Tuesday, March 29, 2011

Bumi Terengganu Berhujan


dari petang ahad,
hujan lebat menyimbahi bumi Terengganu
minggu lepas hujan lebat juga
tapi tak berturut turut macam minggu ni
macam musim tengkujuh lak
berbaju panjang dan seluar panjang
berselimut litup

dan semalam sempat ku singgah pantaiku
dalam hujan mencari ketenangan
pantai tok jembal
hari ahad, ombak menghakis pairnya
dan makin bertambah
menakutkan
omabak mengganas,
kini pokok hampir tumbang

dan tika ini,
hujan reda
kerisauan banjir kian surut
walau dewan sivik gong badak berpenghuni
moga hujan tidak terlalu ghairah untuk
hari hari seterusnya
kerna rentetan kerjaku
aku yang kian maju....
huhu

Monday, March 28, 2011

Why Women So Special






nota kaki; untie Zac Zainun yang forwardkan....merhargai untie di alam maya ini...luv u...wahai lelaki di luar sana,hargai la kami sebaik nya....

Sunday, March 27, 2011

I Trust for the Promise Of YOU, ALLAH


Alhamdullillah
kepercayaan dan keimanan
kepada setiap ketentuan
mengubat laraku,
janjiMu,
tidak KAU bebankan hambaMU
setara dengan Imannya
maka ini
senyumku,
walau dalam duka
satu nikmat ku hilang
KAU ganti dengan nikmat lain

penutup bulan tiga
ku mampu tersenyum
kerja ku lancar
sales ku melebihi separuh target utk bulan pertama
bulan kedua cuma perlu suku je lagi

kini ku melangkah tanpa peduli
cemuhanmu, restumu,
kerna aku telah sehabis baik
mohon ampun mu
mohon restumu
berbakti padamu
dan sikapmu yang tak pernah puas hati itu
buat ku akur
aku jua perlu ruangku
bagi tidak
membebankan benakku
dengan tekanan jiwa lara

kerna

dari Allah kita datang
padaNYA kita meminta
kepadaNYA kita pulang

He who does not trust enough, Will not be trusted.
Lao Tzu

As soon as you trust yourself, you will know how to live.
Johann Wolfgang von Goethe

Trust men and they will be true to you; treat them greatly and they will show themselves great.
Ralph Waldo Emerson

Saturday, March 26, 2011

Sesi Terjah Dapur

kali ini dapur cmg,

Apple Bread Pudding


Bahan-Bahannya :-)
9 - 10 keping roti putih, didadu kecil
2 cawan susu penuh krim (mat guna susu sejat)
1 biji epal hijau, didadu
1 biji lemon, parut kulitnya (mat guna orange)

Dikacau Rata :-)
90 g mentega, cair dan sejukkan
135 g gula halus
4 biji telur gred A
2 camca teh esen vanilla

Digaul Dan Diayak :-)
50 g tepung gandum
1/2 camca besar baking powder
1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis
1/2 camca teh garam

Cara membuatnya :-)
  1. Satukan roti dan susu sejat, gaul rata dan biar terendam 5 minit. Masukkan bahan yang dikacau rata dan gaul hingga sebati.
  2. Masukkan bahan yang diayak dan gaul hingga sebati, akhir sekali masukkan epal dan kulit lemon/orange. Kacau hingga semua mesra.
  3. Masukkan ke dalam acuan yang telah dilenser dengan mentega. Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 20 - 25 minit (mat guna acuan "mini bund pan"), bergantung pada saiz acuan dan juga oven masing2...
nota kaki; kali ini setiap resepi yg ku berkenan yg tak tahu nak buat bila akan ku save kat mingzhuku ini, cik mat minta halal ye....kheee.... ini didadati di sini, http://tiffinbiru.blogspot.com/2008/06/apple-bread-pudding.html

Penemuan Semalam


kenali diri anda
yup,
im simple, independent

terkenang kisah lama,
waktu kat uitm,
masa tu kat dewan sri budiman
ada kempen derma darah, check darah,
dan aku fobia dengan darah serta jarum,
member semua g check darah,
aku kat dalam kelas wat poyor je,
ina tiba dtg pdku dan mngajak ku mengecheck darahku,
' wei, mai la aku temankan ko check darah ko, brother hensem'
"hensem, ok"
pergh mmg brother hensem yng mengetest darah tu,
dah la hensem, cakap lembut je
{ x sakit dik, kejap je,setakat nak tahu darah jenis pe takkn takut kot, mcm letak jarum peniti jo }
haha,mmg yer pun x sakit
{ darah adik jenis B, nah artikel pasal kenali diri melalu jenis darah }
dan artikel tu ku simpan sampai sekarang
brother tu dah jadi doktor kat mana ntah....


Friday, March 25, 2011

Dari FB Prof Dr Muhaya

are we all having mindless autopilot eating or mindful eating. The worst place to eat is at your work desk and you end up eating mindlessly. Mindless eating is the most common cause of weight gain
Mindful eating is a major factor in weight loss.Mindless eating while watching movie and tv is a sure cause of weight gain. The sound of other people eating make people eat.

To achieve mindful eating
1. eliminate distraction like tv.
2. keep food journal for amonth- it shows your habit. Journal make us eat 50% less and describe how you feel while eating that.
3. Assess true need of food vs emotional eating. Food is not our friend so stop emotional eating. 4. Increase sensation and awareness and eat slowly ...and . It takes our brain 10 minutes to acknowledge that our stomach is full


http://www.facebook.com/profdrmuhaya

jumaat yang hening

Thursday, March 24, 2011

Elizabeth Taylor Meninggal




23 mac 2011,
aktres lagenda Hollywood,
Elizabeth Taylor meninggal dunia
semasa berusia 79 tahun
di Hospital Cedars-Sinai, Los Angelas
kerana mengalami masalah jantung
wanita yang luar biasa kehidupannya
di penuhi humor, kasih sayang dan keghairahan
itu mempunyai 10 cucu dan empat cicit
berlakon sejak usia 10 tahun




Elizabeth Taylor

Taylor, from the Giant film trailer (1956)
Born Elizabeth Rosemond Taylor
February 27, 1932(1932-02-27)
London, England
Died March 23, 2011(2011-03-23) (aged 79)
Los Angeles, California, U.S.
Nationality English-American
Other names Liz Taylor
Occupation Actress
Years active 1942–2011
Spouse Conrad Hilton, Jr. (1950–1951)
Michael Wilding (1952–1957)
Mike Todd (1957–1958)
Eddie Fisher (1959–1964)
Richard Burton (1964–1974, 1975–1976)
John Warner (1976–1982)
Larry Fortensky (1991–1996)
Parents Francis Lenn Taylor (deceased)
Sara Sothern (deceased




nota kaki; sumber wikipidea dan cosmo 24/3/11...pic google...perginya seorang lagenda hollywood yang jelitawan

Tuesday, March 22, 2011

oren di pagi selasa 17 r/akhir 1432

Oren

Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!

rahsia personaliti warna

nota kaki; sejak akhir2 ni warna yang ku suka berubah ubah, sekejap oren, sekejap purple, yang pasti purple tetap pilihan namun mengikut rahsia personaliti, warna ku biru....huhu...sbb ku lahir pd 5 feb, dlm range biru la....warna tema mmg terkena biru je....

Biru

Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benarmenyintai si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.


Ungu

Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka.


semua ni ku dapati dari, http://www.freewebs.com/chello_2005

Monday, March 21, 2011

Siapa TOP REFERER FA? GIVEWAY


ooo FA tu fantastic anjane
sabahan yang dah kawin,
isteri kepada chinese kelate
(pandai dok make budu)

FA telah bermurah hati menganjurkan GA dgn present nya jam...i like it,
nak jam, x kisah la apa2 brand pun....

niza yg tag kan ni, tqs tuk niza, ikut ati x berapa gemor ngan GA ni sbb nnti berharapkn hadiah...hehe, x dpt frust ....tapi demi niza, ku sahut cabaran

klu nak tahu pasal GA ni sila ke sini ya,
http://hanya-yang-cool-belaka.blogspot.com/2011/03/siapa-top-referer-fa-giveaway.html

REFERER

niza ramli

RASANYA NAK TAGKAN,

nopija
rumput kecil
tebulawak
kak anim
kak wana
mat din
cik shabah
anin
asy
BG
BA (mr ben ada minat?)
CMG(bole ka?)

dan semua yg berkenaan dan berminat

TARIKH TUTUP PENYERTAAN

31 mei 2011


tips dari IRFAN KHAIRI


Artikel pilihan: Harga melewat-lewatkan masa!
Oleh: Irfan Khairi

Sekiranya ada satu sahaja MUSUH untuk membuatkan kita tidak berjaya & mengeluarkan segala potensi diri, ianya adalah procrastinate. Atau melewatkan-lewatkan masa kerja.

Penyelidikan telah dilakukan di Univeristy di Chicago, Amerika Syarikat mendapat maklumat mengatakan bahawa bilangan besar orang ramai melewat-lewatkan kerja atau procrastinate oleh kerana dalam keadaan bawah sedar (sub-concious) telah memupuk tabiat mencari alasan untuk tidak berjaya.

Pepatah mat salleh berbunyi "Old habits, die hard". Memang sukar untuk mengikis sesuatu tabiat. Ia memerlukan usaha yang amat tinggi untuk keluar dari sesuatu tabiat yang buruk. Sering kali kita gagal mengikis sesuatu tabiat, oleh sebab itulah pepatah itu juga mengatakan ianya sukar untuk dimatikan!

Satu teknik yang boleh digunakan untuk membuangkan penyakit melewatkan kerja ini adalah dengan mengguna teknik yang saya gelar "bayangkan harga melewatkan kerja..."

Bayangkan ini. Apabila anda membaca sesuatu info yang amat berguna yang anda sendiri tahu ianya boleh membantu anda- tidak kira dari email-email yang saya hantarkan, atau dari buku, atau dari majalah... adakah anda terus lakukannya, atau anda menangguhkan? (walaupun tahu ianya boleh membantu anda mencapai kejayaan)

Sebagai contoh, 2 tahun lepas saya menulis tip ini:

"Sekiranya anda membaca 1 jam sehari, secara purata, anda akan menghabis satu buku setiap minggu. Sekiranya anda membaca 1 buku seminggu, anda akan dapat menghabiskan 4 buku sebulan. Ini bererti dalam masa setahun anda akan menghabiskan 48 buah buku. Sekiranya anda meneruskan selama 3 tahun, anda akan membaca 144 buah buku.

Tahukah anda bahawa kebanyakan pakar-pakar industri yang berjaya dan mencapai tahap jutawan telah membaca >100 buah buku yang berkenaan bidang masing-masing?

Semuanya bermula dengan hanya membaca 1 jam sehari, dan anda akan menjadi pakar industri anda dalam masa 3 tahun dari sekarang!"

Tip itu saya tulis kira-kira 640 hari lepas. Sekiranya anda mengimpimentasikannya, anda telah meluangkan 640 jam membaca buku sejak membaca tip tersebut sehingga kini. Ia juga secara purata bermakna anda telah membaca 90 buah buku berkaitan dengan bidang anda.

Berapa ramai agaknya yang telah membaca 90 buah buku sejak 2 tahun lepas? Insyaallah saya sendiri telah membaca 90 buah buku sejak 2 tahun lepas kerana saya amalkan kaedah membaca 1 jam sehari ini.

Jadi, apakah harga melewatkan sesuatu? Dalam kes ini, membaca 90 buah buku anda telah kerugian. Dalam tip atas saya juga ada menyebut, untuk menjadi pakar industri anda perlu membaca >100 buah buku. Bererti, by now anda perlu lagi 10 buku sahaja lagi.

Tetapi, sekiranya anda melewatkan masa/kerja dan tidak melakukannya, jauh lagi perjalanan... 100 buku lagi!


Procrastination adalah musuh utama dalam mencapai kejayaan. Pakar motivasi Anthony Robbins menggelarkannya "the silent killer".

Fikir sejenak. 3 tahun lepas... 2 tahun lepas... 1 tahun lepas... atau tahun ini. Ada tak sesuatu yang anda tahu anda perlu ubahkan diri anda kearah kebaikan membina diri anda sendiri, tetapi anda terpedaya dengan "the silent killer" ini dan tidak melakukan apa-apa?

Mungkin bagi anda ianya bukan membaca buku atau memulakan perniagaan Internet seperti contoh di atas. Tetapi, mungkin anda pernah terfikir satu masa dulu untuk menulis buku? atau untuk mula menjimat sekurang-kurangnya RM300 sebulan? atau hendak mencuba sesuatu pertandingan? atau hendak memulakan perniagaan part time lain? atau hendak berjumpa lebih ramai prospek sekiranya anda sudah memulakan perniagaan? atau hendak membawa keluarga pergi bercuti luar negara? atau hendak buat 'surprise' pada orang yang tersayang? atau apa sahaja... (tak semestinya berkaitan dengan wang je)

Untuk mengetahui harga melewatkan kerja (procrastinate), Bayangkan 3 tahun akan datang. Atau 5 tahun akan datang. Atau 10 tahun akan datang.

Bayangkan harga melewat-lewatkan kerja! Think about it ;)


nota kaki; pic dr uncle google dua2 nya....demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan berpesan dalam kebenaran.

benda ni tureen

ini di namakan tureen
( ku panggil mangkuk lauk atau nasi tambah)

A tureen is a serving dish for foods such as soups or stews, often shaped as a broad, deep, oval vessel with fixed handles and a low domed cover with a knob or handle. Over the centuries, tureens have appeared in many different forms, some round, rectangular, or made into fanciful shapes such as animals or wildfowl. Tureens may be ceramic—either the glazed earthenware called faience or porcelain—or silver, and customarily they stand on an undertray or platter made en suite.



nota kaki; sumber wikipedia. Bila semua orang memperagakan benda ni dan bercakap benda ni baru la ku tahu namanya TUREEN, dan ia memang klasik, klu kat rumah ku ni yang ada benda yang berfungsi macam ni adalah berjenis tupperware atau kaca sahaja denga shape standard tapi tureen yang sebenarnya walau bagaimana rupa ia memang cantik....nak cari gak ser..

Puding Pisang Berkuah

Align Center


Resepi puding pisang berkastad

Pisang berangan yang telah masak secukupnya
butter secukupnya
kismis secukupnya

Untuk sos kastard

1 tin susu cair
2 biji kuning telur
1/2 cawan air
4 sudu makan penuh gula

Cara penyediaan

1. Buat sos kastard dulu… satukan semua bahan2 sos kastad dalam periuk.
2. Kacau hingga sebati dulu kemudian barulah dipanaskan diatas api hingga pekat. Semasa dipanaskan jangan berhenti mengacaunya… supaya adunan rata dan tidak bergentel2.
3. sejukkan sos seketika.
4. Untuk pisang… masukkan sedikit butter dalam kuali non stik.
5. kemudian goreng pisang tadi dalam butter yang telah dipanaskan.
6. balikkan pisang tadi bila masak dan lembut barulah dingkat.
7. hidangkan dalam pinggan/mangkuk, tuangkan sos tadi dan taburkan dengan kismis…



http://www.potretkasih.com


nota ; terliur dengan puding pisang kak wana ni, maka ku curi dan ku save kat sini,





Saturday, March 19, 2011

kesedihan ku peneman setiaku


macam mana nak senyum, air mata mengalir tanpa henti
ke mana ku bawa diri, air mata tetap laju
membasahi pipi, salahku,
tiada ubat dengan kemaafan
kenapa kesempurnaan di pinta dari ku
aku jua insan yang tetap melakukan kesalahan
aku akur demi maruahmu
aku merana aku kesedihan
semua aku terima kerna itu
adalah pemberian

namun kan sampai masa itu
aku kan pergi tanpa menoleh ke belakang
dan tanpa memikirkan
maruah mu, amarahmu
bait2 bicaramu semua melukakn
ku kan pergi bukan kerna tiada iman ku
tanpa untuk tidak mencabar imanku
untuk bertindak di luar jangkamu

i hate to be yours because of me

Friday, March 18, 2011

menginsafi diri hadapi bencana

11/3/11 tsunami di jepun


Bencana alam yang datang silih berganti melanda pelosok dunia meninsafkan diri kita bahawa kita mesti menjauhi sifat sombong dan berbangga dengan keupayaan membangunkan ilmu teknologi tinggi

Firman Allah dalam surah Al Hadid ayat 22-23 bermaksud;

Tiada suatu bencana pun yang menimpa bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
(Kami jelaskan yang demikian itu) supayakamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput daripada kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan Nya kepada kamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.
~ harian metro, 18 mac 2011

nota; perkongsian artikel menarik di Mr K mengenai tsunami dan tarikh serta tertulis di dalam al quran, http://theotherkhairul.blogspot.com/2011/03/tsunami-di-jepun-dan-di-al-quran.html#

Thursday, March 17, 2011

tips dari IRFAN KHAIRI

Artikel pilihan: Lakukan dengan pantas!
Oleh: Irfan Khairi

Pantas! Itulah kuncinya...

Untuk mencapai kejayaan dengan cepat, anda perlu lakukan sesuatu dengan pantas. Itulah yang dinamakan undang-undang "sebab dan kejadian". Disebabkan sesuatu kerja itu dimulakan dengan cepat, maka, hasilnya juga akan terima dengan cepat.

Ramai yang tertanya-tanya, apakah rahsianya untuk mencapai kejayaan pada usia muda? Apakah rahsianya untuk mengumpulkan wang yang banyak pada usia muda?

Jawapannya adalah amat mudah. Mulakan dengan pantas! Mulakan proses anda mencapai matlamat anda dengan pantas dan mulakan proses mengumpul kewangan anda dengan cepat.

Satu pengajaran yang boleh kita ambil dari tycoon perniagaan billionaire British terkenal, Sir Richard Branson, pengasas Virgin companies adalah beliau melakukan segalanya dengan pantas.

Menurut biografi Richard Branson, bermula pertama kali perbincangan untuk membina syarikat penerbangan Virgin Airlines, Syarikat tersebut memulakan penerbangan pertamanya 5 bulan kemudian! Wah, betapa pantasnya seorang billionaire melakukan kerja.

Melakukan kerja dengan pantas adalah kunci untuk memulakan momentum motivasi. Bayangkan acara lumba lari pecut apabila semua atlit pecut berbaris di garisan mula. "Ke garisan... sedia... MULA!" kesemua pelari tersebut bermula dengan deras!


Ingat tak ketika sukan olimpik, adakalanya terdapat "foul start" dan pengadil terpaksa menghentikan perlumbaan sejurus selepas bermula. Perasan tak, ramai pelari akan terus berlari dan ada yang sehingga ¼ jalan pun, masih lagi berlari oleh kerana permulaan yang pantas memberi momentum yang pantas. Ianya sukar untuk berhenti dengan tiba-tiba!

Begitulah juga dengan motivasi diri. Sekiranya anda mempunyai idea untuk memulakan perniagaan, MULAKAN SEGERA perniagaan tersebut! Sekiranya anda ingin mula merancang kewangan anda, MULAKAN SEGERA dengan membuka akaun simpanan baru! Sekiranya anda ingin mempelajari ilmu baru, MULAKAN SEGERA ke kedai buku dan dapatkan buku yang berkaitan dengan ilmu tersebut.

Pembunuh kejayaan adalah "membuang masa" atau procrastination. Dengan memulakan sesuatu dengan pantas, anda membunh pembunuh ini. Momenntum akan dibina dan ia akan menjadi sukar untuk anda hentikan diri anda sendiri!

Pastikan anda juga pantas dalam mengambil tindakan menyertai Revolusi Perniagaan Internet sebelum harga diskaun awal di hentikan tak lama lagi! Untuk maklumat lanjut Revolusi Perniagaan Internet dan melakukan pendaftaran secara online dan , sila layari http://www.irfankhairilive.com

kepada rumput kecil


terima kasih kerna memahamiku
tabahkan dirimu
untuk terus
menyokong ku

Tuesday, March 15, 2011

selamat pagi - selasa yang hangat


Don’t put the key to your happiness in someone else’s pocket – keep it in your own

Saturday, March 12, 2011

do i care


bila kita tak pernah kisah hati dan perasaan orang lain
akan sampai waktu kita susah
dan memerlukan khidmat orang lain
kita termalu sendiri
dalam mengharap orang memahami kita

ego dan sombong
mengharap pengorbanan berbalas
meletak diri serba sempurna
dan bila
orang lain serba tak kena
apakah kita ingat
suatu masa kita memerlukan
orang yang tak sempurna itu
menyempurnakan hajat kita

dlm sebuah kisah
orang yang berhati mulia
walau disumpah
dimaki di hina
terkorban
menjeruk rasa
menyempurnakan

dalam keperihatinan
ku korbankan rasa
geram dan marah
ku ambil peduli
demi maruahmu
wahai manusia ego
wahai manusia
yang berasa raja

senyum ku pada pengorbanan ku
kerna ku masih lagi
punya hati untuk ambil peduli

ku ketawa sendiri,
ku senyum menyepi
manusia ego
memerlukan aku
walau dalam sedar atau tidak
walau dalam tunduk atau tidak
ku jaga maruah mu
kerna darah yang mengalir ini
sedarah dengan mu

ku buat kerna
aku hambaMU


nota : masih tergiang caci maki, herdik dan tonyohan di kepala ini, sesuka hati mengamuk sesuka hati memarahi ku, derhaka nya aku, jahatnya aku, ku biar luka sepi, robek hati ku ubati dengan pengorbanan demi maruah mu, walau aku terkorban....sms itu tetap tersimpan kukuh dalam memory card ku dan marahan itu tetap kemas dalam ingatanku,

namun semua itu kerna aku terima takdirMu ya Illahi, lahir di bumi ini dlm keluarga ini....kerna ku tahu sebalik itu nikmat anugerahMU tidak mampu ku dustakan, KAU beriku peluang walau bahagia itu bukan milikku, walau airmata ini peneman tidur ku, namun nikmatMU sebahagian lagi tiada dapat ku sangkal, Ya allah ku syukuri atas kurnia rezekimu, peluang, keadaan dan kedudukanku. Ya Allah ampunilah dosaku.

pengajaran buatku,
- jgn kita mudah salah sangka
- jgn kita alpa pada pengorbanan org
- berilah kasih syg bukn tohmahan
- jangan cepat melenting
- jangan mengamuk
- buat keje dengan upaya bukan bermegah ....sedar diri....

i care even i hurt, ...

Friday, March 11, 2011

hayatilah doa duduk antara 2 sujud


doa semasa duduk antara dua sujud

maksudnya;

"Ya Tuhan, ampunilah aku, rahmatilah aku, tutuplah keaibanku, angkatlah kedudukan ku, kurniakanlah kepadaku rezeki, dan berilah aku petunjuk serta berilah kepadaku kesihatan"


nota; rabu lepas, sementara menunggu peluang berjumpa doktor kat Klinik Rawatan Keluarga, Kuala Terengganu, ku terpandang satu banner panjang di sebelah pintu masuk bilik doktor, banner itu mengenai bacaan dalam solat, ku baca dan hayati, ya aku terlalai, rupanya makna doa antara dua sujud cukup sempurna, lengkap semua, sama sama lah kita hayatinya...

Thursday, March 10, 2011

when we talk about stupid liar

hari demi hari wa rasa kecewa dan tertipu, apa perasaan anda bila di tipu?

tipu perasaan takpe la, ni bab tipu duit tipu janji.....

mula2 menipu lama2 mencuri

siakap senohong gelama ikan duri
bercakap bohong lama lama mencuri

bila ahli keluarga sendiri menipu, mengamuk, menyumpah, mencuri, dan dia adalah lelaki...
terasa dunia ini mau digegarkan, jika membunuh itu bukan satu dosa, mau aje ku tembak dengan senapang gajah....ya kerana duit dan makan, manusia sanggup menipu dan mencuri...bila dah tak senonoh begini perangai, salah semua org lain yang buat...semayang bang cukup ntah....di mana kelayakan dia....

sejarah hidup yang tak ku lupa sepanjang hayat ku, saat duitku di curi oleh ahli keluarga sendiri sewaktu duit itu diperlukan untuk kegunaan manfaat bersama.....

buat baik tak guna, manusia sentiasa leka....air dicincang takkan putus...tapi apa ke giler nak cincang air...cincang sedara sampai kojo terus baru tak sakit hati dan sentiasa rugi....

jagalah amal maka terjaga tingkah laku anda.....
walau hidup2 tertipu namun akan ada harimu tersungkur tak di bantu....

Wednesday, March 9, 2011


ya, saya adalah bintang hati saya
saya jua yang menbahagiakan saya
apa jua yang Allah bagi terima seadanya
berjaya atau tidak belakang kira
face it
tak rugi mencuba dan rugi gagal tak kekal lama
hari ini rugi esok belum pasti
maka tempuhi dengan rela hati
walau terasa lara
mungkin ia sementara
jika lama, berhenti dan lari.......

Tuesday, March 8, 2011

selamat hari wanita

rupa rupanya 8 march adalah hari wanita.....
wanita itu adalah;

"1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.

8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.

** "Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah.
WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari.

Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA""

day of my attention


I'm so poor
I can't even pay attention
- Ron Kittle

Monday, March 7, 2011

tersepit, terhimpit maka terkapit


adus, di luah mati mak di telan mati bapak,
tapi bapak dah lama takde,
alfatihah buat arwah abah

sebulan lebih dah jiwa kosong otak buntu,
hari ini rasa macam kehilangan sesuatu,
aku hilang arah tuju,
matlamat ku terbantut
aku harus bangkit
walau terhimpit, walau tersepit,
aku tak ingin terkapit,
antara keinginan dan harapan,
demi sebuah kehormonian,
aku harus menurut,
berdiam,
patuh dan tunduk...
di saat tersepit, terhimpit
aku hilang rasa
back to the root
mula-mula,
solat taubat
baca yaasin
baca doa
buka planner
tengok azam
tengok plan
nilai kembali kedudukan
nilai kembali kepedapatan
walau terkapit,
langkah pada tujuan tak harus goyah
diam tak semestinya lemah
diam adalah sayugia terakhirku
namun aku melangkah dengan kakiku
esok dunia baru...

ya Allah permudahkan jalan hidupku
ya Allah rahmati dan berkatilah langkahku
ya Allah hanya padaMU ku berserah
ya rahman ya rahim

Saturday, March 5, 2011

sabtu yang keliru


hari ini di saat kau tercegat di depan pintu rumahku,
ku terpana, gorjesnya
putih bersih pakaianmu
kemas bergaya

walau hati gundah gulana
ku tersenyum bahagia
huluran mu ku sambut
hatiku berkata,
aku cinta padamu....
aku jatuh cinta padang ke banyak kali

rupanya ku masih ada rasa
adakah kau jua begitu
waktu itu rinduku yang dalam ini
terasa terubat seketika
walau kau hadir kerna terpaksa
namun dalam dukaku
kau mengubat rasa

Align Center

Friday, March 4, 2011

kebetulan atau itu keajaiban yang tuhan ciptakan

Tadi masa jenjalan tersampai la dekat umah MOSAFAD, http://mofasad.blogspot.com

menyelusuri MOSAFAD terkejut dengan satu entry yang nak di kongsi kat bwh sini,

iaitu, satu lagi aktiviti yg perlu dilakukan,

buka microsoft words, taipkan Q33 NY (huruf besau semua)

tukar saiz font kpd 48 kemudian tukar kepada font WINGDING

saksikan hasilnya

Q33 NY adalah pesawat yang melanggar wtc.





istimewanya hari jumaat - ucapkan la

Thursday, March 3, 2011

bintang pujaan hati - rani mukerji


Rani Mukherji
lahir pada 21 march 1978
kolkata, West Bangal, India.
anak kepada pengarah film, Ram Mukheerje
dan Krishna playback singer
sepupu kepada Kajol


body pergh,
senyuman yang menawan
suara yang gemersik
muka comel jo
minggu lepas layan hindi - HUM TUM
rani sebagai pooja yg bersahaja,


i admire her so much

Wednesday, March 2, 2011

bayaran saman dilanjutkan lagi 10 hari

Lor, di lanjutkan lagi sepuluh hari eh...baiknya hati kerajaan....kalau gi check sekali lagi mesti ada lagi saman ke apa ni...ikhs....jangan la....nak patah kaki den beratur hari last, huhu, kenapa tak cakap awal2, takde la nak pengsan kat dalam balai traffic tu, dah la panas hidung campur panas hati dekat pakcik pakcik yang potong barisan tu....
Apa apa pun terima kasih kerajaan, yang pasti lelaki dari penang yg ada 200 lebih saman yang bayar rm13k tu pastu geram sebab mencari duit mengejar dateline....namun beliau telah selamat menjalankan tanggung jawab menjelaskan saman secara langsai dengan sejumlah wang sebanyak rm13K (duit muka honda civic hibrid)....

maka ini pada sesiapa jua yang masih ada saman tertunggak guna la peluang ini sebaik mungkin, anda yang kena saman kerana kesalahan anda maka bayarlah saman anda, gunakan kesempatan potongan 50% ini......

serang balai traffic marang.....

i luv my job


Pleasure in the job puts perfection in the work.
Align Center
~ Aristotle

Tuesday, March 1, 2011

bayar saman trafik - sikap orang kita

28 feb 2011
-maka diriku pun dengan berat hati mengorbankan duit tersisa bbrp hinggit ni nak selesaikan 3 smn yang bernilai rm300 tu, dari rm900 dpt la rm450, mula mula kat pejabat pos wakaf tengah , orang tak rmai namun rupanya dalam tak ramai tu semua nya yang masih belum cukup bertamadun, baru nak check sman , pergh...kerani punya baik siap explain satu2 jenis saman dan kat mana saman tu, sorang saje dekat setengah jam, wahai pakcik2 melayu masa enam bulan tak cukup ke nak check saman anda sebelum ni, i dah check dua bulan lepas.....hari last ni bayar je la jangan banyak tanya, orang ramai ni

- maka dengan berat hati ku melangkah keluar ke balai polis lagi baik la, beratur panjang pun xde la nak sakit hati dengan orang yang baru nak check saman.

- balai polis KT, ramainya, redah la tapi takde parking lak, cabut lagi

- balai polis marang , macam tak ramai orang...masuk dalam...x la rmai sgt kul 10 start beratur, ...panjang jugak, tunggu turn, tunggu berdiri dan beratur....cit, ramai nya pakcik2 potong barisan, budak muda hingusan pun potong barisan, dari kul sepuluh sampai kul 12, lenguh kakiku beratur...akhirnya terlunas la tiga saman....letih den, baru buat keje....

moral of the story,

- jangan biarkan saman membelenggu diri anda, nak buat camner, dah memang keje ke hulu hilir, polis pulak asyik buat roadblock je, camera merata, speedtrack ku menjadi mangsa....
- duit emergency kena ada sepanjang masa
- jika tak dapat settlekan cepat prepare je dulu
- kalau kena beratur panjang jangan pakai heel...huhu

sikap orang kita

- potong barisan tak kira tempat
- prepare la awal2 , check saman tu awal sikit walau x mampu bayar awal
- ngada2 semua nak tanya, tak pandai nak faham faham sendiri
- tak ambil kira perasaan orang lain, baru je datang, tak nak tunggu nampak kawan minta tolong
- pihak pengurusan, dah tahu orang ramai buka la dua kaunter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...