Tuesday, November 29, 2011

Kolam air Panas JELI, kelate

perjalanan dari besut ke perak
melalui machang ke grik
menemukan kami dengan kolam air panas jeli
melalui pintu gerbang yang usang
masuk kedalam melalui liku bersemak
prasarana terbiar namun tempat yg punyai privasi tersendiri
namun ia tempat mandi manda yg menarik, as below,....





Dari FB pg 3 Muharam 1433

Yahya ibn Mu`adh al-Razi said: “Fight against your ego with the four swords of training: eat little, sleep little, speak little, and be patient when people harm you… Then the ego will walk the paths of obedience, like a fleeing horseman in the field of battle.”

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Semoga dapat menjadi amalan kita semua.. :)

Friday, November 25, 2011

Jumaat yang Indah

Hari ini 29 zulhijjah dan kita makin menghampiri tahun baru, dan hari ini hari nan cerah, mentari seawal pagi bersinar terang setelah seminggu bumi pantai timur bermandi hujan......

waktu untuk menikmati mentari, jemuran di ketengah kan, alas kaki semua di ampaikan.

maka nikmat tuhan yang manakah engkau dustakan

Agama merupakan asas paling kuat untuk mengatasi berbagai masalah. Ketika kita mengembalikan semua urusan itu kepada Yang Maha Mengatur hidup. maka pada saat itulah jiwa kita akan tenang, hati kita akan sihat dan mental kita akan menjadi kuat.

Wednesday, November 23, 2011

Tips dr IK - Bebas kewangan



Sama ada betul atau tidak berita ini, kita semua perlu berhati-hati dalam pengurusan kewangan kita. Bak pepatah Melayu, "Sediakan payung sebelum hujan".
Teringat keadaan ekonomi yang tidak stabil beberapa tahun lepas memberi impak dan juga kesedaran bagi ramai untuk lebih peka dengan keadaan pengurusan wang. Namun, seringkali apabila keadaan menjadi stabil, mula pula lupa tentang pentingnya pengurusan wang. Bila dalam keadaan terdesak, barulah kita kelam kabut mencari penyelesaiannya.
Perkara ini tidak sepatutnya terjadi oleh kerana masalah wang, adalah seperti masalah kesihatan. Lagi awal kita dapat 'detect' masalah tersebut, lebih mudah kita boleh cari ubatnya- sebelum terlewat.
Artikel saya kali ini bertajuk "Apakah ertinya bebas kewangan?"
Mudahan anda mendapat manfaat dan sering menyediakan payung sebelum hujan! ;)
-Irfan Khairi
Kuala Lumpur


Artikel pilihan: Apakah ertinya bebas kewangan?
Oleh: Irfan Khairi

Matlamat pertama anda seharusnya adalah untuk jadi bebas kewangan... atau kewangan mandiri, atau bebas kewangan (sama je)
Ada juga antara kita tidak mahu jadi jutawan. Kalau tak nak jadi jutawan pun tak mengapa, itu terpulang pada individu. Namun, sekurang-kurangnya anda perlu menjadi bebas kewangan. Apakah maksud bebas kewangan?
Bebas kewangan adalah apabila pendapatan residual kita melebihi perbelanjaan bulanan kita. Dalam kata lain, walaupun kita tak perlu kerja, kewangan kita sudah mencukupi untuk menampung perbelanjaan bulanan.
Contoh, sekiranya kos sara hidup kita sekeluarga adalah RM4,000, kita perlu memiliki pendapatan residual melebihi RM4,000.
  • Mungkin, dalam pelaburan ASB mempunyai RM200,000- ini memberi pulangan pelaburan dalam lingkungan RM1,600 sebulan.
  • Mungkin kita ada menyewa 2 buah rumah, dan satu rumah pendapatan kita adalah RM500 dari sewa sebuah rumah. Maka, pendapatan dari sewa rumah adalah RM1,000
  • Mungkin kita memiliki perniagaan Internet secara automatik yang memberi pulangan RM1,500 sebulan
Dengan 3 pendapatan residual di atas, jumlah menjadi RM4,100 sebulan. Dengan ini, anda telah menjadi kewangan mandiri atau bebas kewangan! Anda tidak perlu kerja lagi seumur hidup!
Capaikan bebas kewangan terlebih dahulu. Kemudian, perjalanan untuk menjadi jutawan adalah lebih mudah!
ps: Sekiraya anda ingin memulakan perniagaan Internet untuk mendapatkan pendapatan residual/passive seperti di atas, sertai Workshop Jutawan Internet pada hari Ahad 18hb Disember atau Isnin 12hb Disember 2011. Jadikan Azam baru 2012 untuk memiliki perniagaan Internet yang memberi residual income!

Saturday, November 19, 2011

Cekodok Pisang

menu sarapan pagi
(pg bila ntah)
menjadi jugak cekodok yang kena dengan selera
klu nenek punya mcm lembik,
ma punya macam keras
sendiri punya macam sedap...
kheee...

sendiri punya olahan dr resepi nenek dgn MIL,

pisang mas, telur, gula, garam, tepung, soda bikarbonat.

pisang di lencek dan di gaul dengan soda bikarbonat, masukkan garam sikit, gula sikit lepas tu kacau la tepung bersamanya dan kemudian sebiji telur.

goreng dalam minyak banyak dan makan.

Friday, November 18, 2011

Pokok Ibadah


Abu al hassan al ZAnjani berkata'
"Pokok ibadah itu adalah tiga anggota badan , iaitu telinga, hati dan lidah. Telinga untuk mengambil pelajaran, hati untuk bertafakur, sedangkan lidah untuk berkata benar, bertasbih dan berzikir. Sebagaimana Allah SWT berfirman, "Berzikirlah kepada Allah dengan zikir yang sebanyaknya-sebanyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNYA di waktu pagi dan petang."
- surah al ahzab ayat 41-42 -



Tuesday, November 15, 2011

Harmony Korean Movie - terbaik

movie terbaik, kesedihan, kasih seorang ibu, hakikat kehidupan,
namun pengarah dia terbaik kerna ia berakhir dengan air mata tapi imbasan akhir buat kita kembali tersenyum dengan gelagat semasa latihan dan min woo yg cute itu...

terima kasih tv alhijrah....

Monday, November 14, 2011

Senyum la Wahai Hati


♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪(¯`*•.¸,¤°´`°¤,¸.•*´¯)♪♫•*¨*•.¸¸❤
Wanita cantik itu
tetap tertawa walau sebenarnya ia menangis
tetap tersenyum walau sebenarnya ia kecewa
tetap kuat walau tertekan oleh masalah
yang terpenting
tetap sabar dan memandang semua yang baik-baik
walau ia sebenarnya terluka
dan memenuhi hidupnya dengan hal hal yang positif
maka kecantikanmu akan terpancar....
♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪(¯`*•.¸,¤°´`°¤,¸.•*´¯)♪♫•*¨*•.¸¸❤

Saturday, November 12, 2011

FB pg Ni

cara senang utk dptkan pahala walaupun slps mati .
--> Pasang kipas di surau/masjid wlaupun 1 , setiap kali org guna , anda dpt pahala walau slps mati .
--> Derma kerusi roda di hospital . Setiap kali psakit guna , anda akn dpt pahala .
--> Beri baju kpd org , setiap kali org pakai , anda dpt pahala .
--> Beri makanan kpd org , anda dpt pahala selagi makanan itu mnjadi darah dagingnya .
--> Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , selagi mereka mengamalkan pahala anda tetap ada .
--> Kongsi mesej ini kpd orang ramai . Wlaupun 1 tlong kongsikan kpd org , anda akn dpt pahala sbb anda telah brdakwah utk sampaikan ilmu

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidil Adha buat Semua

6 nov 2011
10 zulhijjah 1432
hari raya qurban

salam aidil adha buat semua
maaf zahir batin

raya qurban setahun sekali
maka qurban la
qurban lembu yang azali
yang fizikal
tapi qurban jiwa
pengorbanan terpuji
raya kali ni ku korban kan tanggung jawab
demi ibu, ku korbankan rasa
pulang beraya seorg diri
tinggl suami yang kena kerja
adik2 yang tak dapat cuti
maka along la kurban diri
teman bonda beraya

huhu, kesian en suami, raya sorang2......

Thursday, November 3, 2011

Save Luvly Pic





'maka nikmat tuhan yang manakah kamu dustakan'

Tuesday, November 1, 2011

Malam Tadi Punya Projek

sesepulang dari keje
sempat layan 5 rencah 5 rasa
mamat 5 rencah 5 rasa ni islam ke,
nama cina, muko cina
tapi di akhir rancangan dia berkata 'insyaAllah'
konpius......

mula-mula masak untuk perut yang lapar dan tuan besar yang akan balik kul 8pm nnti
keluar semua bahan, goreng daging dulu,
alamak.....gas abis, ni kena tuan besar yg belikan
sebab tak tahu nak beli kat mana...hehe...
nak masak pe ni,
arghhh, layan benda senang je la, guna rice cooker
rebus makaroni and gaul dengan daun selom, bwg dan lebihan tuna hok wat sandwish last week, cili potong bg kik sikit..lala...jd la macam ni,


jam 6.30 petang
lepas pewut kenyang, siapkan tugasan dari tuan besar, bunga untuk kedai dia

bekasnya

Bahan Bahan nya

jadi la Bunga Burung Bawang


siapa yang minat dengan bunga ini bole ke sini,
sudahla cerita, posting n keje.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...