Saturday, December 31, 2011

Nasihatr Dr kak Tie

dr FB Kak Tie

Petua Agar Orang Tak Benci Pada Anda

1. Anda mengucapkan “Selamat Pagi” atau “Assalamualaikum”dengan bersungguh-sungguh, terang dan sepenuh hati.
2. Anda sentiasa penuh bersemangat dalam menghadapi hidup sehari-hari.
3. Anda sentiasa jujur dalam menilai kebaikan-kebaikan orang yang anda temui.
4. Anda banyak mengukir senyuman manis yang ikhlas.
5. Anda menghargai dan menyanjungi setiap pemberian orang kepada anda.
6. Anda tidak membebankan orang lain dengan masalah atau tugasan-tugasan anda.
7. Anda dapat mengingat dengan baik rupa paras dan nama-nama orang.
8. Anda dapat melahirkan perasaan tidak puas hati anda dengan sehalus yang mungkin dan tidak menyinggung mana-mana pihak.
9. Anda tidak mempersendakan dan mempermainkan sesiapa sahaja.
10. Anda berhati-hati ketika menyampuk atau memotong percakapan orang lain.
11. Anda menitikberatkan cara penampilan anda ketika anda bersosial.
12. Anda menghindarkan diri daripada mengucapkan kata-kata kesat dalam perbualan anda.
13. Anda tidak lokek dalam menghulurkan bantuan kepada orang.
14. Anda tidak menyimpan perasaan syak wasangka terhadap orang lain.
15. Anda sentiasa menitikberatkan perasaan orang lain ketika berkomunikasi.
16. Anda dapat menyesuaikan diri dengan mereka yang ingin berkenalan dengan anda.
17. Anda dapat menghindarkan diri daripada menegur kesilapan orang lain secara langsung dan berterus-terang.

Fakta Tentang Apple

1. Logo asli Apple pada tahun 1976 menunjukkan Isaac Newton duduk di bawah pohon Apple…

2. Apple Computer Inc ditubuhkan pada tahun 1976 oleh Steve Jobs dan Steven Wozniak, rakan dari Silicon Valley yang pernah bekerja di Atari dan HP…

3. Apple ditubuhkan pada hari April Fool Day iaitu 1 Appril 1976…

4. Slogan pertama Apple ialah “Byte Into an Apple”…

5. Apple merupakan syarikat pertama yang memperkenalkan mouse dan trackpad…

6. Apple.com berada di atas 50 website yang dikunjungi di seluruh dunia dan berada dalam 30 teratas yang dikunjungi di Amerika Syarikat…

7. Apple mempunyai lebih 35,000++ kakitangan di seluruh dunia…

8. Apple online store dimulakan pada tarikh 10 November 1997…

9. Apple store pertama di buka di Virginia dan California…

10. Ive Jony – CEO Apple memakai t-shirt hitam sama dari tahun 2000 – 2010 untuk video pelancaran produknya…

11. Ketika hari pelancaran iPhone yang pertama Steve Jobs memberikan semua pekerjanya iPhone secara percuma…

12. Alamat Apple ialah 1 Infinite Loop, Cupertino, California, 95014, United State…

13. Purata pendapatan syarikat Apple setahun ialah USD 24 billion…

14. Beza pendapatan Apple dan Microsoft ialah USD 3 billion iaitu Apple USD 65 billion dan Microsoft USD 62 billion…

15. Purata jualan iPhone yang kini telah dijual di 89 negara ialah:

  • 40 juta iPhone telah dijual…
  • 4,583 per jam…
  • 76 per minit…
  • 1.27 per saat..

16. Purata jualan iPad ialah:

  • 833,000 sebulan…
  • 27,767 sehari…
  • 1,1567 sejam…
  • 19 seminit…
  • 0.3 sesaat..

17. Tarikh keramat Apple Inc:

  • 1976: Syarikat Apple ditubuhkan…
  • 1977: Apple II dilancarkan…
  • 1997: Steve Jobs kembali ke Apple…
  • 1998: iMac dilancarkan…
  • 2000: Jobs menjadi CEO kembali…
  • 2001: Apple store pertama kali dibuka…
  • 2007: iPhone dilancarkan…
  • 2010: iPad dilancarkan…

18. 8 ahli keluarga Apple:

  • iPod…
  • iPad…
  • iPhone…
  • iMac…
  • iCloud…
  • MacBook…
  • Mac Server…
  • Apple TV…
nota hati; copy paste n save dr teman, http://www.jiwakacau.com

Friday, December 23, 2011

Duit Baru


yang berwarna oren dengan nilai rm20 itu memaparkan ilustrasi penyu yang hanya boleh didapati di perairan Malaysia iaitu penyu karah dan penyu belimbing yang merupakan lambang hidupan laut tropika negara.

Thursday, December 22, 2011

Chef Riz dan Ana Dahlia di sungai koyan










nota hati; gambar ni terjumpa kat fb , tergerak hati nak sedut sebabkan ada gambar chef wan, simpan sebagai kenangan....yg di di download oleh ; Official Photographer : Aleeya Studio http://aleeyaenterprise.fotopages.com/ (Anuar, Zaim, Shahril, Kamarul, Hafis & Ina)..tq pd aleeya studio, save, share and collect...


Wednesday, December 21, 2011

Selamat Pagi Sahabat

memetik ayat ayat dr FB kak tie

Kak Tie
Salam dan selamat pagi
•► Jika hari ini Allah memberi kebahagiaan, maka jangan lupa bersyukur dengan menambah ketaatan kepadaNya.
•► Jika hari ini Allah beri kelapangan rezeki, jangan lupa untuk berbagi.
•► Jika hari ini Allah beri rasa sakit, bersabarlah karena dengannya Allah gugurkan sebagian dosa.
•► Jika hari ini dirimu dirundung duka, maka pastikan Allah tetap redha
•►Jika hari ini dirimu merasa lesu, maka kehidupan dunia hanya sementara dan kematian tidak ada yg tidak terduga
Semoga kita tetap istiqomah. Insyaallah

dan kita layan menu sihat sarapan pagi ini



Roti Telur berOat
- oat direndam bersama susu, kemudian kacau bersama sebiji telur dan letakkan sedikit perasa kalau susu tidak manis
- celupkan roti dan goreng dengan minyak yang sedikit....nyum nyum

Tuesday, December 20, 2011

Pesanan Ibu Buat semua pengantin Perempuan

dr FB Misteri & keajaiban alam

Sekadar perkongsian bersama2 shbt2 yang di rindui...

Ini antara wasiat seorang ibu solehah pada zaman kegemilangan Islam...

Mari hayati pesanan isteri 'Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

"Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu."

- Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.
Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.

Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada 'dua bahagian muka syiling'. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.

"Kita hanya boleh mengubah diri sendiri. Percayalah apabila kita berubah, persekitaran dan orang di sekeliling juga akan berubah secara positif."

- shbt -
sumber: penpatah.blogspot.com

Monday, December 19, 2011

dari FB pagi 23 Muharam 1433

Abdullah Ismail
‎5 PESANAN BUAT DIRIKU………..

~~Buat Mu Wahai DIRI KU~~

1. Jika engkau bertemu dengan orang yang LEBIH PANDAI , itulah waktu untuk engkau MENIMBA ILMU.

2. Jika engkau bertemu dengan orang yang SAMA PANDAI, itulah waktu untuk engkau BERKONGSI ILMU.

3. Jika engkau bertemu dengan orang yang KURANG PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENYAMPAIKAN ILMU.

4. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA AKHIRAT , itulah waktu engkau TUMPANG SEKAKI.

5. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA DUNIAWI, itulah waktu untuk engkau DIAM & BERLALU PERGI....



L/R:
Abdullah Ismail@Papa Perlis

Sunday, December 18, 2011

Burung Berkicauan Di Pagi Ahad

dr FB 1001resepi

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepertita
rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)
12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

Terima kasih Marliya dan Cikgu Farah Mardhiah atas info ini



dr FB 1001resepi

Saturday, December 17, 2011

Cara kekalkan Kesetian

Pelajari cara kekalkan kesetian ,

- terima diri pasangan seadanya

- niat ingin bahagia ke akhir hayat

- buang sikap mata keranjang

- bijak dalam pergaulan

- sentiasa utamakan keluarga

- sedar diri sebagai pemegang amanah


PETUA CINTA - amalkan membaca YA HAYYU YA QAYYUM ketika memasak, sumber MW





dan ini picture tiada kena mengena dengan kesetian dan kasih syg namun ia merupakan lambang kerinduan pada nya nun jauh di seksyen 18, shah alam depan cimb sekrg, gorengan yang tiada tandingan....kheee

Friday, December 16, 2011

Jumaat Sini Sejuk

‎4 ucapan yang paling disukai Allah Taala & ganjarannya amat besar!

1) Barangsiapa membaca LA ILAHA ILLALLAH, maka sesungguhnya Allah menuliskan bagi setiap satu perkataan itu 20 kebaikan serta menghapuskan 20 keburukan (dosa).

2) Barang siapa membaca ALLAHU AKHBAR, maka sesungguhnya ia menunjukkan keagungan Allah dan dituliskan bagi mereka yang membacanya 20 kebaikan, menghapuskan 20 keburukan (dosa).

3) Barangsiapa membaca SUBHAANALLAH, maka Allah menuliskan baginya 20 kebaikan serta menghapuskan 20 keburukan (dosa).

4) Barangsiapa membaca ALHAMDULILLAH, maka sesungguhnya ia adalah pujian bagi Allah. Allah menulis baginya dengan perkataan tersebut 30 kebaikan dan menghapuskan 30 keburukan (dosa).

-has-

Thursday, December 15, 2011

Simple je Untuk Cantik

Petua Untuk Wanita Sentiasa Kelihatan Cantik

1. Minum Banyak Air - Elakkan minuman bergas atau air berperisa seperti kopi dan teh. Amalkan untuk meminum air suam atau air mineral. Dengan meminum banyak air bersih anxda mudah membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.

2. Bersenam Selalu - Ia baik untuk jasmani dan rohani. Berjalan di sekitar rumah pun merupakan suatu bentuk senaman yang mudah. Jangan malas untuk bersenam. Selepas bangun tidur, disiplin diri anda untuk melakukan sedikit senaman renggangan untuk melancarkan kembali peredaran darah.

3. Jangan Merokok - Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan.

4. Cukup Tidur - Jangan selalu berjaga malam. Kurangnya tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.

5. Kulit Perlu Rehat - Pastikan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu “bernafas”. Jangan biarkan sisa-sisa mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Bersihkan muka anda.

6. Makan Jangan Berlebihan - Anda perlu mesti makan tetapi jangan berlebihan. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan, tetapi pastikan ia menu sihat.

7. Luangkan Masa – Luangkan masa anda untuk memanjakan diri seperti membuat “facial” atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa. Ataupun nikmati saja mandian buih di rumah. Tak semestinya di salun. Anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.

8. Elakkan Stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.

9. Ketawa Penghibur Duka - Ketawalah apabila bergurau senda dengan famili atau kawan-kawan. Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.

Wednesday, December 14, 2011

Dari FB mlm ini

♥•*´εϊз`*•♥•(¯`♥´¯)•♥•*´¨εϊз`*•♥Kelebihan membaca Ayat Kursi:

1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi
2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tdk akan memasuki rumahmu
3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat
4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam ...
5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian.

Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap orang yg mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat.. ♥•*´εϊз`*•♥•(¯`♥´¯)•♥•*´¨εϊз`*•♥

Tuesday, December 13, 2011

Sesi Belajar

pergh , balik pada netbook baru la bole uploading dan beraktiviti yang ku gilai
laptop en asben dan x rock dah tu...

sabtu lepas, 10 nov 2011,
join baking class anjuran tpt keje en asben
hasilnya da da.....

belajar ngan chef lin (kuantan)
BM dia mcm microwave
hebat ngat, nak jugak
tapi lupa nak tnya regenya



bun kacang merah dgn 3 pattern


pai ayam,
pastri dia mmg best


tart buah, cream castard dgn cream nova....
sedap ooo....

bawah ni resepi chef lin kasi, buat tatapan kak is, nisah and kak shai

PAI AYAM
kulit pai
160gm tepung gandum
50gm butter
25gm shortening
1-2 sudu besar air
sedikit garam
glaze
1 biji kuning telur
1 sudu kecil susu full cream
sedikit pewarn
a kuning
cara-caranya
1. Adunkan tepung, butter & shortening hingga jd breads crumbs (guna hujung jari tau)
2. Masukkan air sehingga jadi doh yang dikehendaki
3. Canaikan dan masukkan ke dalam bekas pai, cucuk sedikit pada dasar, masukkan inti dan glazekan tepi keliling bg melekatkan penutupnya, tutupkan pai dan sapukan glaze
3. Bakar pada suhu 180'c selama 25min-30min

intinya resepi masing2 la, ayam hancur ramli yg di masakkan dgn gaya tersendiri...khee...malas dah nak taip resepi chef lin....haha

TART BUAH
kulit tart
125gm mentega
60gm gula castor @ gula icing
250 gm t
epung gandum
1 biji telur
1/2 sudu esen vanila
Glaze
pping jelly
cara-caranya
1. campurkan gula dan tepung dan mentega dan jadikan crumbs kasar (hujung jari ya)
2. tambah kuning telur dan esen vanilla
3. terapkan dalam acuan, cucuk pada dasar
4. bakar 170'c selama 20-25 minit
5. sejukkan dan hiaskan dengan filling kastad dan buah buahan
Filling Cream
-non dairy whipping cream
-putarkan cream hingga pekat
Filling Kastard
-100gm tepung kastard
-265ml fresh milk
- putarkan sehingga sebati
dan mereka ini kakak2 yang sporting serta superb, luv u all and tq u very much for been nice to me even im first timer dan terima kasih jugak buat cikcgu LIN, lupa nak snap pic cikgu...



Monday, December 12, 2011

TenSion Camgini

sejak khamis ke ari ni streamyx problem, berukbang pun KO.....
nak upload image pun x dapek...kurang mood gini dah la tuan dia ni tgh giler shooting....apa pc ni dah tak betul ka? dah la connection asyik HANG jo....tensi0on camgini....

tadi keje kuala berang, masa rehat p buat massage...pergh best ...kat kedai kak mie spa di bandar kuala berang, lepas tu tokei spa promote benda ni,
pok pek pok pek, beli la, rege nya mmg rm30, sbb tgk penggunanya Tie tukang urut btu kulit dia mmg lembut sgt....bole jadi ubat hilang ngantuk dan mmg terbukti kesegaranya...ku sapu di muka masa tgh drive...segar tak ngantuk...
kat bwh ni ku dpt di sini,http://myherba2u.com..alamak promosi pree lak...

Namiconia Span Konjac

Thursday, December 8, 2011

Doa Pg Khamis - dr FB


‎~.YA-ALLAH.~

1. YA-ALLAH YA-RAHIM, Ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku

2. YA-ALLAH YA-RAHMAN, Kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh dan
... mencintai Islam

3. YA-ALLAH YA-RAZZAK, Kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya di dunia dan akhirat

4. YA-ALLAH YA-JABBAR, Makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini

5. YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, Jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin

6. YA-ALLAH YA-WADUUD, Kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad SAW yang beriman kesihatan zahir batin

7. YA-ALLAH YA-ZALJALALIWAL IKRAM, Makbulkanlah semua hajatku, dan redhailah aku.

AMIN.

~.yie.~

Tuesday, December 6, 2011

Bila Buku ASB ilang.....

Dua minggu sudah buku asb ku tak tahu mana letak, hilang ke atau terjatuh kat mana2 atau tersimpan kat mana2 atau bonda terambil...haru sungguh.....
maknanya kena ada buku baru ni....huhu syg buku lama, ada history keluar masuk duit selama keje ni.....macam mana nak buat buku baru....google la, rupanya byk nya cerita jln penyelesai kat google...apa mau google je.....

gini ceritanya....,
apa nak buat kalau hilang buku ASB? kalau aku google, susah nye lah, kene buat surat sumpah lah ape lah.
actually senang je.
1) pegi PNB office (sebelah bangunan tabung haji).. tapi actually aku perasan tadi, maybank kata dia pon boleh buat buku ASB baru. so may be tak perlu pegi office PNB.
2) cakap kata hilang buku, bagi IC , dia photostate kan IC
3) isi borang
4) ambik nombor
5) cap jari digital
6) bayar RM20
7) cap jari ink kat buku
8) dapat buku baru

dapat kat sini;

tq ninaC
esok p pejabat amanah saham kat tepi cosway kat KT tu....
moga ia semudah yg ninaC lalui, tak perlu surat sumpah tak perlu beli stem hasil sendiri sbb pejabat pos jauhnya dr situ dan i hate to mingle around KT anymore, no parking lor...kecuali urusan keje, maka parking jauh jln jauh, huhu....
ya allah permudahkan urusan ku di setiap waktu ku....

Saturday, December 3, 2011

Ladang Teh Boh

Jika selama ini kalu ke cameron tak lepas ke Bharat je,
kali ni kita layan BOH pulak













Friday, December 2, 2011

Doa Nabi Musa - doa kelapangan hati

*رَبِّ اشْرَحْ لِى‏ صَدْرِى‏ * وَيَسِّرْ لِى‏ أَمْرِى * وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسانِى يَفْقَهُوا قَوْلِى *

Artinya: "Ya Tuhan, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah segala urusanku, dan lepaskanlah kekakuan lidahku, agar mereka mengerti perkataanku." (QS. Thaha: 27)

Thursday, December 1, 2011

Kerabu Daging

gambar macam tak lawa.....puas dah snap, ni yg terbaik....huhu
asyik goreng je daging, tukar menu sikit,,,,kheee

daging rebus
bawang besar putih
cili padi
serai
bunga kantan
limau nipis
gula
garam

semua bahan potong nipis dan perah limau dan gaul semua.....dan makan! ....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...