Monday, October 31, 2011

suka suka suka, copy save...

Pagi ni macam biasa pagi2 bw kat blog resepi, maka wow factor kat mamfami blog meyebabkan aku terpesona maka, copy save terus....sbb dia guna susu seterobery...layan


STRAWBERRY SERI AYU
Posted by MamaFaMi
Adapted from : Kak Pah's recipe


Ingredients :

2 eggs - separate the egg whites and the yolks
145g caster sugar
1 teaspoon ovallette
120 g superfine flour
1/2 teaspoon baking powder
125ml strawberry flavoured fresh milk
a bit of strawberry paste
1/2 teaspoon strawberry essence
a few drops of pink food coloring

freshly grated coconut (just the white meat)
salt to taste
3/4 teaspoon tapioca flour (I used cornflour)



Method :

1. Beat egg white till bubbly. Add in sugar and beat till stiff.
2. In another bowl, add egg yolks, ovallette, flour, baking powder, strawberry milk, strawberry paste, strawberry essence and pink food coloring. Beat on high speed till thick.
3. Fold in the egg white mixture till well combined.
4. Grease the mould with a bit of cooking oil.
5. Mix the grated coconut with salt and cornflour. Press onto the mould. Steam for about 5 minutes.
6. Pour the mixture onto the steamed coconut.
7. Steam for another 7 minutes. Ready to serve.

mamafami yg terer...
http://mamafami.blogspot.com/

Thursday, October 27, 2011

Senyum Pagi Khamis

- pic dr IKEA, berkenan lak lemari tu


alhamdullillah
Allah masih lagi memberi ku peluang
bangkit di pagi khamis
dengan sihat walafiat
mandi dan solat subuh
sarapan dan kerja
rutin yang Allah sempatkan
- maka nikmat Allah yang manakah engkau dustakan -

Wednesday, October 26, 2011

Sunday, October 23, 2011

Luahan Pagi ahad

kadang kadang kita terlalu megharap
kadang kadang kita tak kisah
kadang kadang kita berkira
namun
waima apa pun
rezeki itu Allah yang bagi
mungkin ada waktu kita
tak perlukan
maka Allah tak bagi
mungkin keperluan dah cukup
maka Allah kurangkan
namun
setiap yang Allah bagi
berkadar dengan kehendak, keperluan dan kepentingan
serta usaha dan tawakal
syukurlah atas rezekiNYA
letihnya,
sedihnya
terkilannya
namun
kita tak punya pilihan
cuma kita mampu
rehat sekejap
buang kesedihan
buang rasa terkilan
kerna
"maka nikmat tuhanmu yang manakah engkau dustakan"

Friday, October 21, 2011

Pucuk Paku Goreng

Pucuk Paku Goreng
- berbelacan dan bersotong-

pucuk paku, bawang merah, bawang putih, cili padi, belacan dan sotong

cili ditumbuk bersama bawang merah dan bawang putih
tumis bahan tumbuk , masukkn sotong dan sedikit air kemudian pucuk paku
siap,.....

menu mlm ni,
patin masak tempoyak, pucuk paku goreng dan patin goreng

almaklum la klu duk kuantan, menu pun patin,
nasib baik ganu ini bole makan patin sejak bole makan keli
namun ganu ini tetap suka ikan selayang rebus goreng....

Maknanya

IRHAS - kurniaan Allah kepada para nabi dan rasul semasa kecil
MUKJIZAT - kurniaan Allah kepada para nabi dan rasul
KARAMAH - kurniaan Allah kepada para wali
MAUNAH -kurniaan Allah pd hambanya yg so0leh

Wednesday, October 19, 2011

Ayat Seribu Dinar

Maksud ayat :
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkanlaranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Ayat
) 2 & 3 Surah At-Talaq

- semalam halaqah tv9 mengupas tentang ayat seribu dinar dengan panel hebat iaitu Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang (org ganu rhopanya)...memang tabik la kat ustaz....org ganu mmg ganazz...u r de best,

- kata ustaz ayat seribu dinar ayat ATM machine

- kata ustaz tak salah ayat ini jadi tagline tapi bukan sekadar hiasan, ia utk kita beramal, tengok baca...sebaik baiknya gantung dalam hati

- ittakullah - jadilah suami yang bertakwa, isteri yang bertakwa, bos yang bertakwa, ayah dan ibu yang bertakwa dan anak yang bertakwa tunaikan solat, zakat dan beriman dengan kitab Allah dan bertawakal kepada Allah

- ayat seribu dinar utk kita tawakal waktu sakit, jodoh, rezeki dan kehidupan - apa yang kita kerna Allah

Monday, October 17, 2011

Dari FB pg ini

di zaman kewafatan NABI S.A.W. ramai org laki2 yg murtad...tetapi tiada seorang pon wanita yg murtad...

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
Betapa Berharganya Seorang Wanita

Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa???", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

"CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."

Wallahu'alam..............

http://www.informasi.my/betapa-berharganya-seorang-wanita/

Saturday, October 15, 2011

Kulat Sisir

resepi malam ni tapi menu minggu lepas
ada sesiapa yang pernah makan kulat sisir ni?
rugi oo kalu x pernah
sedapnya tak terkata
kulat ini bole didapati pada musim hujan
tumbuh melata di batang pokok getah mati
namun nak masak kena hati hati,
pastikan ia benar benar kulat sisir yang bersih
kot silap2 terkena yang beracun
namun ada cara untuk yakin selamat
kulat sisir ni kita basuh dengan cuka bagi hilangkan racun yang mungkin ada
kali ni kita layan resepi makcik pasar tani yang bagi

Kulat sisir bertelur

kulit sisir lima hinggit - basuh ngan cuka dan gauk garam kunyit
telur dua biji, bawang putih secukupnya, bawang merah secukupnya
serbuk lada sesudu dua

tumis bawang, kemudian campakkan kulat sisir dan goreng hingga masak, tabur serbuk lada dan kemudian masukkan telur dan siap....

nasi putih panas dan kulat sisir bertelur sudah cukup.


ramai manusia ketika hidup di dunia tidur bila mati baru tersedar - Saidina ALi - Ustaz Pahrol

JBA kuantan

Thursday, October 13, 2011

Dari FB


KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api
(biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam,
mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin
terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi
kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).
Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang
mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi
orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu.
(terkena?? hahaha..)

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut,
tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya
jalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut
sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka
sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila
pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin
!!!! (terkena lagi?? hahaha..)

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau
bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi
Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman
meninggal pun jin tidak perasan/tahu.

Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin
tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya
dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka
barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya
tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu.
Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum
duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan
membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak
perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak
bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah
jumpa orang yang di rasuk.

* Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat
yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi
orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Pagi la Pagi - prof Muhaya

‎3 langkah utk jaga minda kita supaya aligned dengan aura yang akan membuatkan kita rasa in flow of growth dan mewah ialah elakkan dari: 1. Cari sesuatu yang kita dapat sesuatu tanpa memberi apa apa eg makan free saja 2. Selalu cari benda murah saja ( sebaliknya cari benda yang ada nilai) 3. Rasa benci bila bayar sesuatu (sepatutnya rasa syukur bila bayar sesuatu kerana mampu bayar setelah mendapat perkhidmatan eg bil letrik). Setiap fikiran adalah investment pada minda

Monday, October 10, 2011

MADU - sirap madu, teh ais madu

madu naqia
stock dapur yg wajib ado
rm15 je beli kat hilwah trading

dlm duk google pic, temu la kat sini sekali dgn khasiatnya,

sirap madu, - minum tghhari
air sejuk dititiskan sirap
dikacau bersama madu secukup rasa

teh ais madu,- minum malam
ais besar yang besar di masukkn air bagi cair dalam satu gelas besar
campurkan teh yang telah di rendam baki dr teh panas ptg tadi
dimasukkan madu bersudu sudu secukup rasa

pergh hilang dahaga siang dan malam

MADU
membetulkan pengaliran darah
mengimbangi kandungan lemak
mengurangkan tekanan darah tinggi
menambah kejelitaan rupa paras dan tubuh badan
menguatkan tenaga batin....

Mertarbiah Diri

antara tanggung jawab dan bebanan
semua harus di pikul
kita tak punya pilihan
ikhlas dan redha
nilai nya di hati
tak perlu kita sebagai insan pertikaikannya


"Bila anda dapat bangun dari tidur pada suatu pagi, bermakna anda harus menjadikan hidup anda lebih bermakna sebagai tanda kesyukuranmu kepada Ilahi"

Wednesday, October 5, 2011

Menu Malam Ini

layan makan malam dengan salad pasta,
pertama kali terjumpa parsley....hehe

salad pasta

1. pasta, bebola ayam dan sosej dicelur

2. parsli, daun salad, tomato bawang besar, cili besar dan lobak merah di mayang

3. mayonis, black pepper, garam sikit, gula sikit, cuka sikit, minyak zaitun dan parmesan cheese di gaul rata

Akhir sekali satukan semua bahan 1, 2, 3 dan hidang!




rasa macam pegaga pun ada
setelah di google,
ia baik untuk tekanan darah rendah
baik untuk sengal sengal tulang
juga di minum untuk melancarkan menstruasi

Tips dr IK

Ramai yang ingin ketahui cara memulakan perniagaan di Internet- daripada apa yang terbaik untuk dijual di Internet, sehingga cara mempromosikan perniagaan tersebut dan menerima bayaran pelanggan melalui Internet.
Berita baik! saya telah menyediakan siri email "4 Langkah Memulakan Perniagaan di Internet" untuk anda yang berminat ketahui caranya. Isi kandungan email ini yang akan di hantar 4 hari berturut-turut memuatkan tips dan strategi terbaik:
1. Nak jual apa di Internet?
Ketahui produk dan perkhidmatan terbaik dan terhangat untuk di jual di Internet!
2. Cara membina laman web!
Pelajari cara mudah membina laman web dan menjana pendapatan di Internet
3. Kaedah terima bayaran...
Pernah anda bertanya bagaimana caranya supaya pelanggan boleh membayar anda menggunakan kad kredit? Ketahui cara termudah!
4. Teknik mendapat pelanggan yang ramai!
Tanpa promosi, pastinya perniagaan Internet anda akan gagal. Ketahui teknik dan strategi promosi perniagaan Internet yang paling efektif!
Sekiranya anda inginkan maklumat-maklumat ini sampai terus ke email anda, di minta untuk anda isikan nama dan email anda di sini...
Oh ya, ianya adalah percuma untuk anda yang berminat ;)

Tuesday, October 4, 2011

i want dis

i wanna dis
but he doesnt
cut lor


Monday, October 3, 2011

Cerita pd 30 sept 11






30 sept 2011

hari ni besday aida
hari ni dia turun kuantan
hari ni jugak MIL, FIL, SIL & Biras turun kuantan
hari ni bawak semua yang ada ke -
Gambang Water Park
tiket dewasa rm21.90
tiket kanak2 rm12

besday gurl free (promption till year end )
wafie bawah 90cm free
pukul 9.30 trun dr damanasara
kul 10 smpai water park
cabana no 13
i layan taqif, nak mandi berendam xde geng
SIL & Biras & wafie layan water.....mr asben layan mata
MIL & FIL layan pemandangan, jln jln

cabana 13,
my lucky no 13



konon nak layan mata, layan game jugak

baby taqif yg cute miut


besday gurl
minta cheese cake secret recepi
adus, blk dr gambang cari kek
depa yang lain p ECM lak,
holiday la katakan, MIL kata

aida
bluecheese cilup dr SR home
ni yang dia duk ulang ulang minta
jam tujuh ptg pun p jugak cari beli
mcm kat shah alam xde SR nih....sbb mau di belanja

nasib baik hang dtg amik kete dpt celebrate besday kat water park
walau hang x main air tapi hang giler posing
dapat nunjuk nunjuk kat geng2 kilang hang
next year bawak rombongan cik kiah la tu


nota hati ; bukan nak bagitahu satu world tapi nak simpan sbg kenangan sbb skrg bukan zaman cuci gambar lagi,,,,,soft copy je.....

Sunday, October 2, 2011

Tip pilihan: dr IK

Artikel Pilihan: Jaga Kesihatan = Jaga Kewangan
Oleh: Irfan Khairi
Kekayaan atau kesihatan yang penting? Pastinya ramai akan kata, kesihatan lagi penting. Tapi sering kali, kita hanya mengambil berat tentang kesihatan kita apabila kita jatuh sakit. Bila tak sakit, mungkin berbagai aktiviti gaya hidup yang kurang sihat kita amalkan- seperti merokok, makan berlebihan, minum minuman yang manis dan sebagainya. Apabila jatuh sakit, baru lah kita akan tersedar dan pantang untuk menjaga kesihatan.
Menjaga kesihatan harus bermula daripada awal sebelum terlewat. Dengan kesihatan yang terjaga, kita juga dapat menjaga kewangan kita pada kos-kos perubatan yang sering menelan beribu ringgit. Antara cara asas menjaga kesihatan kita:
1. Jaga pemakanan kita - jangan makan berlebihan, kurangkan garam dan juga gula. Lebihkan buah buahan dan sayur-sayuran. Makanan terbaik adalah makanan organik (tidak diproses).

2. Bersenam selalu - lakukan senaman dari masa ke semasa. Senaman mudah seperti jogging ataupun berjalan. Bersukan adalah aktiviti sihat yang dapat dilakukan. Tidak minat dengan sukan? lakukan senaman-senaman mudah dari rumah (Turun naik tangga juga bersenam!)
3. Cukupkan rehat - Tidur sedikit awal setiap hari sekiranya anda rasakan badan penat dan lesu. Apa yang anda perlukan adalah rehat yang secukupnya.
Di pasaran juga terdapat berbagai-bagai produk kesihatan yang dapat menjaga kesihatan kita. Contoh seperti air sarang burung Litness.
Artikel ini di taja oleh Litness. Minuman sarang burung plus Kolagen. AG Hazira Marketing kini sedang membuka peluang mendapatkan PENGEDAR dan juga STOKIS (terhad setiap negeri) untuk produk sarang burung LITNESS - Produk kesihatan dan kecantikan. Modal permulaan serendah RM500. Bagi anda yang berminat menjadi agen dan juga stokis di minta hubungi 012-3954067 / 012-3954096 / 019-2232877

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...