Wednesday, May 18, 2011

Tuesday, May 17, 2011

Jangan Biar Orang Hilang Rasa Hormat

buat semua rakan taulan



nota hati : hidup ini semua adalah ketentuanNYA, kalau berjanji harus tepati, kalau tak mampu akui, mulut jangan pandai menutur kata, jangan pula berlidah bisa, menutur sumpah nista buat orang terasa, kelak diri binasa bila orang tak lagi hormat pada kita....

adat manusia kadang kadang tersalah kata, terlanjur bicara namun jika di biasakan lidah dengan kata nista, hati yang selalu buruk sangka, mengata tanpa alpa, maka hormat orang pada kita tiada lagi di dunia.......

ingat diri walau pangkat setinggi mana, walau darjat semulia yang di kata , walau ibu pada anaknya...yang muda di sayangi yang tua di hormati.....

jangan nanti kelak merana kerna sikap kita yang selalu leka....

melayu mudah lupa, lupa tanpa dendam sebaiknya tapi lupa pada jasa hilang la mulia....

Sunday, May 15, 2011

Bila Manusia Hilang Pertimbangan

Sejak dua menjak ni, kejadian simbah asid makin berleluasa, tak puashati punya pasal, simbah asid kat musuh, bekas kekasih dan ada juga manusia hilang akal yang simbah asid kepada orang awam tanpa sebab, asid dan mencederakan orang lain menjadi pekara mainan, ada lak sesuka hati nak simbah asid kat tempat terbuka....pe nak jadi dengan manusia akhir zaman, nilai nyawa tiada harga.

ni lagi satu cerita, buat simpanan je ni....
perempuan sekarang pun dah hilang kelembutan hati,
cinta punya pasal,

Lelaki putus cinta disimbah asid


Mohamad Hanif yang melecur dimuka akibat disimbah asid dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah semalam. Gambar kecil Mohamad Hanif sebelum melecur.


KANGAR – Kebiasaannya wanita kerap menjadi sasaran disimbah asid gara-gara cemburu namun lain pula yang berlaku di Kampung Sentang, Utan Aji dekat sini semalam apabila seorang lelaki disimbah asid oleh dua lelaki tidak dikenalinya.

Semasa kejadian pada pukul 1 pagi, Muhamad Hanif Sunaid @ Shuib, 24, yang bekerja sebagai pemandu lori berada di rumah seorang diri sebelum dia membuka pintu rumahnya selepas diketuk dua lelaki.

Sebaik pintu dibuka, seorang daripada lelaki itu terus menyimbah asid ke arahnya menyebabkan mangsa melecur 50 peratus pada muka dan sebahagian pinggang.

Akibat terkena cecair itu, Muhamad Hanif dikatakan menggelupur dan meraung kesakitan.

Muhamad Hanif yang bergegas keluar mencari pertolongan ditemui di tepi jalan kira-kira 30 meter dari rumahnya oleh seorang penunggang motosikal. Semasa ditemui mangsa dalam keadaan separuh bogel kerana pakaiannya melecur.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, motif serangan dua lelaki itu berkemungkinan disebabkan cemburu atau dendam.


info wikipedia

Asid asetik, asid etanoik atau asid cuka adalah sebatian kimia asid organikyang dikenali sebagai perasa masam dan aroma dalam makanan. Asid cuka memiliki rumus empirik C2H4O2. Rumus ini seringkali ditulis dalam bentuk CH3-COOH, CH3COOH, atau CH3CO2H. Asid asetik tulen (disebut asid asetik glasial) adalah cecair higroskopik tak berwarna, dan memiliki takat beku 16.7°C.

Asid asetik pekat bersifat mengkakis, maka, harus digunakan dengan penuh hati-hati. Asid asetik dapat menyebabkan luka bakar, kerosakan kekal pada mata, serta rangsangan pada membran mukosa. Lecur atau lepuhan boleh tidak terlihat kesannya hingga beberapa jam setelah kena. Sarung tangan getah juga tidak melindungi dari asid asetik, sehingga dalam menangani sebatian ini perlu digunakan sarung tangan berbahangetah nitril. Asid asetik pekat juga dapat terbakar di makmal, namun dengan sukar. Ia menjadi mudah terbakar jika suhu ruang melebihi 39 °C (102 °F), dan dapat membentuk campuran yang mudah meledak di udara (had ledakan: 5.4%-16%).

12 days to Go

Thursday, May 12, 2011

Bahaya Sgt FB

dalam duk takde keje, tangan gatal2 nak cari nama serupa kat FB
search ler, xde nama yang serupa tapi penemuan lain lak terpacul
result masa buat space dlu...khee..lama tu tahun 2000 tu
search result kat bing web result
bahaya sangat fb ni, memudahkan pencarian tu,
tak terlintas ke web fke utm pun
dapat tengok result zaman lama
yang ku sendiri tak tahu pun nak tgk kat sana
tu satu yg ada nama penuh tu
ada lagi banyak search result yg di detect oleh bing yang keluar kat fb,
siap no ic....
huhu..bahaya bahaya

I LIGHT U


jom join giveaway ' i light u '
giveaway ke 5 abg eq
ni kali kedua ku join
kali pertama xdpt pe
sebab hentam kromo
kali ni klu dapat lilin merah tu,
tindra MYS candle
ku lompat ke alang tinggi
siapa yang berminat turut serta
sila ke,

namun ini peluang ku, abg eq sila selusuri ayat ayat powerku....khee


S


cahayamu menyinari hidupku

warna warni banner mu
memikat sukma ku
wahai abg eq pujaanku
ku join giveawaymu

tindra MYS candle idaman
buat menghiasi malam romantikku
moga ia menjadi hadiah dari seorang teman
sempena hari bersejarahku

abg eq yang ku kenal dari dulu
peramah dan pemurah id tagnya
tiap komen balasannya satu satu
moga diriku mendapat candle percuma

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

maka ini tag kan kepada,

(nor cepat ya esok tarikh tamatnya)





nota hati ; lilin tu berkenan sangat tu, abg eq nilai jgn x nilai aima punya pantun seloka dan slogan power....khee....tapi ni nak mengampu, mula mula berblog ni aima jumpa abg eq punya blog, terpesona dengan picture yang dia snap tu, power2, masa tu follower abg eq cuma 400++, semua comment dia reply satu satu, tp sekarang dah beribu x menang tangan nak mereply nya kan abg eq kan....apa apa pun tabik hormat spring potato kat abg eq.....wish u luck in your PHD n life...

Mencari Damai - 15 hari lagi

Hitung punya hitung lagi dua mggu, pergh dah tak lama lagi tu, sempat atau tidak hari itu tetap datang, kerja kenduri ni bukan keje enteng, bila semua ahli keluarga nak berkumpul, keutamaan adalah keselesaan setiap orang, jangan ada pekara pekara berbangkit nanti, mula mula tempat penginapan semua orang, makan minum, pengankutan dsb

27 mei 2011
semua ahli keluarga kan bekumpul
bertandang dan bkerjasama
memenuhi undangan

dalam menghitung hari, ku cari damai di hati, semua terjadi adalah ketentuanMU ya ilahi,
betapa berani ku melawan arahan, betapa berani ku terima cabaran, tak ku fikirkan akibat dan pedoman di masa depan kerna ku yakin, perancangan dan ketentuanMU ya tuhan

dalam damainya alam
ku ingin persembahkan nyanyian
nyanyian hati
mendamaikan kebahagian
wahai alam
wiridkan kan ku
kegembiraan
agar tenang
menghadapi cabaran



Wednesday, May 11, 2011

Tinggal Lagi 16 Hari

bait bait tekanan mulai terasa
bahang kekalutan dan keributan
mulai menyerang
sempatkah
mampukah
sempurna kah
let stone be diamonds


Monday, May 9, 2011

Masa Depan - 18 hari lagi

jangan di kenang masa yang lepas
lalui hari ini dengan tabah
impikan masa depan yang cerah


Friday, May 6, 2011

Angka dan Nombor - 304


sedar tak sedar dah setahun mingzhu melalui dunia blogspot,
satu collection peribadi, dapat dari email, fb, tagged, surat khabar dan majalah serta buku buku yang dibaca, kadang kadang tercoret luahan perasaan, rasa sedih rasa kecewa rasa gembira, ia semua terapi jiwa, dalam meniti dunia maya ini blogwalking dah jadi hobi, tambah pengetahuan, bahan bacaan dan juga kenalan....macam macam tipspasal dunia blog, masakan serta kehidupan.
Nasib baik tuan punya blog belum ada kamera digital mahupun dslr sendiri, klu x macam macam lagi ada....dalam duk merapu ni, counting followers telah menunjukkan angka ke 304, wow.....TERIMA KASIH BUAT SEMUA FOLLOWERS ,
dalam hati ada plan,
nak hadiahkan followers macam macam,
tapi tak terbuat,
namun di kesempatan yang ada ni,
no 333 menjadi pilihan,
kepada yang bertuah,
akan ada buah tangan

ku tggu angka 333

Jumaat bersama Satu Hadis

Rasullah SAW pernah bersabda menerusi hadis riwayat al Tarmizi daripada Anas Bin Malik r.a. bermaksud ;

"Tidaklah seorang pemuda membiarkan (tanpa pembelaan) seorang tua kerana usianya, kecuali Allah mentakdirkan baginya seseorang yang akan memuliakannya pada usia lanjutnya."


HIKMAH -TV3

Tiga golongan paling di benci Allah;
1. orang tua yang melakukan zina
2. pemimpin zalim yang berdusta dan menipu
3. orang miskin yang sombong dan bongkak

Thursday, May 5, 2011

Menghitung Hari - Lagi 22 ari

klu x hitung smpai masa gelabah lak,
for life inspiration,
if we r in nromal conditon
lets the day pass by,

ada cerita,
bila kenduri besar nak di adakan
lagi 22 ari,
beban kerja terasa,
persiapan satu persatu di rangka
moga ia lancar hendaknya


Monday, May 2, 2011

Monday Blues


nyesal tak sudah
mulut gatal tanya
klu tak dah lepas
kerna mulut rugi se order.....huhu

accept my stupidity....
dah xde rejeki

INFO ; Punca Tumit Merekah

- berdiri terlalu lama
- tanda penuaan
- cara berjalan yang menekan tumut
- obesiti
- memakai kasut yang terbuka di belakang kaki > ia memberi ruang untuk kaki melebar
- pencemaran kimia

the best solution,
SEBAMED LOTION
- dgn pH 5.5 menyihatkan kulit kita

Sunday, May 1, 2011

Petikan dr FB kawan(zue)

pesanan nabi sebelum tidur...1 mnit shj... Sekadar ingat mengingati.. ... SEBELUM Tidur Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi ) Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridloi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....

"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :

Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Bismillaahirrohmaan irrohiim, Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu. Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh" Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.

* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orag yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...