Sunday, July 31, 2011

sehari sebelum ramadhan


ahad, 31 july
esok dah ramdhan, letih ka tahun ni?
rutin harian mcm biasa, hari ni hari keje,
sebelum keluar keje, siapkan document, kurier jap lagi,

esok dah puasa, mcm mn ntah posa tahun ni,
kuantan - KT
KT - kuantan
ku perlu jaga dua hati,
tapi hatiku.....
letih badan, letih mental, letih poket skali klu lagu ni.....
sehari sebelum ramdhan, hati ini gundah gulana....
aku bukan keliru namun aku celaru....

ya Allah bagi la hambaMu ini kekuatan menhadapi ujianMU...

seandainya mahukan pelangi , harus lah berhujan selalu...


Friday, July 29, 2011

4 Sikap Yang Dilaknat Allah

Allah benci pada orang orang yang mempunyai :-

1. Terlalu kedekut - kedekut teramat, kedekut pada isteri, pd suami, ibu bapa pd tetangga, harus kita ingat budi baik baru barokah

2. Hawa nafsu yang di ikut - tak mampu menahan diri dari penzinaan, berbelanja berlebihan dan gaya yang melampau

3. Marah yang di ikut - baran dan bengis, mudahnya melafazkan talak, talak tiga mainan mulut, menyesal tak guna

4. Hasad yang di ikut - cemburu dan dengki, sanggup membomohkan musuh, fitnah kerana amarah

maka kita sebagai umatNYA, bersederhana la dalam segala segi dan buang la rasa kedekut, jangan di ikut nafsu, buang kemarahan mu dan berbaik sangka la, tiada hasad dengki sesama kita kerna kita semua umatNYA yang dihadirkan sementara di bumiNYA sebagai khalifah merasai nikmatNYA yang tak pernah berbatas......

maka nikmatNYA yang manakah kamu dustakan - ar rahman


Thursday, July 28, 2011

pokok apa ni ?

tadi petang lepas cari barang kat dalam GIANT, masuk kejap kat nurseri depannya,
nampak je pokok purple ni, hati dah terpaut namun pokok pe tak tahu nama,
beli je, regenya pun munasabah, rm10.49 je
macam lavender, ye ke?
tolong bantu kengkawan....

letak dalam pasu besar dulu, sementara nak cari tanah

rasa macam nak tidur kat luor je, sebelah pokok bunga baru ni

kita tengok ketahan pokok ini,
ku siram ku baja
agar subur sepanjang masa

tapi setelah di google, bukan la....khee
misi pencarian pokok lavender lak
dgr kata kat pasar tani putrajaya ada....

Tuesday, July 26, 2011

Saturday, July 23, 2011

Mengabdikan Gambar Perkahwinan Farah AF2

Pagi tadi layan nasi lemak kopi O - terpegun dengan pakaian Farah, pergh gaya bertudung yang amat berani, tetap sopan walau sarat mata memandang, ku mula respek pada farah ni, walau sebelum ni ku tak pernah rasa ingin ambil tahu....


Farah AF2 - Farah Diana Anuar - lahir 25 januari 1985


berkahwin dengan Johan Johari
pd 16 julai 2011
di putrajaya

tahniah buat farah dan suami,
moga berbahagia ke akhir hayat


Tip Pilihan - Sijil

Selalu saya ke klinik, hospital, pejabat doktor, pastinya di bilik doktor specialist tersebut berbagai-bagai sijil didalam frame. Sijil-sijil pencapaian/penddikan tersebut adalah untuk berikan keyakinan kepada pesakit/pelanggan (doktor juga buat bisnes ya) doktor tersebut.

Selain daripada itu, sijil-sijil yang dalam frame juga membantu menaikkan semangat dan motivasi doktor tersebut atas pencapaiannya sebelum ini!

certwall.jpg

Satu teknik motivasi adalah dengan kita mengingatkan kembali pencapaian-pencapaian kita sebelum ini. Apa yang kita boleh buat adalah, framekan sijil-sijil pencapaian kita dan letak di dinding tempat kita boleh lihat. Atau sediakan rak untuk letakkan pingat atau pemberian penghargaan kita.

Tak kira la, tak semestinya sijil pendidikan dan pencapaian yang tinggi sahaja. Kalau dulu-dulu kita menang pertandingan lumba lari... mewarna... tulisan khat, atau apa sahaja pencapaian mengikut peringkat umur kita, ia boleh dijadikan pembakar semangat bahawa satu masa dulu, kita pun boleh mencapainya. Why not now?

ps: Teknik ini juga boleh digunakan untuk gambar-gambar pencapaian kita atau apa sahaja sebagai peringatan yang kita pernah mengalaminya!

The more you learn, the more you earn

Aima, tak kira apa sahaja bidang anda, sama ada anda bekerja makan gaji atau berniaga, ianya amat tepat pepatah mat salleh, The more You earn, the more you learn!". Sama ada anda sedang bekerja, atau menjalankan perniagaan, kini terdapat berbagai-bagai peluang melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa, atau separuh masa.

Suka saya umumkan, siri sesi kongsi ilmu *BARU* pada hari Rabu ini, akan diadakan sesi Bicara Santai "STRATEGI ILMU & MINDA" bersama saya, Irfan Khairi dan soal-jawab terbuka khas untuk anda.

Dalam "Strategi Ilmu & Minda", saya akan kongsikan kepada anda termasuk:

  • Strategi menjimatkan 80% daripada masa anda
    Jadikan hari anda lebih produktif dengan kaedah praktikal ini- jimat lebih banyak masa anda untuk anda luangkan pada perkara- perkara yang lebih penting dalam hidup anda.
  • Kaedah menetapkan apa sahaja matlamat dan mencapainya!
    98% daripada kita TIDAK mempunyai matlamat- pastikan kita tergolong daripada 2% yang mempunyai matlamat, tetapi yang lebih penting lagi adalah kaedah menetapkan matlamat dan cara mencapai apa sahaja matlamat anda.
  • Teknik "The more you learn, the more you earn"- Gandakan ilmu dan gandakan pendapatan!

Temui saya di sesi bicara santai "Strategi Ilmu dan Minda" secara percuma (ditaja sepenuhnya oleh Multilink" pada hari Rabu 27hb jam 8 malam di Vistana Hotel Kuala Lumpur. Sesi ini adalah eksklusif kepada 50 peserta sahaja yang ingin pelajari rahsia-rahsia kejayaan melalui menambahkan ilmu dan mengasahkan minda!


Bicara Santai bersama Irfan Khairi
Strategi ILMU & MINDA
Vistana Hotel, Kuala Lumpur
Rabu 27hb Julai 2011
Masuk: Percuma (sesi di taja 100%)

Sekiranya anda ingin menyertai sesi Strategi Ilmu & Minda bersama saya, sila emailkan maklumat berikut kepadasyukri@iksbmail.com dengan tajuk email "ILMU dan MNDA":

  1. Nama
  2. No Handphone
  3. Jumlah peserta

Pastikan anda email kepada En Syukri syukri@iksbmail.com untuk tempahan percuma oleh kerana sesi eksklusif ini terhad kepada 50 peserta sahaja! Untuk pertanyaan, hubungi En Syukri di 0136561322

BONUS: Bagi yang menyertai sesi ini akan menerima AudioBook percuma bernilai RM20 bertajuk Wang & Anda dan juga starter pek Salamfone! Berpeluang menunaikan umrah FOC melalui Salamfone.

*Juga akan terdapat sesi taklimat Multilink peluang menambah ilmu dan melanjutkan pelajaran oleh Mutilink

Friday, July 22, 2011

Denai Berbisik


Pelangi Petang

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Menca
ri sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

( korus )
Engkau tiba bag
aikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Ba
gai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

percaturan yang di rangka
punyai maksud yang telah direncana
Denai Berbisik,
satu drama yang dilakonkan oleh zul hilmi
miskin hina kaya sombong, ego dan bodoh sombong
kisah masyarakat yang hanya tahu menghukum bukan menolong
namun setiap rencana allah ada penghujung dan pertolonganNYA

Ya Allah syukur ku atas nikmatmu,
Ya Allah permudahkan jalan hidup sekian umat MU
SesungguhNYA KAU maha mengetahu dan maha melihat
Ringan kan beban yang kami tanggung setara dengan iman kami

Thursday, July 21, 2011

Salam Pagi Khamis 19 Syaaban

pejuang yang setia
berjaya menjejak istana sarjana
membuah banyak mutiara bangsa
kelak berkesan sepanjang masa
- prof mohd taib osman
LENTERA MUSTIKA


Monday, July 18, 2011

Tip pilihan: Kreatif dalam berniaga!


Bila sebut "kreatif" ramai memikirkan dalam perniagaan, kreatif adalah untuk pengiklanan/advertising. Namun, saya sering menyebut untuk menjadi kreatif dalam perniagaan

Sebenarnya, kreatif meliputi aspek yang meluas bukan sekadar pengiklanan, tetapi juga sehingga membuat keputusan perniagaan yang kreatif.


Contoh yang saya ingin kongsikan mengenai kreatif dalam perniagaan adalah Anita Roddick (pengasas The Body Shop)


  • Ketika mengembara pada tahun 70-an, Anita Roddick mendapati di negara yang dilawatinya, wanita menggunakan koko untuk melicinkan kulit muka dan badan. Anita Roddick menggunakan kreativitinya untuk membawa idea tersebut menjadi idea perniagaan kosmetik!

  • Apabila ingin memulakan perniagaan, Anita tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk membeli bekas kosmetiknya. Lalu, Anita menggunakan kreativitinya membeli bekas yang paling murah, iaitu bekas menyimpan sample air kencing di hospital untuk dijadikan bekas kosmetik. (kini, tidak lah gunakan bekas tersebut... nanti ni jadi email forward pula! )

  • Apabila membuka kedainya yang pertama pada 1976 (ya, The Body Shop kini sudah 34 tahun... bukan short cut kejayaan!), dinding kedainya berlumut dan kotor. Anita menggunakan kreativitinya untuk menggunakan cat yang paling murah berwarna hijau yang sama dengan warna lumut tersebut untuk mencantikkan kedainya. Sehingga kini, warna hijau (warna lumut) yang sama masih digunakan dan membawakan konsep alam semula jadi!
Dalam perniagaan, anda perlu kreatif dalam menangani masalah dan membuat keputusan. Jangan jadikan tiada modal, tiada idea perniagaan menghalang anda. Fikirkan cara kreatif dalam perniagaan anda :)

TIPS PILIHAN DR IRFAN KHAIRI


FORMULA FACEBOOK SEREMBAN
bersama IRFAN KHAIRI
KLANA RESORT
KHAMIS, 21hb Julai 2011, 8mlm-10.30mlm
KLIK UNTUK DAFTAR PERCUMA

Saturday, July 16, 2011

day of joy

what is beautiful is good
and who is good
will soon be beautiful

sungai lembing
4.30pm, sabtu

Blog yg tak ter'update'

bila hari ini masa itu ada
baru lah mood dan peluang itu datang

sebulan lebih sudah ulang alik kuantan KT
macam pelarian pun ada
macam driver pun ada
driver pd diri sendiri.....huhu

antara tanggung jawab seorang isteri, seorang anak dan seorang pekerja
sehabis baik ku tunaikan
antara pilihan yang aku ada
semua menghimpit diri,
maka membiarkan hari hari berlalu tanpa fokus pd kendiri
over and over
something become worst
something become interesting

and lastly,
jiwa memberontak
rupanya blog ku dah lama x update

arghhhh, satu kehilangan
i lost my soul
i lost me
here my luvly blog
i save u with alif pic
pulut durian

malam jumaat, 7 . 7. 11
semua org berkumpul kat BDK
ciksu n family, me n family
ayah do
ma, nenek, alif n aida
makan pulut duyan,
nyum nyum

tq to my asben

Saturday, July 2, 2011

Pepagi ambil semangat Prof Dr Muhaya

To understand the power and the magic of gratitude, you have to experience it for yourself. So why not begin by deciding to find 100 things a day to be grateful for?
If you practice gratitude every day it won't take long before gratitude is your natural state of being, and when that happens you will have unlocked one of the greatest secrets to life
Rhonda Byrne
The Secret

akhlak tanpa ugama adalah sia sia. KAlau kita baik tetapi hukum agama tak dijalankan maka sia sia dan tertipu dapat penghargaan di dunia tetapi seksa di akhirat. KAum wanta jom jadi isteri solehah dan niat nak tutup aurat dan jangan sekali kali kata yang penting hati kita dan tudung hanya luaran.

Nilai orang ISlam tinggi sebab iman mereka. Jika iman tak dimudakan dan tak dijaga alangkah ruginya. Lihat channel apa kita tonton dan bahan bacaan dan percakapan kita. ini pembayang kehidupan akhirat kita. Lhat tiket apa kita booking hari ini tiket syurga atau tiket neraka

Bertolong dalam perkara baik dgn takwa dan iman. Orang yang suka menolong orang lain insyaAllah mempunyai iman dan takwa

KAlau akhlak baik tanpa iman adalah palsu.BErat timbangan diakhirat ialah akhlak yang baik iaitu iman. Beri orang makan tapi tanpa iman seperti debu berterbangan sia sia. Jika kita buat baik tapi tak dibuat dengan keimanan yang baik dgn Allah maka sia sia dan tertipu.Derma dengan iman walau sedikit mendapat ganjaran. Ustaz Roslan

Iman ialah bibir berkata benar dgn hati mengaku dan buat dgn anggota. KAlau derma tanpa nilai keimanan sia sia. Ustaz Roslan


Prof Dr Muhaya

Friday, July 1, 2011

29 Rejab Sudah

Jumaat 29 rejab 1432

sebulan rejab berlalu, esok tibanya syaaban dan kemudian muncul lagi ramadhan yang di nanti.....alhamdullillah bakal bertemu lagi ramadhan ini.....

sabdanya Nabi Muhammad SAW:

Bulan Rejab bulan allah, bulan Syaaban bulanKu & bulan Ramadhan bulan umatKu

Kemulian Rejab dengan Israk Mikrajnya, Syaaban dengan malam Nisfunya dan Ramadhan dengan Lailatulqadarnya

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan. (
http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Rejab.html)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...