Wednesday, January 26, 2011

Jangan Terlalu Mencari Kesempurnaan

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....

Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.

MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL

kalender cuti sekolah 2011

Kalendar Persekolahan Tahun 2011

Kumpulan A
Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari
I Hari Persekolahan 02.01.2011 31.01.2011 22
Hari Persekolahan 01.02.2011 28.02.2011 20
Hari Persekolahan 01.03.2011 10.03.2011 8
Cuti Pertengahan Penggal 11.03.2011 19.03.2011 9
Hari Persekolahan 20.03.2011 31.03.2011 10
Hari Persekolahan 01.04.2011 30.04.2011 20
Hari Persekolahan 01.05.2011 26.05.2011 20
Cuti Pertengahan Tahun 27.05.2011 11.06.2011 16




II Hari Persekolahan 12.06.2011 30.06.2011 15
Hari Persekolahan 01.07.2011 31.07.2011 21
Hari Persekolahan 01.08.2011 25.08.2011 19
Cuti Pertengahan Penggal ke II 26.08.2011 03.09.2011 9
Hari Persekolahan 04.09.2011 30.09.2011 20
Hari Persekolahan 01.10.2011 31.10.2011 22
Hari Persekolahan 01.11.2011 17.11.2011 13




Cuti Akhir Tahun 18.11.2011 31.12.2011 44







Kumpulan A :
  • Kedah
  • Kelantan
  • Terengganu


Kumpulan B
Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari
I Hari Persekolahan 03.01.2011 31.01.2011 21
Hari Persekolahan 01.02.2011 28.02.2011 20
Hari Persekolahan 01.03.2011 11.03.2011 9
Cuti Pertengahan Penggal 12.03.2011 20.03.2011 9
Hari Persekolahan 21.03.2011 31.03.2011 9
Hari Persekolahan 01.04.2011 30.04.2011 21
Hari Persekolahan 01.05.2011 27.05.2011 20
Cuti Pertengahan Tahun 28.05.2011 12.06.2011 16




II Hari Persekolahan 13.06.2011 30.06.2011 14
Hari Persekolahan 01.07.2011 31.07.2011 21
Hari Persekolahan 01.08.2011 26.08.2011 20
Cuti Pertengahan Penggal ke II 27.08.2011 04.09.2011 9
Hari Persekolahan 05.09.2011 30.09.2011 20
Hari Persekolahan 01.10.2011 31.10.2011 21
Hari Persekolahan 01.11.2011 18.11.2011 14




Cuti Akhir Tahun 19.11.2011 01.01.2012 44








Kumpulan B :

  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Perak
  • Selangor
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Johor
  • Pahang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Labuan
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya

Monday, January 24, 2011

Wednesday, January 12, 2011

motivasi pagi

orang cemerlang sentiasa berusaha memahami erti kegagalan. orang yang tidak faham mengenai kegagalan akan rasa sukar memahami erti kejayaan sebenar ~ Dato Fadhilah Kamsah


tp bagaimana jika gagal selalu menjadi teman dan kejayaan menjauhi...?????

Monday, January 10, 2011

life book 2011 yg menarik




Align Right

comment kat tagged dr untie Zac Zainun
tq untie, comel sgt, save as my collection
share with my blog friends as per no 40 order...

ore berbudi kiter berbahasa

Sunday, January 9, 2011


ku renung di balik jendela,
dalam rasa serba tak kena,
duka dan hiba,

ku jua punya hati dan rasa,
dalam sedih yang teramat,
titisan air mata tak mengenal masa,

kata kata bisa menguris jiwa,
ku telan dosaku,
kerna ku dah tak mampu,
untuk terus menghina diri,
pada salahku ,

manjadi anak derhaka mu ibu,
dan kerna tiada tolak ansurmu,
maka aku menelan segala nista itu
di jendela ini ku ukir duka,
tak ku harap apa apa lagi,
ku biar rasaku,
jalanku hanya tentuanMU Ilahi

karya uncle yang menarik

Uncle love "Jangan mengeluh sahabatku...." sebuah puisi yg aku tulis ketika diawal penglibatan aku dgn tagged ni... waktu itu aku sudah mula mampu membina semangat aku yg sebelum itu begitu kecewa. Sudah semusim...dan waktu ini aku sedar kekecewaan juga adalah baja dan api yg bermutu untuk semangat ku... Muga sahabat juga tidak mudah mengeluh...

kalau tidak dipecah ruyung manakan dapat sagunya
apakah... manis sagunya
kalau setakat memecah ruyung....
janganlah mengeluh...
sahabat ku kerana kau tidak pun bersusah...
berkapak menebang rembia mengharung paya...
menghilir mudik sungai...
adatlah... sagunya..
rasanya biasa

alang-alang menyeluk perkasam
biar sampai kepangkal lengan
janganlah mengeluh...
sahabat ku jika tidak terseluk oleh mu
kerana kau tidak pernah kesawah
menimba lopak kedenai mana...
hingga senja apatah lagi digigit lintah esuk...
hasilnya diperbuat perkasam
dengan senyum dan hilai tawa...
puas adatlah... baunya...
rasanya tiadalah istemewa bagimu

hujan emas dinegeri orang hujan batu dinegeri sendiri
lebih baik di negeri sendiri...
janganlah mengeluh...
sahabat ku jika kau masih lagi tidak mengerti....
arah hati mu sendiri...
seperti aku juga...
tidak ingin mengeluh lagi walau apa pun terjadi...

petikan dari sajak seorang uncle di tagged
kalau uncle jumpa sini, izinkn saya menyimpannya

Saturday, January 8, 2011

motivasi pagi sabtu 8 jan 2011

orang cemerlang sentiasa memecahkan kitaran sensara yang mungkin berlaku kepada dirinya. Andaiannya, setiap yang baik datangnya daripada Tuhan dan setiap yang buruk adalah kesilapan sendiri. ~ dato' fadhilah kamsah



- today attend nuur engagement
- today visit da family of beloved
- today will be da judgement day


dari allah kita datang dan kepadaNya jua kita berharap.

Friday, January 7, 2011

tips dari Irfan Khairi

5 tip motivasi *kerjaya & perniagaan* dari Facebook saya...

1. Selalu lakukan lebih daripada apa yang dibayar/diupah. contoh, kalau pendapatan kita RM3k sebulan, buat kerja seperti pendapatan kita RM4k sebulan. kalau projek client RM10k, buat seperti kita dibayar RM13k. tak kira dalam perniagaan atau karier. bila kita lakukan lebih, pastinya kita akan dapat lebih aka...n datang!

2. Sekiranya kita tidak mencari ilmu-ilmu baru, kita mungkin tidak akan jumpa jalan untuk mencapai kejayaan masa hadapan. Dengan ilmu yang kita sedia ada, sekiranya masih tidak mencapai kejayaan yang diinginkan, bererti kita perlu kemaskini diri kita dengan ilmu baru yang mungkin boleh membawa kepada kejayaan yang kita idamkan!

3. Kalau kita mempunyai satu kebolehan, tetapi tidak pandai promosi diri kita atau tak pandai komunikasi untuk ketengahkan kebolehan itu, maka kita yang rugi. skill promosi diri dan komunikasi adalah amat penting tak kira dalam perniagaan atau karier!

4. Sekiranya kita ada idea, tetapi orang-orang lain tidak nampak kehebatan idea tersebut, bukan bermakna idea kita tu tak bagus. cuma, orang tak nampak apa yang kita nampak. yakin dengan diri sendiri, percaya dengan diri kita terlebih dahulu sebelum percaya orang lain. kejayaan cemerlang seringkali bermula dengan idea yang orang lain tak nampak

5. Kurangkan stress. stress merupakan punca kepada banyak penyakit! SITUASI tidak mengakibatkan stress- contoh, terkandas dalam jam: ada orang yang stress, ada orang yang rilex je... apa yang mengakibatkan stress adalah RESPOND kita kepada sesuatu situasi. banyak2 bersabar- bersabar kan separuh dari iman ;)

Semoga membantu anda! Jangan lupa sertai saya di Facebook sekiranya belum http://www.facebook.com/irfankhairi.fb

ada tujuh hakim pada masa tujuh nabi

renungan,

1. KORBAN; sebagai hakim pada masa Nabi Adam a.s.. Barang siapa korbannya hangus terbakar, ertinya dia benar dan barang siapa korbannya tidak hangus, tandanya dia salah

2. KAPAL; sebagai hakim pada masa Nabi Nuh a.s.. Barang siapa meletakkan tangannya di atas kapal itu, dia tidak bergerak, tandanya orang itu benar dan apabila bergerak tandanya salah.

3. RANTAI; sebagai hakim pada masa Nabi Daud a.s.. Barang siapa berhasil mengambil rantai itu maka tandanya dia benar dan barang siapa tidak berhasil tandanya dia bersalah.

4. API; sebagai hakim pada masa Nabi Ibrahim a.s.. Barang siapa meletakkan tanganya di dalam api dan tidak terbakart, tandanya benar tetapi bila terbakar tandanya dia bersalah

5. Gantang; sebagai hakim pada masa Nabi Yusof a.s.. Barang siapa memegang gantang itu lalu gantang itu bersuara tandanya orang itu benar dan apabila dipegang ia tidak mengeluarkan suara, maka tandanya orang itu bersalah.

6. PERIGI; sebagai hakim pada masa Nabi Sulaiman a.s.. Barang siapa meletakkan kakinya di perigi itu, perigi itu tidak menyambarnya maka tandanya benar tetapi apabila perigi itu menyambar maka tandanya salah.

7. ANAK PANAH; sebagai hakim pada masa Nabi Zakaria a.s.. Mereka menulis nama orang yang bersengketa pada anak panah itu, kemudian melemparkan ke dalam sungai. Apabila anak panah itu berjalan di permukaan air, tandanya orang yang namanya tercantum pada anak panah itu benar dan apabila anak panah itu tenggelam tandanya orang itu bersalah.

nota; petikan dari buku 7 Rahsia Langit & Bumi.

Thursday, January 6, 2011

jangan kau ucap selamat tinggal


pada diriku yang setia....................

Wednesday, January 5, 2011

tips dari Irfan Khairi

Salam sejahtera dan salam tahun baru 2011. Semoga tahun 2011 ini memberikan satu harapan dan nilai yang lebih sempurna khususnya dalam kehidupan dan perniagaan.

Bercakap mengenai perniagaan, ramai usahawan yang terkandas ditengah jalan. Namun ramai juga yang usahawan yang Berjaya dalam perniagaan masing-masing. Sempena dengan tahun baru 2011 ini saya ingin berkongsikan sedikit tips yang diperolehi daripada pembacaan saya yang lepas mengenai KEJAYAAN dalam PERNIAGAAN yang sempat saya senaraikan.

Untuk berjaya dalam perniagaan, ada banyak perkara yang perlu dilakukan oleh usahawan. Paling utama, usahawan perlu menyiapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan tertentu mengenai perniagaan yang diusahakan serta kemahiran dalam aspek pengurusan. Pada masa yang sama, usahawan bukan sahaja perlu melakukan perkara tertentu untuk berjaya, tetapi juga perlu mengelakkan diri daripada melakukan perkara tertentu bagi mengurangkan risiko kegagalan.

Aima, antara punca kegagalan UTAMA dalam perniagaan adalah konsep yang salah. Kebanyakan usahawan terlalu memandang mengenai apa yang dilakukan oleh orang lain dan cuba menjadi seperti mereka dengan mengikuti langkah mereka. Ada orang bermula dengan susah, ada yang bermula senang, ada orang bermula dengan kosong. Untuk menceburi bidang keusahawanan adalah penting membuat persediaan dan mengetahui mengenai tindakan yang perlu dielakkan dalam perniagaan supaya dapat membantu mengurangkan risiko kegagalan kepada usahawan.

PERTAMA usahawan digalakkan untuk tidak memilih bidang perniagaan tertentu hanya kerana melihat orang lain berjaya mengusahakannya, tanpa mengetahui selok-belok perniagaan tersebut. Pemilihan secara membuta tuli amat merbahaya kerana tidak dibuat berasaskan penilaian yang wajar.

KEDUA, usahawan perlu mengelakkan melakukan tindakan mencampur-aduk urusan wang syarikat dengan urusan wang sendiri. Ramai usahawan gagal mengawal disiplin diri dalam aspek ini, dimana mereka menggunakan wang perniagaan bagi tujuan sendiri. Ini menyebabkan perniagaan menghadapi masalah aliran tunai yang seterusnya menyebabkan perniagaan gagal. Usahawan perlu faham konsep 'entiti berasingan' antara dirinya dengan perniagaannya dan menghormati perniagaannya sebagai satu entiti lain.

Perkara KETIGA ialah jangan mengamalkan penipuan dalam perniagaan. Ini adalah tuntutan bukan sahaja amalamn perniagaan yang baik malahan juga diwajibkan dalam agama dimana peniaga dilarang menipu dalam timbangan, sukatan dan maklumat mengenai produk. Ada peniaga yang sanggup menipu bukan sahaja pelanggan, malah juga kerajaan dari segi pembayaran cukai dan sebagainya. Elakkan menipu dalam semua hal kerana lambat laun akan diketahui orang. Penipuan akan menghilangkan 'barakah' dalam urusan perniagaan kita.

KEEMPAT, usahawan yang ingin berjaya harus mengelakkan diri daripada bersifat tamak. Ramai usahawan menjadi tamak dan cuba membuat terlalu banyak perkara dalam masa yang sama. Ini menyebabkan mereka hilang fokus. Orang tua-tua sudah berpesan, orang tamak selalu rugi. Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Ingat juga kata orang putih, "Rome was not built in a day".

Perkara KELIMA pula ialah elakkan meminjam wang jika tidak perlu. Apabila usahawan meminjam wang, tujuannya haruslah untuk membantu menyelesaikan masalah perniagaan, bukannya untuk menjadi masalah kepada dirinya. Oleh itu pinjam hanya apabila perlu dan yakin ia akan membantu perniagaan dan boleh dibayar balik. Tujuan pinjaman hendaklah dilaksanakan.

Perkara yang KEENAM ialah jangan mudah percaya kepada semua maklumat yang diterima, lebih-lebih lagi jika sumber maklumat itu kabur. Dalam perniagaan, maklumat yang betul sangat penting supaya keputusan yang tepat dapat dibuat. Oleh itu pastikan setiap maklumat disahkan secara teratur. Jika usahawan tidak mengesahkan maklumat yang diterima, dia terdedah kepada risiko membuat keputusan yang salah.

Perkara KETUJUH dan terakhir ialah jangan mempunyai perasaan dengki kepada usahawan lain. Ini satu kelemahan usahawan yang agak ketara. Sebaiknya, jadikan usahawan yang lebih berjaya sebagai penanda aras dan cabaran persaingan. Dalam perniagaan, jaringan amat penting untuk berjaya. Oleh itu kita seharusnya bekerjasama membantu satu sama lain dalam satu jaringan yang melahirkan sinergi, bukan menyimpan rasa dengki yang berhasrat memusnahkan.

kata pujangga tahun 2010

Motivation Spirit 2010

Jan - Confidence
Experience tells you what to do; confidence allows you to do it ~ Stan Smith

Feb - Enthusiasm
A man can succeed at almost anything for which he has unlimited enthusiam ~ Charles M.Schwab

March - Endure
Nothing in life is more remarkable that the unnecessary anxiety which we endure and generally create ourselve ~ Benjamin Disraeli

April - Obstacle
The greater the obstacle the more glory in overcoming it ~ Moliere

May - Impossible
We would accomplish many more things if we did not think of them as impossible ~ C.Malesherbez

June - Perseverance
With ordinary talent and extraordinary perseverance, all things are attainable ~ Sir Thomas Foxwell Buxton

July - Winning
Winning isn't everything. Wanting to win is ~ Catfish hunter

August - Courage
Courage is the first of the human qualities because it is the quality which guarantees all the others ~ Sir Winston Churchill

September - Determine
Our deeds determine us as much as we determine our deeds ~ George Eliot

October - Team Spirit
They who are the most persistant and work in the true team spirit, will invariably be the most successful ~ Samuel Smiles

November - Brave
Bravery and faith bring both material and spiritual rewards ~ Preston Bradley

December - Motivation
The secret of discipline is motivation. When a man is sufficiently motivated, discipline will take care ~ Charles M. Schwab





Monday, January 3, 2011

di awal 2011

azam dan iltizam
fokus, disiplin, amanah
never stop learning, never stop doing

' The secret of discipline is motivation. When a man is sufficiently motivated, discipline will take care ' - Charles M. Schwab

Sunday, January 2, 2011

Saturday, January 1, 2011

kenangan AGM di Cameron Highland di abadikan




28/12/10 - 30/12/10
anual sales meeting eltean
Heritage Hotel, Tanah Rata, Cameron Higland
abadikan team east cost..
sally and koh

kali kedua ke cameron, pergh, bestnya cuci mata
dapat la selipar strawberry satu....hehe

bos tetap cool, tanya problem, team KL asyik muka baru je, Dari de only indian dah resign, Lim last month berenti, bos - turn over tinggi tu...

performance team Melaka memang best

team singapore lagi power ada mynmar n filipin

bos bagi kalender satu sorang, which is cost nya about rm120 satu
murah2 pun xpe bos, as long as there's something for us...hehe

enjoy, motivated, holiday....
dari kuantan - genting - batang kali - tapah- cameron,
sally shcumacher...hehe
jagung cameron, jambu jeruk, strawberry cokelat
bantal, pensil n selipar strawberry, ros

seminggu tak dapat bw, malam ni dendam terbalas....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...