Sunday, February 27, 2011

nota cinta buat bakal suamiku

Kiranya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu, dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku membenci dirimu, tetapi aku membenci egomu. ingatlah wahai Adam, manusia adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah merah. Hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai hamba tidak layak untuk membuat penilaian.

Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha Pencipta..Sesungguhnya aku belum berpunya, diriku hanyalah untuk Dia. Aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka, Kiranya ini menambahkan ketaqwaanku padaNya. Inilah nota-nota cintaku buatmu lelaki yang akan bergelar suami…

Yakinlah bahawa sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah dan masanya pasti akan tiba...

petikan nukilan maizatulakmar, http://maizatulakmar.blogspot.com

nota : kiranya takdir itu milikku, aku redha, ketahuilah bakal suamiku, aku terimamu kerna dirimu anugerah DIA

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...