Tuesday, December 28, 2010

6 cancer-fighting superfoods

By Leslie Barrie

To reduce your risk of cancer, look no further than your fridge. "All the studies on cancer and nutrition point to eating plant-based foods for their phytonutrients and other special compounds," says Richard Béliveau, PhD, chair in the prevention and treatment of cancer at the University of Québec at Montreal and author of Foods to Fight Cancer.

Aim for five to nine daily servings of all kinds of fruits and vegetables—especially these six superstars.

Broccoli
All cruciferous veggies (think cauliflower, cabbage, kale) contain cancer-fighting properties, but broccoli is the only one with a sizable amount of sulforaphane, a particularly potent compound that boosts the body's protective enzymes and flushes out cancer-causing chemicals, says Jed Fahey, ScD. A recent University of Michigan study on mice found that sulforaphane also targets cancer stem cells—those that aid in tumor growth.

Helps fight: breast, liver, lung, prostate, skin, stomach, and bladder cancers

Your Rx: The more broccoli, the better, research suggests—so add it wherever you can, from salads to omelets to the top of your pizza.

Health.com: 13 easy pizza recipes

Berries
All berries are packed with cancer-fighting phytonutrients. But black raspberries, in particular, contain very high concentrations of phytochemicals called anthocyanins, which slow down the growth of premalignant cells and keep new blood vessels from forming (and potentially feeding a cancerous tumor), according to Gary D. Stoner, PhD, a professor of internal medicine at The Ohio State University College of Medicine.

Helps fight: colon, esophageal, oral, and skin cancers

Your Rx: Stoner uses a concentrated berry powder in his studies but says a half-cup serving of berries a day may help your health, too.

Health.com: Go wild for berries!

Tomatoes
This juicy fruit is the best dietary source of lycopene, a carotenoid that gives tomatoes their red hue, Béliveau says. And that's good news, because lycopene was found to stop endometrial cancer cell growth in a study in Nutrition and Cancer. Endometrial cancer causes nearly 8,000 deaths a year.

Helps fight: endometrial, lung, prostate, and stomach cancers

Your Rx: The biggest benefits come from cooked tomatoes (think pasta sauce!), since the heating process increases the amount of lycopene your body is able to absorb.

Health.com: 10 tasty tomato recipes

Walnuts
Their phytosterols (cholesterol-like molecules found in plants) have been shown to block estrogen receptors in breast cancer cells, possibly slowing the cells' growth, says Elaine Hardman, PhD, associate professor at Marshall University School of Medicine in Huntington, West Virginia.

Helps fight: breast and prostate cancers

Your Rx: Munching on an ounce of walnuts a day may yield the best benefits, Hardman's research found.

Health.com: 8 super nuts

Garlic
Phytochemicals in garlic have been found to halt the formation of nitrosamines, carcinogens formed in the stomach (and in the intestines, in certain conditions) when you consume nitrates, a common food preservative, Béliveau says. In fact, the Iowa Women's Health Study found that women with the highest amounts of garlic in their diets had a 50 percent lower risk of certain colon cancers than women who ate the least.

Helps fight: breast, colon, esophageal, and stomach cancers

Your Rx: Chop a clove of fresh, crushed garlic (crushing helps release beneficial enzymes), and sprinkle it into that lycopene-rich tomato sauce while it simmers.

Health.com: Surprising health benefits of garlic

Beans
A study out of Michigan State University found that black and navy beans significantly reduced colon cancer incidence in rats, in part because a diet rich in the legumes increased levels of the fatty acid butyrate, which in high concentrations has protective effects against cancer growth. Another study, in the journal Crop Science, found dried beans particularly effective in preventing breast cancer in rats.

Helps fight: breast and colon cancers

Your Rx: Add a serving—a half-cup—of legumes a few times a week (either from a can or dry beans that've been soaked and cooked) to your usual rotation of greens or other veggies

Saturday, December 25, 2010

buah katak puru


Buah Katak Puru
Nama Saintifik: Cynometra Cauliflora
Juga di kenali dengan nama buah nam nam
Rasanya masam kelat ketika muda.
Buahnye berwarna kekuningan apabila masak.
Rasanya agak masam manis,
isinya mcm buah la, gebu je
tapi luaran berketak dan bergerutu
menyukarkan untuk di kupas kulitnya
namun bila di potong makan dengan asam
pergh,mertua pggl x heran la


Dikatakan dapat menghindari penyakit darah tinggi


Friday, December 24, 2010

Seperti Gelisah Aku Mencari-Mu, Rab

Antara dingin dan keinginan
gelisahku telah terhukum
di padang realiti
bisakah kau bersyukur lagi
antara bening subuh yang sepi
antara pasrah kita bermunajat
di pintu-Mu, Rab.

Pada rajah waktu itu
potret yang bisa terlukis
gemersik suaranya adalah suara
menyentuh minda daripada fikir seorang kita
berharga sebuah cinta kepada-Nya
adalah cinta yang satu

Kubuka ikatan malam-Mu
menyelak tirai dewasa seorang peribadi
adalah perjalanan menjejak pintu keinsafan
menghitung hari mencari wajah tersendiri
haruskah kita membuka topeng hipokrit.

IJAMALA MN
Penjara Sungai Buloh
Al - Islam, Januari 2002
Jangan Kau Menangis, Utusan Publications
Hadiah Sastera Kump Utusan 2002.

pesan Rasullah SAW

Nabi Muhammad SAW bersabda,
ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu;

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN

2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP

3. Ibu dari segala IBADATadalah TAKUT BERBUAT DOSA

4. Ibu dari segala CITA-CITA adalah SABAR

Thursday, December 23, 2010

tips dari Irfan Khairi

Align Right 5 tip motivasi Tahun Baru dari
Facebook saya...








Sekiranya kita telah berusaha, tetapi matlamat kita tak tercapai juga, hanya 2 perkara penyebabnya- sama ada matlamat kita terlalu besar, atau jangka masa kita berikan terlalu singkat. Oleh itu, kecilkan sedikit matlamat atau panjangkan sedikit jangkamasa untuk pulihkan masalah ini tahun hadapan!

ada berbagai2 kategori matlamat iaitu keluarga, peribadi, fizikal, kesihatan, mental, intelek, pendidikan, pembangunan diri, karier, kewangan, material dan spiritual. Anda perlu ada matlamat untuk setiap kategori. silapnya, ramai orang hanya mempunyai matlamat dlm 1 kategori sahaja- iaitu kewangan! Tahun 2011, pastikan anda punyai matlamat dlm setiap kategori di atas ;)

SEMUA orang mempunyai perasaan 'takut' kepada kegagalan. mereka yang berjaya juga punyai perasaan 'takut gagal'- saya pun ada ;). apa yang membezakan adalah, mereka yang berjaya walaupun punyai perasaan 'takut gagal', tetapi tetap lakukan juga
fikir kan waktu2 yang pernah kita "in the zone", mungkin satu ketika dulu kita berjaya dalam sesuatu, atau capai sesuatu yang membanggakan, atau capai salah satu matlamat besar kita. gunakan waktu tersebut sebagai satu trigger/picu untuk capai kejayaan yang baru akan datang. always letakkan fikiran kita "in the zone"!

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. nak berdaya, memang susah. tetapi, untuk berDALIH, memang MUDAH. orang yang berjaya akan melakukan perkara-perkara yang susah. orang yang tak berjaya akan pilih yang mudah. so, kita pilih yang susah ok?

Semoga membantu anda! Jangan lupa sertai saya di Facebook sekiranya belum http://www.facebook.com/irfankhairi.fb

pencarian blogger peramah 2011

bila merah mengatakan ku peramah...hehe

Pencarian Blogger Peramah 2011


Assalamualaikum w.r.t

Ahsfantasy24.com kini sedang mencari blog blogger peramah untuk dimuatkan ke dalam listblog blogger peramah sesi 2011. Ayuh membantu ahsfantasy24 untuk mengesan tidak kira blogger lama ataupun baru, asalkan tidak sombong. Saya menjemput semua follower saya dan juga mereka yang tahu tentang pencarian ini menyertainya. Hargai sekiranya anda dijemput untuk menyertai pencarian ini kerana anda juga telah dilihat sebagai seorang blogger yang peramah.



Apa yang perlu anda lakukan selepas dijemput atau ditag?
  1. Copy dan Paste entry ini beserta gambarnya ke dalam blog anda dengan menggunakan tajuk 'Pencarian Blogger Peramah 2011';
  2. Tag sekurang-kurangnya 4 orang rakan blogger anda yang peramah;
  3. Setelah menyiapkan entry tersebut, sila tinggalkan link entry anda di sini >http://www.ahsfantasy24.com/2010/12/pencarian-blogger-peramah-2011.html
  4. Tiada paksaan dalam menjadi follower ahsfantasy24.com namun berbesar hati jika ada yang sudi. [not yet, button x function]
Tahniah, anda seorang blogger yang peramah! (: [terima kasih]

P/s: Penyertaan akan ditutup selepas ahsfantasy24 mengumpul sebanyak 224 blog blogger peramah. Sesiapa yang terlepas untuk menyertai team blogger peramah musim ini di http://bloggerperamah.blogspot.com/, sila nantikan pembubarannya 6 bulan akan datang. Jika ada blogger yang sombong, sila laporkan ya.^^, [harap2 saya dpt kesempatan nie]


maka dengan ini di tag kn,
mat din
cik shabah
mirul
umar yang cute
(tp dh tutup dh)

from da bottom of my heart

Align Rightabadikan dr untie zac_zainon buat sorg teman
cinta tak kenal rupa
anugerah yang ESA
sayang dan setia
itu yg ku ada.

Wednesday, December 22, 2010

adus teruji lagi - kena kat depan mydin mall

Orang cemerlang sentiasa memecahkan kitaran sengsara yang mungkin kepada dirinya. Andainnya, setiap yang baik datangnya daripada tuhan dan setiap yang buruk adalah kesilapan diri sendiri
~ Dato Fadhilah Kamsah


Satu tengah hari semalam di Mydin Mall

kereta kuning ku tersondol @ di sondol oleh motor, keluar simpang mydin mall, dlm hujan sebuah motor dengan laju masuk ke kiri lane sedangku dgn mau cepatnya keluar simpang, namun ku sempat berhenti ..huhu..klu tidak mau tersadung dua awek ke tengah jalan,
kemek keretaku, awek berdua tu terjatuh dan tercedera di siku, motor skuter nya tak de masalah, adus kereta ku jugak yang kemek....bertalu talu awek tu minta maaf, ku bagi minyak ubat sapu luka, ku tanya nak ke spital tak, namun dia berdua dan motornya ok sajer....settle la, dan aku yang terkedu dengan kemek keretaku, salah siapa? salah aku ke salah dia? aku blur, dia kata aku tak brek, aku kata aku brek nak tengok kanan, pemerhati kata x nampak sebab ada blocking ngan bus, adus....lelah....ujian datang lagi , ralatnya bila tengok kete kemek....nasib baik x calar, cuma kat belah bawah scratch lekat kolor merah, skuter dia merah....

serik nak g mydin mall, dan sememangnya fobia tul nak ke mydin, namun sebab tengah hari semalam jalan 'jeng' sangat, giant xde parking, pusing kut mydin, sangkut lak.
bercakap pasal mydin ni, memang la menakutkan sebab tak pernah takde waktu lengang, mydin mall sentiasa penuh dengan, banyaknya kereta, banyaknya orang
untung besar mydin ni.

lelah, letih, lemah
teruji dengan kekemekan kereta kuningku
duit lagi,
baru nak berangan ke bulan,
ada halangan
membantutkan perjalanan
huhu

Tuesday, December 21, 2010

misi kecemerlangan

orang cemerlang sentiasa mempunyai guru, mentor ataupun pakar rujuk yang dapat di jadikan tempat meminta nasihat dan bimbingan.


mentorku, IRFAN KHAIRI

Monday, December 20, 2010

diari muslimah

Berjalan dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia. Sedekahlah sebuah senyuman walau di hatimu tak lagi mampu bertahan. Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka. Berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran. Hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dugaan. Berpeganglah kepada Allah walau DIA tidak kelihatan.

Bukti kasih-NYA, kita wujud di dunia fana ini.
Jangan terlalu banyak berkhayal untuk menjadi yang terbaik kerna hidup tidak semudah. Perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah keabdian yang hakiki lagi abadi. Moga lelahmu dihargai Allah walaupun dicemuhi

Sunday, December 19, 2010

kebaikan sauna

selalunya sauna selalu dilakukan untuk mencantikkan kulit namun sauna mempunyai banyak khasiatnya,

- dapat mengeluarkan toksin dari tubuh

- meningkatkan metabolisma

- mengurangkan stress

- menyembuhkan masalah kulit

- membunuh sel bakteria dan virus hasil dari pemanasan suhu tubuh

- mengurangkan berat badan

TIPS UNTUK BERSAUNA

- boleh dapatkan tempat sauna seperti gambar di atas dengan kos yang sekitar rm199-rm399

- dengan cara DIY - wapkan tubuh dengan air panas dengan cara membungkuskan badan disamping bahan rebusan

- dapatkan khidmat sauna di salun-salun

- lakukan mandian sauna selama 15-20min bagi setiap kali mandian

- 3 kali seminggu memadai

-minum air secukupnya sebelum atau selepas sauna

- jangan bersauna ketika perut kosong dan jangan juga ketika terlalu kenyang

- bagi mengurangkan berat badan , lakukan 20 min dan di ikuti rehat 15 min kemudian sambung lagi 10-15min, lakukan selang sehari utk tempoh 2 mggu dan lihat hasilnya

- rempah sauna boleh di dapati di kedai-kedai jamu juga boleh disediakan sendiri dengan bahan yang ada didapur seperti kunyit, halia, serai, daun limau purut, sireh dan pelbagai herba lagi

ahad penghulu minggu di terengganu

Saturday, December 18, 2010

salam pagi jumaat


kretiviti datang dari kepercayaan, sentiasalah percaya naluri anda dan jangan harapkan lebih daripada yang anda usahakan.
~ dr fazley

Thursday, December 16, 2010

tips dari Irfan Khairi

Salam sejahtera, kita baru sahaja melangkaui tahun 1432H minggu lepas. Tak lama lagi tahun baru masehi akan mengunjungi kita. Mesti ada sesuatu yang baru yang telah kita tetapkan untuk kehidupan kita.

Adakah dalam list anda yang anda terfikir untuk manjalankan PERNIAGAAN?!

Sekiranya jawapan anda 'Ya', anda berada di landasan yang tepat. Banyak yang perlu anda fikirkan sebelum memulakan perniagaan ini. Untuk berjaya dalam perniagaan, kita perlukan tanggunjawab keinginan dan kemahuan yang tinggi.

Langkah yang pertama, periksa hati anda. Adakah anda dah bersedia untuk memulakan perniagaan ini? Dan bukannya atas idea, arahan atau paksaan dari orang lain. Pastikan ianya mestilah dari hati sendiri.

Tiga persoalan yang perlu anda fikirkan sebelum memulakan perniagaan kecil-kecilan:

  1. Adakah anda ingin menjalankan perniagaan ini sendiri?
    Membuat semua keputusan dan bertanggungjawab sepenuhnya atas perniagaan anda
  2. Adakah anda sanggup bekerja keras dan berkorban untuk segala keperluan diawal perniagaan ini?
  3. Adakah anda mempunyai keyakinan diri dan displin diri?
    Dimana ia akan membuat anda bersungguh-sungguh dalam membina perniagaan sehingga berjaya.

Sekiranya anda menjawab 'TIDAK' pada semua soalan diatas, ini bermakna anda belum bersedia untuk membuat atau memulakan perniagaan.

Dan sekiranya anda memberi jawapan yang positif pada soalan-soalan tersebut, ini bermakna anda telah bersedia untuk berfikir dengan serius bagi memulakan perniagaan.


Ada beberapa sifat dan sikap yang membuat seseorang itu sesuai untuk menjalankan perniagaan ini yang berjaya berbanding dengan orang lain;

  1. Ketekunan, kegigihan dan ketabahan yang ada pada diri kita
  2. Keinginan yang kuat
  3. Kemahuan untuk mengambil inisiatif
  4. Bersifat bersaingan
  5. Percaya pada diri sendiri
  6. Kekuatan yang kuat untuk berjaya
  7. Keyakinan diri
  8. Kesihatan yang baik

Ikutilah nasihat yang diberikan oleh Warren Buffet, DUIT bukan segala-galanya. Untuk mendapat KEKAYAAN adalah hasil daripada kepercayaan pada DIRI SENDIRI dan cipta kejayaan.

DUIT diperlukan, bukan yang UTAMA dan jika meletakkan DUIT pada tempat yang pertama kita akan dibelenggu oleh masalah. Berikut adalah pesanan daripada Warren Buffet (orang ketiga terkaya di dunia) ;

Warren Buffet
Stay away from credit cards and bank loans and invest in yourself. REMEMBER:

1: Money does not create man BUT it is the man who create money
2.: Live your life as simple as you are
3: Don't do what other people say, just listen to them, but do what you feel good.

-Warren Buffet
-Irfan Khairi
Damansara, KL
ps: Sekiranya anda berada di kawasan PJ, Shah Alam & Klang, jumpa saya di Shah Alam untuk sesi percuma Dari Kosong tajaan DiGi pada hari Sabtu ini. Maklumat lanjut di bawah!

Bersama Irfan Khairi, di Shah Alam. Sabtu 18hb Disember!
"Berniaga Melalui Facebook!" oleh Irfan Khairi
di bawa oleh DiGi

Atas PERMINTAAN ramai, team Peoplepreneur Biz School sekali lagi akan mengadakan "Seminar Dari 0" di LEMBAH KLANG. Seminar ini turut diadakan pada malam ini, di KL, TETAPI disebabkan PENDAFTARAN telah melebihi kuota, penganjur terpaksa mengadakan satu lagi sesi di Shah Alam pada hujung minggu ini. Bagi sesiapa yang tidak ada menerima sms pengesahan kehadiran pada malam ini, anda dijemput hadir untuk seminar ini pada:

Tarikh : 18hb Disember 2010 (Sabtu)
Jam : 2.00 ptg - 5.00 ptg
Tempat: De Palma Hotel, Shah Alam,
Kemasukan : PERCUMA tajaan DiGi

Anda juga akan menerima "Buah Tangan" iaitu DVD "Cara memulakan Perniagaan E Book" oleh Irfan Khairi bernilai RM89.90.Daftarkan tempat anda hari ini sebelum dipenuhi lagi!

Tempat duduk TERHAD.

Untuk mendaftar, SMS: DKSHAH ALAM , , >jumlah peserta> ke 0162969209

Monday, December 13, 2010

selamat malam, sweet dream dear


motivasi pagi

Orang cemerlang sentiasa fokus pada kejayaan dan mempunyai visi dan misi yang besar dan bermakna.

Orang cemerlang sentiasa belajar daripada kesilapan lalu. Orang yang berjaya bukannya tidak pernah jatuh, tetapi bangkit semula setiap kali jatuh. Kegagalan sebenar adalah apabila kita berhenti mencuba.

~ Dato Fadhilah Kamsah

Sunday, December 12, 2010

buat kenangan dr untie zac zainon

kawan tak susah di cari asal jangan sombong diri, kawan bukan kira usia, jantina dan pangkat asal ikhlas di hati, namun dalam berkawan berbatas la bagi menjaga keharmonian dan kehormatan suatu hubungan agar ia tidak di salah erti, dan selaras dengan kehendak Ilahi

Sahabat yang baik adalah orang yang kita perlu dalam hidup, tetapi dalam mencari sahabat itu kita juga perlu memainkan peranan yang sama ~ Dr fazley

ahad pemula minggu - tolong bantu aku

Penderitaan jiwa mengarahkan keburukan. Putus asa adalah sumber kesesatan dan kegelapan hati pangkal penderitaan jiwa.


Kesabaran bukan bererti tiada perasaan, kesabaran adalah kesanggupan mengendalikan perasaan ketika sedih.

~ Dr.Fazley

nota; semalam, lancar mulut berbicara, membuah bait2 luka, rasa kesal dan kecewa, hari ini rasa tak bermaya, dan esok bagaimana untuk aku terus bersemuka. Bila diri terbeban dengan tanggung jawab sendirian, tanpa ada kerjasama dan perhatian , gusar la hati dengan kemampuan maka buah2 derhaka tercipta....argh...amende la.....ya tuhan bukan la pinta hati hambaMu yang sepatutnya bersamaku bukn aku sendiri ....aku lelah.

Orang cemerlang sentiasa mencari hakikat kehidupan. Cuba cari jawapan kepada persoalan mengapa tuhan menciptakan kita.
- khalifah, hamba, dai

~ Dato Fadhilah Kamsah

nota; aku tak berdaya mencari jawapan pd aturan Mu tuhan, akur dan redha pd setiap perjalanan yang ku susuri kerna itu bgku satu ketentapan. terima apa jua mendatang...lemahnya aku, ya allah ampunilah dosa hambaMu ini.

Saturday, December 11, 2010

sabtu yang bercelaru

Harapan adalah benang emas yang perlu di tenun ke dalam pengalaman hidup

Orang yang berjaya di ibaratkan orang yang dapat membuat binaan asas yang kukuh dengan batu bata yang dilemparkan terhadapnya.

kesabaran bukan bererti tiada perasaan, kesabaran ialah kesanggupan mengendalikan perasaan ketika sedih menimpa.

~ dr fazley


Thursday, December 9, 2010

motivasi pagi khamis


Orang cemerlang sentiasa berpegang pada prinsip; untukberjaya itu lebih mudah daripada untuk gagal. Sebenarnya, memang senang untuk senang. ~ Dato Fadhilah Kamsah

klu nak senang kena rancang,
bila dah rancang akan senang la
perancangan dan penjadualan
ikut perancangan
ikut jadual

yup,

jadual waktuku,
6 am - mandi , solat subuh, ngaji
8 am - sarapan
9 am - online
10 am - kuar keje
1.30pm - lunch, rehat, solat zohor
2.30 pm - mula keje balik
4.30 pm - solat asar, balik
6.30 pm - rehat dan cuci mata kat tv
7.30pm - mandi, solat magrib, ngaji, solat isyak
9pm - online
12am - tidur la

permulaan kejayaan - disiplin dan patuh pada jadual hidup seharian.
ok by today, i will.
azam tahun baru, patuh pd jadual waktu.

Wednesday, December 8, 2010

tips dari Irfan Khairi

Masalah Perfectionist dalam perniagaan
Oleh Irfan Khairi

Mungkin anda mengenali seorang yang "perfectionist" atau "mahukan kesempurnaan", iaitu, kalau nak melakukan apa-apa, perlu lakukannya 100% perfect. Mungkin juga anda adalah seorang perfectionist.

Masalahnya dengan perfectionist adalah, ianya akan mengambil masa yang lama untuk melakukan sesuatu, mungkin juga tak mulakan langsung. Kerana ingin menjadikannya 100% sempurna. All perfect.

perfect.jpg

Tidak salahnya menjadi perfectionist sekiranya terbukti ia telah banyak membantu anda. Tetapi, sekiranya menjadi seorang perfectionist hanya melewat-lewatkan sesuatu kerja, atau langsung tidak mulakan sesuatu perniagaan kerana nak pastikan semuanya PERFECT atau SEMPURNA, maka, di situ timbulnya masalah.

Saya ada mengenali seorang kawan saya ni, dari duluuuu lagi nak mulakan perniagaan. Tetapi, dari dulu sampai kini, masih mencari ilmu, masih research, masih survey... sampai makan masa bertahun-tahun tak mulakan perniagaan... sebab dengan alasan, tak cukup ilmu lagi untuk mulakan perniagaan. Dirinya inginkan ilmu sepenuhnya & sempurna sebelum mulakan perniagaan.

Pastinya itu adalah kesilapan yang besar, kerana ILMU tidak akan CUKUP. Kalau belajar ilmu baru, sudah tentunya ada lagi ilmu lain yang belum belajar.

Nasihat saya, tak perlu jadi seorang "perfectionist" sekiranya ia hanya melewatkan matlamat kita. Sesuatu yang sempurna bagi kita (contoh: produk) mungkin belum lagi sempurna untuk orang lain (contoh: pelanggan). Go ALL OUT sementara motivasi dan momentum anda miliki. Cari ilmu dan juga perbaiki perniagaan kita along the way. Tak perlu tunggu sampai segala-galanya 100% perfect
Mulakan sahaja langkah pertama anda dan lakukan konsep "Kaizen", di mana, setiap hari, setiap bulan, jadikan perniagaan, produk dan perkhidmatan lebih baik! Perbaiki dari masa ke semasa!
********
Sekiranya anda ingin memulakan langkah pertama dalam perniagaan Internet, sertai Irfan Khairi di acara gilang gemilang "Irfan Khairi 'Live': Revolusi Perniagaan Internet" yang akan diadakan pada tahun 2011. Klik poster di bawah untuk keterangan lanjut. Diskaun dan pemberian hebat untuk pendaftaran awal- sebelum anda terlepas!

motivasi pagi

Bila kita bangun dari tidur setiap hari, jadikanlah hidup kita lebih bermakna sebagai tanda kesyukuran kita terhadap Ilahi.

Kita semua mempunyai impian. Tetapi dalam menjadikannya realiti, kita perlu memiliki keazaman, dedikasi, disiplin dan usaha yang tinggi.

Usaha kita menentukan siapa kita sebagaimana kita menentukan apa yang kita usahakan.

Kita dicipta bukan mencipta

dari;
Dr Fazley
(abe lan)

Tuesday, December 7, 2010

bicara hati 4

salam maal hijrah - Tan Sri Dr. Zeti tokoh maalhijrah 1432

Y.M. Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz
- dilahirkan pada 27 Ogos 1947
- merupakan anak perempuan tunggal kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan Pn Sharifah Azah Aziz

- berkahwin dengan Dr Taufik Ayman dan dikurniakan 2 orang anak

- gabenor Bank Negara Malaysia dan merupakan gabenor wanita pertama di Malaysia

- beliau dilahirkan di JB dan menerima ijazah sarjana muda ekonomi pd tahun 1970 dan mendapat PHD pd tahun 1978

- beliau memulakan kerjaya sebagai Penyelidik ekonomi di Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran Bank Pusat Asia Tenggara (South-East Asia Central Bank Training & Research Centre) pada tahun 1979 hingga 1984. Kemudian beliau dilantik sebagai Penolong Pengurus Jabatan Ekonomi di Bank Negara Malaysia.

- beliau dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia selepas Datuk Ahmad Mohd Don mengundurkan diri pd tahun 1998.

- dan pada mei 2000 beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh dan wanita pertama dilantik dalam jawatan tersebut.

Pada 13 September 2010, Dr Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance. Ia berdasarkan faktor kawalan inflasi, sasaran pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang dan pengurusan kadar faedah.

7 Dec 2010, Dr Zeti di nobatkan sebagai tokoh maalhijrah 1432 pada sambutan awal muharam di PICC, tahniah buat gabenor bank kita. Pada usia 63 tahun, beliau masih lagi kelihatan tokoh berwibawa dengan wajah berseri-seri dan i admire her so much.

Salam Maal Hijrah 1432, semoga keazaman dan impian di tahun ini beroleh kemenangan dan kejayaan serta keberkatan dr Allah SWT, sama-samalah kita menuju kejayaan dunia dan akhirat

nota; tabik spring buat tan sri, sumber dr wikipedia.


Monday, December 6, 2010

doaku mlm ini

Rahmat dan sejahtera ke atas penghulu kami nabi Muhammad dan atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekelian.
Ya Allah, Engkaulah tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada, tiada permulaan. Kelebihan Mu maha besar dan kemurahanMu sangat-sangat di harapkan. Tibalah sudah tahun baru dan kami mohon kepadaMu agar terpelihara kami sekelian di dalam tahun baru ini dari tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat juga daripada kuncu-kuncu dan bala tenteranya. Dan kami mohon daripadaMu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (nafsu yang mendorong kepada kejahatan) dan kami mohon juga kepadaMU akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepadaMu. Ya Allah tuhan yang maha agung lagi mulia, Ya Allah, tuhan yang sebaik baik mengurniakan rahmat.

motivasi pagi

orang cemerlang sentiasa mencari hikmah atas setiap apa yang berlaku. orang cemerlang sentiasa redha dan bersyukur.
~ Dr Fadhilah Kamsah

catatan hati;
di saat redha dan syukurku, air mata kesal tumpah jua,
maka aku keliru, redhakah aku dan syukur kah aku,
pada kurniaMU,
apa itu redha,
apa itu syukur,
ya tuhan,berikan rasa syukur itu pada hambaMu ini,
redhakan aku meniti sinarMu.

aku tak ingin lelah lagi
Ya allah lindungi hambaMU ini .

Sunday, December 5, 2010

clear face bar (bar jerawat) - PRODUCT REVISION


highly anti bacteria
cleanses 3 times better than normal soap but gentle to skin
non drying, highly moisturizing
promote healing

sabun jerawat yang mujarab abad ini,
menghilangkan jerawat , whiteheads, blackheads
paling bagus untuk kes jerawat batu, yang bernanah semua tu
clear face bar akan cepat mengeringkan semua nanah nanah itu
jerawat yang merah merah tu akan cepat pudar

* bole didapati di semua farmasi dan klinik-klinik terpilih

doaku

Saturday, December 4, 2010

doa pagi

Ya Allah...kayakanlah daku dengan ilmu, hiasilah diriku dengan keindahan budi pekerti, muliakan daku dengan ketaqwaan dan baguskanlah diriku dengan kesihatan...

nota ; petikan dr FB sorg senior , Zurni Zainal Abidin

Friday, December 3, 2010

istimewanya hari jumaat


rahasia hari jumaat,

1. hari perkahwinan Nabi Adam alaihissalam dengan Siti Hawa

2. hari perkahwinan Nabi Yusof alaihissalam dengan Zulaikha

3. hari perkahwinan Nabi Musa alaihissalam dengan Shafrawa

4. hari perkahwinan Nabi Sulaiman alaihissalam dengan Balqis

5. hari perkahwinan Nabi Muhammad S.A.W dengan Saidatina Siti Khodijah

6. hari perkahwinan Rasulullah dengan Siti Aisyah

7. hari perkahwinan Syaidina Ali dengan Siti Fatimah



istimewanya hari jumaat , hari cuti di TRG
jom serang monsun cup

Thursday, December 2, 2010

mulakan hari dengan senyuman bak kata BA




Orang cemerlang sentiasa ceria dan bersemangat. Gunakan pelbagai kaedah bagi memastikan kita ceria dan bersemangat setiap hari ~ Dato Dr Fadhilah Kamsah

senyumlah pd diri sendiri bagi membangkitkan kecerian diri.

senyum lah senyum lah ahai cik mek molek

Wednesday, December 1, 2010

buat semua kawan blog ku

tips dari Irfan Khairi

Keistemewaan diri sendiri
  • Einstein was 4 years old before he could speak.
  • Iassc Newton did poorly in grade school and was considered "unpromising. "
  • When Thomas Edison was a youngster, his teacher told him he was too stupid to learn anything. He was counseled to go into a field where he might succeed by virtue of his pleasant personality. Thomas Edison adalah pencipta lampu mentol.
  • F.W. Woolworth got a job in a dry goods store when he was 21, but his boss would not permit him to wait on customers because he "didn't have enough sense to close a sale." Kini, Woolworth adalah pasaraya ternama di UK
  • Michael Jordan was cut from his high school basketball team.
  • A newspaper editor fired Walt Disney because he "lacked imagination and had no original ideas."
  • Winston Churchill failed the 6th grade and had to repeat it because he did not complete the tests that were required for promotion.
  • Babe Ruth struck out 1,300 times, a major league record. (Babe Ruth ketika itu adalah pemain baseball yang paling banyak melakukan home-run)

A person may make mistakes, but is not a failure until he or she starts blaming someone else. We must believe in ourselves, and somewhere along the road of life we will meet someone who sees greatness in us and lets us know it.

Kadangkala amat sukar untuk kita melihat keistimewaan yang ada pada diri sendiri. Selalunya, orang lain yang akan dapat melihat keistemewaan kita. Sama seperti anda sering melihat keistemewaan yang ada pada orang lain dan tidak pada anda.

Jangan segan bertanya dengan orang lain, rakan-rakan atau keluarga. Atau, anda juga boleh mendapatkan "hint" dari cara orang lain mendampingi anda. Dimanakah keistemewaan yang ada pada anda?


Salam hormat,

-Irfan Khairi
Kuala Lumpur
ps: Sertai saya di Facebook! http://www.facebook.com/irfankhairi.fb

http://www.youtube.com/irfanTV

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...