Monday, August 29, 2011

Salam Aidil Fitri

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi

Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa
Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata
Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa
Mohon kemaafan untuk segala-galanya
dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin

Himpunan Hikmah dr Prof Muhaya - 29 AuG 11


Prof Dr Muhaya
Sesiapa yang menimbulkan kegembirann rumah tangga insyaAllah diberi kegembiraan oleh Allah dan diberi rahmat. jom kita mengembirakan orang lain terutama suami isteri dan anak anak dan keluarga.

Sebaik baik akhlak penduduk dunia dan akhirat ialah memaafkan orang yang menaniayai diri kamu- tanyalah ustaz

Hadis Nabi Muhammad saw, bila tiba malam pertama ramadhan Allah sudah mula melihat dikalangan hambanya ini siapa yang akan diberikan rahmat kasih dan sayang

Di padang mahsyar Allah akan bertanya dimana orang yang berkasih sayang? Jom kita tanya diri kita berapa banyak kasih sayang yang kita ada dan sebarkan

Allah turunkan rahmah , keampunan dan doa rintihan hambanya di bulan ramadhan. Semoga kita mendapat semua ini di bulan ramadhan




Thursday, August 25, 2011

Email Kata Anjing Nanu Baharuddin








NOTA HATI; dont angry with me, i got an email

Monday, August 22, 2011

Kata kata Prof


Never let yesterday use too much of today- Bob Proctor- JAngan biarkan semalam mengambil masa hari ini. JAngan suka merungut menyesal dan mengeluh atas peristiwa yang dah berlaku. Niat esuk untuk hidup penuh keimanan dan cari redha Allah dan betulkan kesilapan diri sendiri dan berhenti mencari kesalahan orang melalui berita tv dan akhbar dan blOG

Saturday, August 20, 2011

Puding Raja

petang ini koi ke bazar stadium,
bandar kuantan sesak senghoti
bermacam juadah buat koi kagum
namun puding raja pilihan hati
puding raja kuih istimewa pahang
satu bekas rm5 sungguh mewah seharum namanya
bersos kastard

dalamnya ada pisang, jala mas, ceri potong, plum dan gajus
lazatnya, nyum nyum
harga bukan ukuran jika mewah di pandang,
mewah di mulut
ni rm5,
mahal lagi ada woo
besar punya bekas rm20.....kuih termahal abad ini....




Friday, August 19, 2011

Qiam Ramadhan


Sabda Nabi SAW bermaksud ;
Sungguh, bulan ramdhan adalah bulan yang diwajibkan oleh Allah puasa dan disunatkan solat pada malamnya, maka barangsiapa menjalankan puasa dan solat malam pada bulan itu kerana iman dan mengharapkan pahala, nescaya bebas daripada dosa-dosa seperti mana di saat ketika dilahirkan oleh ibunya, (Riwayat an-Nasaie)

Qiam Ramadhan bermaksud bangun untuk berjaga nakan di bulan ramadhan bagi mengerjakan amal ibadat kepadaNya. Menghidupkan malam ramadhan merupakan sunat maukkad iaitu pekara sunat yang sangat di tuntut untuk melakukannya. Ini kerana Rasullah SAW serta para sahabat baginda amat menganjurkan qiam ramadhan ini seperti mana yang dinyatakan di dalam hadis di atas.

Oleh itu, sebagai seorang islam yang inginkan kelebihan dan keredhaan daripada-NYA, adalah disarankan agar setiap orang islam memenuhi malam ramadhan dengan segala amalan ibadat lain selain daripada solat terawih. Lebih lebih lagi ibadat pada sepuluh malam terakhir ramadhan.

nota hati; maka mlm esok bermula la 10 mlm terakhir ramadhan kita, cepatnya masa berlalu sedikit nya amal ku.....

petika dr dik mimi,
Apa guna jadi lelaki KACAK , kalau baca Quran pun MERANGKAK² . Apa guna jadi perempuan CANTIK , kalau Pukul 12 tengah hari pun tak CELIK² . Apa guna umur besar PANJANG , kalau Fardhu Ain asas pun lintang PUKANG . Apa guna Allah bagi HIDAYAH , kalau nak solat pun sikit punya PAYAH . Apa guna jadi MANUSIA , kalau umur Allah bagi kita SIA² . Apa guna harta MELIMPAH RUAH , kalau nak hulur kepada yg memerlukan pun SUSAH . Apa guna pangkat BESAR , kalau kubur dah dekat pun masih tak SEDAR .

Thursday, August 18, 2011

Tembikai Ku Berbuih

On the way balik kuantan,
singgah pulau kerengga beli tembikai,
tepi dapur tempat ku simpan
namun pulak ia berbuih buih bila nak dipakai

apalah malang apalah rugi
tembikai kuning memang kegemaran
udahla busuk masam lagi
sebiji ku buang tak bole makan
nasib baik ada teh bunga
buat pengubat rasa yang hilang
tiap ramadhan pasti ada teh bunga
barulah perut terisi dan kenyang
khasiat teh bunga bole tgk sini

Monday, August 15, 2011

BuBur Lambuk Masjid Putih - 3.30 pm


3 ptg, 15 ramadhan
perjalanan kerja di jln sultan sulaiman
singgah solat di masjid zainal abidin @ masjid putih
parking kat klinik ummi azizan
sudah solat nampak bersusun bubur lambuk
tgk banner 3.30 ptg waktu pembahagian
tengok jam lagi setgh jam

ye la dua tahun lepas dua tiga kali jugak ku beratur demi semangkuk bubur ini
masa tu keje kat jln sultan ismail
peluang ni, - ruginya tak bawak camera

pakcik makcik dah ramai menunggu bawah khemah dalam perkarangan masjid
ramai nya orang, anak muda anak dara semua ada

dalam duk nunggu tu ada gok yang dua orang pemuda dengan samsengnya p rembat sebekas sorang namun gagal sebab pakcik yang jaga tu tahan,
pakcik minta maaf, ni amanah, tunggu kul 3.30 baru bole ambil (lor lg 15min pun pdhalnya, tggu la kejap, sabau la, ni la adiah bulan puasa, hadiah kesabaran)

sampuk la sorang lagi pakcik ,
kita hidup ni kena amanah dan jujur
patuh pada undang undang, jangan main semborono
maka terdengar la pakcik itu membilang,
Siddiq, Amanah, Tabligh, Fathonah
(4 sifat wajib bg Rasul-lama x dgr)

ramainya menunggu
ada polis traffik tu


balik rumah baru dapat snap tp tak sempurna pulak
mem besar membebal
giler kamera katanya
mmg pun, tgh ngasah bakat
langsung dua keping je dapat

sementara duk menunggu waktu berbuka,
borak2 dengan nenek,
nenek kata wazien masuk spital pulok
muntah berdarah
adus, mak ayah nya, abg kakaknya terpaksa la berbuka kat spital
cian sungguh dengan sepupuku syg tu,
sementara nak dewasa ada je....
(ayahsu, i cilup pic wazien)
windu bangat sama wazien
moga lekas sembuh

15 hari Sudah - cekodok cempedak


Amalan berpuasa melahirkan jiwa insan yang selalu taat kepada Allah, justeru itu akan lahir pula ketakwaan dan ketenangan jiwa.

15 hari sudah, perut kita melalui proses pembersihan

mlm esok mlm nuzul quran

bila kah malam lailatul qadar

mengingati mlm nuzul quran dan menanti mlm lailatul qadar,
layan jap cekodok cempedak...hehe

image adalah bersebab mengasah bakat snap pic, bakat memasak dan bakat menunjuk.....

cekodok cempedak
cempedak masak semaunya, tepung gandum sebaik adunan, garam secubit, gula sesudu, kelapa parut sejemput, telur sebutir, soda bikarbonat sdt,
gaul semua dan goreng....nyum, nyum

Friday, August 12, 2011

Bajing Mengubat Diabetes


Tupai atau di panggil Bajing di Indonesia halal di makan dan boleh mengubati kencing manis, di masak goreng setelah direbus bersama bubu berempah selama berjam jam dikatakan menyamai rasa ayam goreng dan ia di masak dengan membuang kulit dan isi perut sahaja, kepala dan kaki masih melekat di tubuh .

Tupai adalah spesis mamalia dan menjaga anaknya sendiri. Memakan buah buahan serta tumbuhan, comel dan tidak ganas. Mungkin kerana pemakanannya maka daging tupai dikatakan mampu mengubat kencing manis atau diabetes.

sumber; astro ramdhn,wikipidea


Thursday, August 11, 2011

Puding Jagung di Ramadhan ke 11

sibuk x sibuk dah 11 ramadhan
19 ari lagi nak raya
minum makan minum
terawih time larat
tapi memang surau lengang sekarang
tak macam dulu dulu
hari pertama penuh la
hari kedua dah kurang
hari ketiga makin kurang
hari kelima kurang
hari kesebelas sama
suara budak budak pun dah perlahan

hari ke sebelas ramadhan hari bersejarah
terciptanya puding jagung pertama kali hayatnya
macam terlebih jagung je

rasa boleh tahan
sedapnya (sendiri mkn sendiri tahula..khee)
rupanya senang je puding jagung ni,
tapi lupa lak resepi amik kat ner,
yang pasti caranya kacau je semua ;
tepung kastard secawan, jagung dua cwn, gula stgh cwn, air dua cwn dan susu cair dua cwn serta secubit garam kasi kilat sejukkn
tapinya cara penyejukan belum terer, tak sekata.....
cmno ni sifu2, nak tekan tekan susah lak....

Wednesday, August 10, 2011

Kelebihan Ramadhan

Sabda Rasullah SAW bermaksud;

sekiranya hamba-hamba Allah mengetahui kelebihan yang ada pada ramadhan pastilah umatKU akan mengharapkan keseluruhannya menjadi ramadhan
(riwayat Ibn Khuzaimah)

dan

dijauhkan (daripada kelebihan ramadhan) kepada sesiapa yang berada di dalam bulan ramadhan lalu tidak mendapat peluang keampunan Allah (kerana tidak beribadat)
(riwayat Al - Hakim)

Kelebihan dan keistimewaan Bulan Ramadhan
1. Diwajibkan puasa ramadhan - rukun islam
2. Diturunkan al quran nul karim
3. Dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka
4. Syaitan di belengu
5. Umrah pada bulan ramdhan menyamai Haji
6. Dibebaskan siksaan neraka
7. Menghapuskan dosa
8. Malam Lailatul qadar
9. Bulan penuh keberkatan
10. Solat sunat terawih.



sumber; petikan dari ' HADIAH CINTA UNTUK ILAHI'
karya Muhammad Rashidi Haji Wahab

Friday, August 5, 2011

Serambi Masjid - Masjid Shah Alam

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
Shah Alam , Selangor
menghiasi segmen serambi masjid ku ,
merupakan masjid terbesar dan terunggul di asia
boleh memuatkan 24000 jemaah pada satu masa
dengan berlatarbelakang tasik shah alam yg damai
masjid yang mengunakan sensor untuk ambil air sembahyang
masjid biru dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan
lambang kebanggan warga shah alam.

dan satu ketika dulu,
di sini ketenangan yang ku gapai
di saat hati gulana
ku susuri tasikmu
melawati pintu masjid
aku damai

penuh kesyahduan
ku sujud menghadap ilahi
memohon keampunan
memohon secebis pengertian
dari insan insan yang ku syg
suatu rasa nan aman
suatu kebahagian
luput sejenak
kesedihanku

tanpa jemu
ku kunjungimu
solat zohorku, asarku
ittikaf ku di serambimu

juga terawihku, berbukaku
di sini aku mencari berkat ramdhanku
masjid biru, ketenanganku
aku rindu satu ketika dulu...

Thursday, August 4, 2011

Serunding Daging For Sale

buat kawan kawan di perantauan,
bersahur dengan serunding membangkit selera
nasi panas serunding daging abiskan sepinggan nasi
namun kat KL atau mana mana tempat luar dari kelate atau ganu
susah nak dapat bekalan serunding best mcm ganu atau kelate punya
maka cadangan terbaik, order la dari ku,
berminat tinggalkn alamat email kat comment,
layan serunding as below,

100gm
datang dalam bekas
RM7 - 100gm
serunding daging

Lauk Faberet Untuk Sahur

kasi tayang sikit,
kari sotong...


bila en asben bawak balik sotong dengan santan,
adus apa mau bikin ni,
takkan nak gulai sotong
atau tak kan en asben nak makan ketupat sotong
namun dia kata buat je apa2
teringat la kari pertama yang ku belajar dr bonda tercinta
kari sotong, pergh dpt kerdit doh masa tu....
khee, maka keletung kelatang jadi la kari sotong versi unexpected menu....
ni adalah baki peninggalan en asben, satu periuk dia dh bawak p keje,
cukup la utk sahur sorang ni.....cicah roti pun sodap ni.....

Monday, August 1, 2011

salam ramadhan - jangan tamak

salam ramadhan buat semua
moga ramadhan ini lebih berkat


layan upin ipin sementara waktu berbuka lagi 12 jam....khee...jgn tamak, ayam golek ayam percik ayam madu ayam goreng, semua itu nafsu semata, bersederhanala dalam berbelanja untuk berbuka, jangan tamak....betul betul

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...