Friday, August 19, 2011

Qiam Ramadhan


Sabda Nabi SAW bermaksud ;
Sungguh, bulan ramdhan adalah bulan yang diwajibkan oleh Allah puasa dan disunatkan solat pada malamnya, maka barangsiapa menjalankan puasa dan solat malam pada bulan itu kerana iman dan mengharapkan pahala, nescaya bebas daripada dosa-dosa seperti mana di saat ketika dilahirkan oleh ibunya, (Riwayat an-Nasaie)

Qiam Ramadhan bermaksud bangun untuk berjaga nakan di bulan ramadhan bagi mengerjakan amal ibadat kepadaNya. Menghidupkan malam ramadhan merupakan sunat maukkad iaitu pekara sunat yang sangat di tuntut untuk melakukannya. Ini kerana Rasullah SAW serta para sahabat baginda amat menganjurkan qiam ramadhan ini seperti mana yang dinyatakan di dalam hadis di atas.

Oleh itu, sebagai seorang islam yang inginkan kelebihan dan keredhaan daripada-NYA, adalah disarankan agar setiap orang islam memenuhi malam ramadhan dengan segala amalan ibadat lain selain daripada solat terawih. Lebih lebih lagi ibadat pada sepuluh malam terakhir ramadhan.

nota hati; maka mlm esok bermula la 10 mlm terakhir ramadhan kita, cepatnya masa berlalu sedikit nya amal ku.....

petika dr dik mimi,
Apa guna jadi lelaki KACAK , kalau baca Quran pun MERANGKAK² . Apa guna jadi perempuan CANTIK , kalau Pukul 12 tengah hari pun tak CELIK² . Apa guna umur besar PANJANG , kalau Fardhu Ain asas pun lintang PUKANG . Apa guna Allah bagi HIDAYAH , kalau nak solat pun sikit punya PAYAH . Apa guna jadi MANUSIA , kalau umur Allah bagi kita SIA² . Apa guna harta MELIMPAH RUAH , kalau nak hulur kepada yg memerlukan pun SUSAH . Apa guna pangkat BESAR , kalau kubur dah dekat pun masih tak SEDAR .

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...