asyik asyik makan laksa.....rindunya dengan laksa mak jang....

moga mak jang bahagia dengan kehidupan sekarang.....miss u

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...