Sunday, May 15, 2011

Bila Manusia Hilang Pertimbangan

Sejak dua menjak ni, kejadian simbah asid makin berleluasa, tak puashati punya pasal, simbah asid kat musuh, bekas kekasih dan ada juga manusia hilang akal yang simbah asid kepada orang awam tanpa sebab, asid dan mencederakan orang lain menjadi pekara mainan, ada lak sesuka hati nak simbah asid kat tempat terbuka....pe nak jadi dengan manusia akhir zaman, nilai nyawa tiada harga.

ni lagi satu cerita, buat simpanan je ni....
perempuan sekarang pun dah hilang kelembutan hati,
cinta punya pasal,

Lelaki putus cinta disimbah asid


Mohamad Hanif yang melecur dimuka akibat disimbah asid dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah semalam. Gambar kecil Mohamad Hanif sebelum melecur.


KANGAR – Kebiasaannya wanita kerap menjadi sasaran disimbah asid gara-gara cemburu namun lain pula yang berlaku di Kampung Sentang, Utan Aji dekat sini semalam apabila seorang lelaki disimbah asid oleh dua lelaki tidak dikenalinya.

Semasa kejadian pada pukul 1 pagi, Muhamad Hanif Sunaid @ Shuib, 24, yang bekerja sebagai pemandu lori berada di rumah seorang diri sebelum dia membuka pintu rumahnya selepas diketuk dua lelaki.

Sebaik pintu dibuka, seorang daripada lelaki itu terus menyimbah asid ke arahnya menyebabkan mangsa melecur 50 peratus pada muka dan sebahagian pinggang.

Akibat terkena cecair itu, Muhamad Hanif dikatakan menggelupur dan meraung kesakitan.

Muhamad Hanif yang bergegas keluar mencari pertolongan ditemui di tepi jalan kira-kira 30 meter dari rumahnya oleh seorang penunggang motosikal. Semasa ditemui mangsa dalam keadaan separuh bogel kerana pakaiannya melecur.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, motif serangan dua lelaki itu berkemungkinan disebabkan cemburu atau dendam.


info wikipedia

Asid asetik, asid etanoik atau asid cuka adalah sebatian kimia asid organikyang dikenali sebagai perasa masam dan aroma dalam makanan. Asid cuka memiliki rumus empirik C2H4O2. Rumus ini seringkali ditulis dalam bentuk CH3-COOH, CH3COOH, atau CH3CO2H. Asid asetik tulen (disebut asid asetik glasial) adalah cecair higroskopik tak berwarna, dan memiliki takat beku 16.7°C.

Asid asetik pekat bersifat mengkakis, maka, harus digunakan dengan penuh hati-hati. Asid asetik dapat menyebabkan luka bakar, kerosakan kekal pada mata, serta rangsangan pada membran mukosa. Lecur atau lepuhan boleh tidak terlihat kesannya hingga beberapa jam setelah kena. Sarung tangan getah juga tidak melindungi dari asid asetik, sehingga dalam menangani sebatian ini perlu digunakan sarung tangan berbahangetah nitril. Asid asetik pekat juga dapat terbakar di makmal, namun dengan sukar. Ia menjadi mudah terbakar jika suhu ruang melebihi 39 °C (102 °F), dan dapat membentuk campuran yang mudah meledak di udara (had ledakan: 5.4%-16%).

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...