Thursday, March 17, 2011

tips dari IRFAN KHAIRI

Artikel pilihan: Lakukan dengan pantas!
Oleh: Irfan Khairi

Pantas! Itulah kuncinya...

Untuk mencapai kejayaan dengan cepat, anda perlu lakukan sesuatu dengan pantas. Itulah yang dinamakan undang-undang "sebab dan kejadian". Disebabkan sesuatu kerja itu dimulakan dengan cepat, maka, hasilnya juga akan terima dengan cepat.

Ramai yang tertanya-tanya, apakah rahsianya untuk mencapai kejayaan pada usia muda? Apakah rahsianya untuk mengumpulkan wang yang banyak pada usia muda?

Jawapannya adalah amat mudah. Mulakan dengan pantas! Mulakan proses anda mencapai matlamat anda dengan pantas dan mulakan proses mengumpul kewangan anda dengan cepat.

Satu pengajaran yang boleh kita ambil dari tycoon perniagaan billionaire British terkenal, Sir Richard Branson, pengasas Virgin companies adalah beliau melakukan segalanya dengan pantas.

Menurut biografi Richard Branson, bermula pertama kali perbincangan untuk membina syarikat penerbangan Virgin Airlines, Syarikat tersebut memulakan penerbangan pertamanya 5 bulan kemudian! Wah, betapa pantasnya seorang billionaire melakukan kerja.

Melakukan kerja dengan pantas adalah kunci untuk memulakan momentum motivasi. Bayangkan acara lumba lari pecut apabila semua atlit pecut berbaris di garisan mula. "Ke garisan... sedia... MULA!" kesemua pelari tersebut bermula dengan deras!


Ingat tak ketika sukan olimpik, adakalanya terdapat "foul start" dan pengadil terpaksa menghentikan perlumbaan sejurus selepas bermula. Perasan tak, ramai pelari akan terus berlari dan ada yang sehingga ¼ jalan pun, masih lagi berlari oleh kerana permulaan yang pantas memberi momentum yang pantas. Ianya sukar untuk berhenti dengan tiba-tiba!

Begitulah juga dengan motivasi diri. Sekiranya anda mempunyai idea untuk memulakan perniagaan, MULAKAN SEGERA perniagaan tersebut! Sekiranya anda ingin mula merancang kewangan anda, MULAKAN SEGERA dengan membuka akaun simpanan baru! Sekiranya anda ingin mempelajari ilmu baru, MULAKAN SEGERA ke kedai buku dan dapatkan buku yang berkaitan dengan ilmu tersebut.

Pembunuh kejayaan adalah "membuang masa" atau procrastination. Dengan memulakan sesuatu dengan pantas, anda membunh pembunuh ini. Momenntum akan dibina dan ia akan menjadi sukar untuk anda hentikan diri anda sendiri!

Pastikan anda juga pantas dalam mengambil tindakan menyertai Revolusi Perniagaan Internet sebelum harga diskaun awal di hentikan tak lama lagi! Untuk maklumat lanjut Revolusi Perniagaan Internet dan melakukan pendaftaran secara online dan , sila layari http://www.irfankhairilive.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...