Wednesday, September 28, 2011

Esok Belum pasti


Kata orang hidup perlu ada angan-angan. Barulah kita bersemangat merancang dan melaksanakan apa yang di angan-angankan. Namun dalam kisah hidup para sahabat Nabi SAW hidup mereka 'pendek' dengan angan-angan. Malah itulah prinsip hidup mereka yang menjadi kunci ketenangan yang mereka miliki!.

Prinsip itu ialah hidup dalam lingkungan hari ini dan tidak perlu bimbang yang jauh-jauh. Usah tercemar dengan esok yang masih samar-samar

. Tugas manusia bukan melihat apa yang terletak jauh dan masih kabur dihadapan, tetapi bertindak dengan apa yang berada di genggaman. Itulah yang sering mereka pesankan.

Mafhum hadis ada mengatakan bahwa jika mereka hidup pada waktu pagi, maka mereka tidak menyangka akan terus hidup ke petang.
Oleh itu, mereka tidak menangguhkan amalan kebaikan, juga tidak mengangguhkan taubat daripada perbuatan jahat.

nota hati; petikan dr majalah NUR /oct 11 (dr buku Dimana dia dihatiku - Pahrol Mohd Juoi)


Monday, September 26, 2011

AWAS ! Kawal Kolesterol Anda

Selain mengawal pemakanan, pemeriksaan tahap kolesterol amat digalakkan.
Bagi lelaki, pemeriksaan ini perlu dilakukan secara berjadual jika anda telah berumur 35 tahun ke atas. Manakala bagi wanita pula sebaik saja berumur 45 tahun. Tahap kolestrol terbaik adalah 200, apabila mencapai 200 hingga 239 ia perlu di awasi dan jika ia berada pada bacaan 240 ini bermakna anda mudah mendapat serangan jantung.

Kenali makanan anti kolesterol,
JAMU
LEMON/LIMAU
EPAL
JAMBU - BIJI MERAH
AVOKADO
KACANG TANAH
MANGGA
SEMUA BUAH YANG KAYA VITAMIN C

nota hati; lelaki di atas berumur 35 tahun dan jika anda melihat paparan image anda itu sila buat pemeriksaan tahap kolesterol anda...lately anda terlalu banyak menghadiri jamuan raya yang berasaskan daging kambing.....AWAS

Tuesday, September 13, 2011

Petikan dr 1 email yang Macam Penting - isu tudung


Description: Description: cid:image001.jpg@01CC6CC7.14D42180

PANAS! Isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan juga di IPTS

Isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan IPTS di Malaysia. Ahli-ahli parlimen negara sudah mendapat kata sepakat bagi mengharamkan pemakaian tudung bagi pelajar wanita di IPTA dan IPTS di Malaysia ini berikutan dengan faktor-faktor kesihatan. Ini kerana pelajar-pelajar wanita yang memakai tudung ini didapati kurang mendapat prestasi yang agak cemerlang. Kenyataan ini juga disahkan oleh pakar-pakar di hospital selayang yang membuat kajian terperinci pemakaian tudung ini.

Mereka berkata tudung ini akan menyebabkan pengedaran udara yang kurang dan menyebabkan kepala yang melindungi otak akan menjadi kurang segar dan akan menjadikan otak mereka tidak aktif seperti pelajar-pelajar yang tidak memakai tudung. Jadi bagaimana isu ini boleh berlaku topik ini sengaja ditulis dan hanya disiarkan kecil sahaja di bahagian muka surat yang sekiranya tidak diteliti tidak akan nampak.

Adakah kerajaan Malaysia takut akan hal ini. Yang dulu begitu marah terhadap Singapura yang memberhentikan 2 orang murid perempuan kerana memakai tudung ke sekolah. Ape susah jadi dengan isu ini diam begitu sahaja. Sekarang ape sudah jadi paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih. Sekarang Malaysia sanggup mengHARAMkan pemakaian tudung pihak JAKIM juga tidak dapat berbuat apa-apa dengan isu ini. Ini kerana semuanya terletak di tangan menteri-menteri di Malaysia.

Bagaimana pula dengan Pak Lah yang selalu menjadi Imam di masjid-masjid, adakah beliau juga bersetuju dengan isu pengharaman pemakaian tudung ini. Jadi bagaimana seorang Imam boleh setuju tentang pengharaman pemakaian tudung ini.

Bagi pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). International Islamic University Malaysia (IIUM) juga hanya menunggu dan lihat sahaja apa yang akan terjadi. Universiti ini dahulu yang mewajibkan setiap pelajar wanitanya memakai tudung apabila memasuki kawasan universiti kini hanya mengambil endah tak endah sahaja mengapa MALAYSIA sekarang ini. MALAYSIA yang dulunya dikenali kerana agama rasminya adalah agama Islam. Kini boleh mengharamkan pemakaian tudung di Malaysia yang kita semua sudah maklum sebagai seorang wanita Islam wajib memakai tudung.

Isu ini sengaja tidak digembar-gemburkan agar tidak mahu berlaku kekecohan ataupun apa-apa reformasi. Pihak media massa seperti TV juga tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan semua ini. Adakah Malaysia sudah lemah..

Pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan menghantar notis ini ke sekolah-sekolah. Pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah:-

1)TUDUNG SAJI;
2)TUDUNG PERIUK;
3)TUDUNG TERMOS;
4)TUDUNG CAT;
dan berbagai-bagai jenis TUDUNG BOTOL yang selalu menjadi permainan murid sekolah masih di dalam pemerhatian.

P/S : kah! kah! kah! hahahahaha…. dah2… sambung wat keje…. Description: Description: cid:image002.gif@01CC6CC7.14D42180

Sunday, September 11, 2011

1 Pagi Di Rumah Tok Ngah

beraya ke rumah tok ngah di tasik cini,
tok ngah adik pd tokki kami
usia mungkin akhir 70

pada ramadhan lepas, tok ngah nazak,
tak boleh bercakap, tangan mengeletar,
tak bole jalan, mata macam tertutup je,
baring je,

dan
pada syawal, kami ziarah tok ngah lagi,
dan terperanjatnya kami,
tok ngah sihat, boleh berjalan,
bercakap dengan tutur yang fasih
namun ingatan tok ngah sudah lemah,
matanya tak mampu mengenalkan dia siapa tetamu dia
namun bila kami perkenal diri, masih ada sisa ingatan itu
bila waktu itu masih bukan milik dia,
dia pulih dan sihat kembali
itu lah hero keluarga kami

di saat ini,
pada semua, ingatla
masa dan waktu kita adalah
ketentuan DIA...

tok ngah dengan nenek(bekas kakak ipar dia)

tok ngah tak kenal ma rupanya

layan itik tok ngah main air


rasa mau join itik main air jo


semua ada lapan ekor tapi xde pun white color


belakang umah tok ngah ada pokok limau bali, lebat ooo


layan buah limau bali yg manis, tapi nenek potongkan....khee


sebelum pulang pak sedara melayan syahdu anak sedara dia


bye bye comel

Monday, September 5, 2011

Saving Method - Tips dr IK



Tip kewangan: Upah diri sendiri
Adakalanya kita perlu mengupah diri sendiri untuk memotivasikan diri kita. Tidak semestinya sekiranya mencapai kejayaan besar sahaja kita harus upah diri sendiri, kejayaan kecil juga kita perlu mengupah diri sendiri untuk memberi semangat dan motivasi untuk kita mencapai lebih tinggi.
Pembahagiannya adalah: 10% Simpanan (jangan di sentuh), 5% hiburan dan bakinya untuk sara diri dan keluarga termasuk derma
Apa yang penting adalah upah yang diberikan perlulah dalam kemampuan kita. Jangan pula sebagai contoh, pencapaian kita dalam perniagaan mendapat RM10,000, kita upah diri sehingga RM8,000 atau lebih pula!
Di sini pengurusan kewangan adalah penting. Apabila mencapai target kewangan kita, ketepikan 5-10% untuk tabung 'hiburan' kita (setelah diletakkan 10% dalam tabung simpanan!)
dan kebajikan!
Tabung hiburan adalah untuk kita mengupah diri kita sendiri. Manakala tabung Simpanan adalah untuk kita simpan wang kita untuk masa depan- jangan di sentuh! Sesekali, kita perlu mengupah diri kita sendiri juga untuk memberi semangat dan motivasi mencapai lebih tinggi!

Saksikan terbaru di http://www.youtube.com/irfanTV

Friday, September 2, 2011

Pantai Bisikan Bayu di Raya ke 3

raya ke 3 kami bertiga, along achik n aboy ke pantai bisikan bayu, semerak
mengunjungi kak ita seperti selalu
kak ita yang berniaga satar tiap kali musim raya
kak ita yang gigih, cuti raya peluang berganda
di pantai bisikan bayu
kak ita sekeluarga meniaga
satar, otak2, jagung bakar dan rojak buah
dan kami tak pernah melepaskan peluang
dari KT ke Semerak, kelate
demi sebuah persahabatan
dan satar kegemaran

pantai bisikan bayu

nyiur melambai, mendamaikan pantai
setenang ombak sesejuk mata
melakar di pasir nan putih
panas terik bukan halangan, aboy mengimbau kenangan
tauke satar menerima kunjungan
bergaya di bawah payung jualan
geladah abis semua makanan, achik n aboy melantak satar dan otak otak sotong serta ikan
ini tauke besar kepada penjaja satar di pantai bisikan bayu,
awal awal dah tayang collection

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...