Sunday, March 11, 2012

Allah Majikan Tertinggi

Kadangkala kita berasa penat dan bosan dengan kerja kita sekarang, mahu saja letak jawatan dan goyang kaki di rumah, namun bila terkenangkan wang ringgit yang amat diperlukan untuk kehidupan seharian maka kita terpaksa kuatkan semangat melangkah ke tempat kerja.

kalau tak kerja macam mana nak hidup

Sedar tak sedar perhambaan diri kepada kerja malampaui tuntutan rohani, bangun tidur sebab nak pergi kerja, tiada yang lain terlintas di hati selain dari mencari rezeki....

walhal kita adalah hambaNYA, tercipta sebagai khalifah, menghambakan diri pada ilahi , tuntutan ibadah adalah utama

sepatutnya kita bangun pagi kerna ingin solat subuh, mengingati DIA di setiap nafas adalah semangat yang perlu ada di setiap hari yang kita lalui....

hidup dan mati tentuan Ilahi maka DIA la majikan kita yang tertinggi kerna dia la pemberi rezeki...

kerja adalah ibadat dan masa adalah amanah daripada Allah

Ya allah ampuni la dosa dosaku atas kelalaian waktu ku....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...