Wednesday, November 23, 2011

Tips dr IK - Bebas kewangan



Sama ada betul atau tidak berita ini, kita semua perlu berhati-hati dalam pengurusan kewangan kita. Bak pepatah Melayu, "Sediakan payung sebelum hujan".
Teringat keadaan ekonomi yang tidak stabil beberapa tahun lepas memberi impak dan juga kesedaran bagi ramai untuk lebih peka dengan keadaan pengurusan wang. Namun, seringkali apabila keadaan menjadi stabil, mula pula lupa tentang pentingnya pengurusan wang. Bila dalam keadaan terdesak, barulah kita kelam kabut mencari penyelesaiannya.
Perkara ini tidak sepatutnya terjadi oleh kerana masalah wang, adalah seperti masalah kesihatan. Lagi awal kita dapat 'detect' masalah tersebut, lebih mudah kita boleh cari ubatnya- sebelum terlewat.
Artikel saya kali ini bertajuk "Apakah ertinya bebas kewangan?"
Mudahan anda mendapat manfaat dan sering menyediakan payung sebelum hujan! ;)
-Irfan Khairi
Kuala Lumpur


Artikel pilihan: Apakah ertinya bebas kewangan?
Oleh: Irfan Khairi

Matlamat pertama anda seharusnya adalah untuk jadi bebas kewangan... atau kewangan mandiri, atau bebas kewangan (sama je)
Ada juga antara kita tidak mahu jadi jutawan. Kalau tak nak jadi jutawan pun tak mengapa, itu terpulang pada individu. Namun, sekurang-kurangnya anda perlu menjadi bebas kewangan. Apakah maksud bebas kewangan?
Bebas kewangan adalah apabila pendapatan residual kita melebihi perbelanjaan bulanan kita. Dalam kata lain, walaupun kita tak perlu kerja, kewangan kita sudah mencukupi untuk menampung perbelanjaan bulanan.
Contoh, sekiranya kos sara hidup kita sekeluarga adalah RM4,000, kita perlu memiliki pendapatan residual melebihi RM4,000.
  • Mungkin, dalam pelaburan ASB mempunyai RM200,000- ini memberi pulangan pelaburan dalam lingkungan RM1,600 sebulan.
  • Mungkin kita ada menyewa 2 buah rumah, dan satu rumah pendapatan kita adalah RM500 dari sewa sebuah rumah. Maka, pendapatan dari sewa rumah adalah RM1,000
  • Mungkin kita memiliki perniagaan Internet secara automatik yang memberi pulangan RM1,500 sebulan
Dengan 3 pendapatan residual di atas, jumlah menjadi RM4,100 sebulan. Dengan ini, anda telah menjadi kewangan mandiri atau bebas kewangan! Anda tidak perlu kerja lagi seumur hidup!
Capaikan bebas kewangan terlebih dahulu. Kemudian, perjalanan untuk menjadi jutawan adalah lebih mudah!
ps: Sekiraya anda ingin memulakan perniagaan Internet untuk mendapatkan pendapatan residual/passive seperti di atas, sertai Workshop Jutawan Internet pada hari Ahad 18hb Disember atau Isnin 12hb Disember 2011. Jadikan Azam baru 2012 untuk memiliki perniagaan Internet yang memberi residual income!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...