Sunday, October 31, 2010

mencari identiti blogger yang hilang

nak cari identiti la jugak sebab macam dah lama dah hilang, sibuk dgn kerja smpai diri sendiri dah tak kenal.....ini tugasan en wanzi, sahut la jugak....mcm best..

Once you have been tagged, you are supposed to write a note
with 25 random things, fact, habits, or goal about you.At the end, choose 25 people to be tagged.
You have to tagged the person who tagged you
If I tag you, its because i want to know more about you.

mingzhu - aima
1. suka sangat membaca, semua bahan bacaan
2. suka sangat koew tiew goreng dgn nasi goreng
3. minum pulak dgn ice lemon tea dan kopi O
4. minat giler dgn X5 tp x nak miliki
5. tabiat x bole nak ubah, cakap kuat, kuat kacap...haha
6. lorat gaduh, keje nak cepat je...haha..laju je, speed trap byk lagi belum bayar.
7. tak kisah la orang nak anggap pe, nak kata pe, yang penting sendiri keje sendiri cari duit.
8. benci dgn jiran yang tak tahu respect jiran, klu rasa alim, jgn ingat org jahil
9. misi terhebat, financially free by age 40
10.rasa macam tak bole hidup tanpa internet
11. pertama kali jatuh cinta dgn lagu indon iaitu pd lagu maha melihat tu la
12. selalu ketemu kwan2 yang baik2...yg tak baik tu mesti ada rasa cas -ve awal2
13. sejak keje dgn sebamed ni suka sgt guna liquid sebamed
14. masih ada dua belah nenek, nenek belah mak sporting abis, nenek belah ayah tak kenal pun.
15. nak jugak pelihara arnab, nak letak nama arnab jantan jeff dan arnab betina jess, tapi belum ada rezeki
16. suka sangat dengan air , almaklum la aquarius, tak dapat tgk air terjun, dapat tgk air hujan pun jadi la
18. sejak duk KT ni, pantai la tempat menenangkan jiwa,pantai tok jembal, pantai telipot, pantai airport, pantai batu buruk dan paling best pantai merang
19. nak sangat berjaya dalam bidang insuran, tapi ilmu belum di dada, kan ku cari lagi.
20. hari2 buka blog cmg, peminat fanatic dah ni, sbb first time buat roti guna resepi cmg jadi dan terpuji...hehe
21. masa duk shah alam,tak lekat kat rumah,merayap je,bila duk KT, terperap je...huhu
22. rindu kat adik2, syg kat ma
23. rindu kat arwah abah, 25 yrs meninggal ,
24. pengorbanan ibu tetap di hargai ke akhir hayat walau bgmn sekali keadaan
25. wah jd macam luahan hati dalam pengenalan diri, ayat akhir utk my identiti , i am who i am tercipta untuk menjadi umatNYA.

settle 25 dan tagged blk kpd wanzi....hehe, tak nak kpd org lain sbb kesian nnti depa nak cari 25 ayat identiti diri....


Friday, October 29, 2010

tazkirah jumaat - remaja

Nikmat di timpa kesakitan dan kepayahan

Selama ini kita hanya tahu nikmat itu ialah kesenangan, kekayaan, muda, sihat tubuh badan dan kebahagian yang semuanya menyenangkan hati kita. Dan bagaimana pula sakit dan kesusahan boleh menjadi nikmat?

Cuba kita lihat generasi beriman terdahulu, hidup dalam kesukaran dan kepayahan, merasai kelaparan, kemiskinan dan disakiti, dihalau, meninggalkan segala yang dicintai diseksa bahkan dibunuh. Tetapi mereka mempunyai keimanan yang kukuh, hati yang baik, bahasa serta ilmu yang luas, lahir dari jiwa nuraninya.

Banyak kita mendengar individu yang hidup susah lebih tabah dan berdaya saing dalam kehidupan mereka dan jika ditanya resepi kejayaan insan-insan mulia, sudah tentu hidup dalam kesusahan dan kemiskinan membuatkan mereka lebih bersungguh-sungguh, bersemangat dan banyak berdoa kepada Allah.

Biasanya jika ditimpa kesusahan dan kesakitan akan melahirkan doa yang penih keikhlasan dan pengharapan.

Kesakitan dan kepayahan adalah ujian. Ujian melatih sifat terpuji seperti sabar dan reda. Ujian juga mengajar kita merasai dunia hanya nikmat sementara, jadi dengan ujian kita makin dekat dengan Allah.

Ia menanam sikap supaya kita sentiasa berasa diri dalam keadaan berdosa. Sebab itu kita perlu sentiasa ingatkan Allah.

Sabda Nabi yang bermaksud " tidaklah seseorang mukmin ditimpa penyakit, bencana dan kesedihan sehingga berdukacita kecuali Allah menghapuskan dosa-dosanya ", (hadis riwayat Assyaikharani dan Tirmidzi).

Sekiranya kita sabar kita bukan saja hebat malah dosa digugurkan.

nota; nikmatnya di rasa bila susahnya kita.
sumber; tazkirah remaja, ustaz zawawi yusoh, metro jumaat 29 oct 10



khasiat kunyit

Kunyit bantu lawan kanser

Kunyit banyak kegunaannya dan sering dijadikan ubat untuk pelbagai jenis penyakit seperti diabetis melitus, usus, keputihan dan lain-lain. Dalam banyak manfaatnya, ia didapati mampu membantu melawan sel sel kanser yang resistan terhadap kimoterapi.
Kurkumin, iaitu ekstrak akar kunyit kerap digunakan untuk mengatasi sel sel yang kebal terhadap kimoterapi dengan memasukkannya ke dalam jaringan tumor kolektoral. Dimana ia juga dapat mengurangi jumlah sel kanser kebal yang boleh menyebabkan kanser tumbuh kembali.

Kunyit juga baik utk ,
1. mengecutkan rahim dan mencuci darah
2. melancarkan peredaran darah
3. merawat penyakit kulit
4. mengurangkan toksin hati
5. meningkatkan metabolisma
6. menyekat pembekuan darah yang bahaya
7. menguatkan pundi hempedu

dLL


Wednesday, October 27, 2010

bicara hati - aku lelah


seiring waktu berlalu
tangis tawa di nafasku
hitam putih di hidupku
jalani takdirku

tiada satu tersembunyi
tiada satu yang terlupa
segala apa yang terjadi
engkaulah saksinya

Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
padaMu hati bertobat

Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
padaMu semua bertekun

yang dicinta ’kan pergi
yang didamba ’kan hilang
hidup kan terus berjalan
meski penuh dengan tangisan

andai bisa ku mengulang
waktu hilang dan terbuang
andai bisa ku kembali
hapus semua pedih

andai mungkin aku bisa
kembali ulang segalanya
tapi hidup takkan bisa
meski dengan air mata


Lirik Opick feat Amanda - Maha Melihat

Monday, October 25, 2010

adik ipar Tony Blair masuk Islam

London : adik ipar bekas perdana menteri Britain, Tony Blair, wartawan dan penyiar , Lauren Booth, 43 mengumumkan memeluk islam 6 minggu lepas.

Lauren adik tiri kepada isteri Blair, Cherry, berkata beliau kini memakai hijab ketika keluar rumah, bersolat lima kali sehari dan pergi ke masjid setiap kali mempunyai kesempatan.


Saya tidak lagi makan daging babi atau minum arak. Saya juga membaca al-Quran setiap hari dan kini sudah sampai ke halaman 60. Sudah 45 hari saya tidak meneguk arak, paling lama dalam tempoh 25 tahun.

“Ajaibnya, sejak memeluk Islam saya langsung tidak teringin menyentuh arak, sedangkan sebelum ini saya akan minum sekurang-kurangnya dua gelas setiap hari,” katanya yang dipetik akhbar Daily Mail.

Lauren berkata beliau memperoleh ‘pengalaman suci’ ketika mengunjungi Masjid Fatimah al-Masumeh, yang menempatkan makam Fatimah al-Masumeh, adik Imam Reza, imam kelapan penganut Syiah daripada keturunan Saidina Ali, di Qom.

“Tiba-tiba saja saya berasa tenang dan gembira. Sejurus tiba di Britain, saya terus mengambil keputusan memeluk Islam,” katanya.
Mengenai kemungkinan untuk memakai burqa atau penutup muka, Lauren tidak menafikan akan berbuat demikian pada masa depan.

“Siapa tahu ke arah mana dan hala tuju mana Islam akan membawa saya seterusnya?” katanya.

Lauren sebelum ini diketahui sebagai seorang yang bersimpati dengan Islam dan menghabiskan banyak masa bertugas di Palestin.

“Saya kagum dengan keteguhan dan keindahan agama ini,” katanya apabila ditanya mengenai Islam.


nota; alhamdullillah hidayah milik lauren moga Allah tetapkan, kuatkan dan teguhkan iman. dia dan moga hidayah lauren ini membuka mata dunia
sumber; pic dr google , berita harian online


Sunday, October 24, 2010

happy besday TUANGKU

pic dr google

Sultan Haji Ahmad Shah ibni Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah

diputerakan pada 24 oct 1930 di Istana Mangga Tunggal, Pekan
merupakan sultan ke5 Pahang dan yang di pertuan agung ke7


DAULAT TUANGKU
HAPPY BESDAY TUANGKU

Hari ni hari keputeraan sultan Pahang, 24 oct
semalam majalah 3 memaparkan kisah sultan pahang,
hebat ngat, i like it,sultan berjiwa rakyat,
dan yang paling best sekali dalam majalah 3 semalam menceritakan bagaimana layanan Sultan Ahmad Shah kepada Nur Umaisarah Sameon yang sesat 19 hari kat gunung tahan tu, baginda sultan cakna sekali, sampaikan hari pertama kat spital tu di baginya 10 bungkus nasi lemak dan 10 bungkus nasi dagang utk cover 19 hari tak makan, kelakar pun ada....hehe

walaupun koi bukan orang pahang tapi kemakmuran pahang memang mengujakan,
pahang dekat di hati sbb nenek dan bapa saudara kesayangan ada kuantan

Saturday, October 23, 2010

wow ....sewa melambung naik

pic dr the star online

bahana pilihanraya, sewa rumah untuk sebulan yang biasanya rm700-rm800 menjadi rm6000 - rm10000, naik 1000% manakala bagi sewa bilik pula menjadi rm3000, ini la hakikat yang di gambarkan dlm the star hari ini di taman wangi dan taman kesedar jaya, gua musang.

pergh....agak - agak la....di mana ada peluang di situ la akan jadi satu kesempatan.
besar budget pilihanraya tu, sebuah rumah sepuluh ribu kalau 30 buah dah jd rm300k, jangan bazirkan wang rakyat, wang kompeni, wang anda utk perbelanjaan yang tak munasabah dan keterlaluan, mungkin ya jika tak punya pilihan tapi kita punya hak utk tak bagi peluang pd mereka2 yang ingin mengambil kesempatan, ya peluang tak selalu datang, tapi ingat, selama mana ia dapat bertahan....takde unsur riba ka situ?...buat khemah je la...hehe

nota; pesanan utk diri sendiri - jangan menangguk di air keruh kelak nanti bahana diri, dpt piranha
sumber; http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2010/10/23/central/7270581&sec=central

Friday, October 22, 2010

pagi jumaat yang indah

Mulakan harimu dengan dhuha dan akhiri dengan witir,...pesan nenek tercinta.

seperti hadis nabi ini,

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Abu Hurairah :Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, October 21, 2010

Wednesday, October 20, 2010

rahasia di sebalik warna kegemaran

Warna Biru
Jika kamu menyukai warna biru, kamu tergolong sebagai pemurung dan selalu bertindak pasif dalam banyak hal. Mendambakan ketenangan dan ketenteraman. Kamu selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan. Begitu juga dalam bercinta kerana kamu cenderung menyembunyikan perasaan.

Hijau
Warna kesukaan kamu hijau, maka kamu tergolong seseorang yang sangat romantik,
menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang nyaman. Kamu adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta kamu mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercayai.

Warna Kuning
Kesukaan kamu warna kuning menandakan bahawa kamu memiliki sifat optimis.Kamu seorang periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang muram. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri kamu,kerana menolong merupakan suatu kewajiban mutlak bagi kamu. Kamu orang yang tidak pernah meremehkan siapapun jua, walaupun seseorang itu lemah dan bodoh.

Warna Ungu
Jika warna Ungu (Violet) menjadi warna kegemaran kamu maka kamu adalah seseorang yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan kamu tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan kamu adalah yang terbaik. Kamu pandai mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang kuat mental yang dapat mendekati dan menjadi kekasih kamu.

Warna Putih
Jika kamu menyukai warna putih, maka kamu adalah orang yang dilahirkan ke dunia dengan sempurna, banyak orang mengagumi kamu kerana sifat anggun, sifat idealis dan moral kamu yang teramat tinggi. Tak pernah angkuh,senang menolong siapa saja yang memerlukan bantuan kamu.

Warna Hitam
Kamu sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Jika kamu berada dilingkungan yang tidak disukai, maka kamu akan menjadi murung. Kamu selalu tampil menarik dan rapi. Ramai orang cuba mengejar dan merebut cinta kamu

Warna Merah
Kamu seseorang yang sangat berwibawa. Walaupun sering kali bergaul dan bersosial dengan lawan jenis tapi kamu dapat menahan diri. Banyak orang meluahkan cinta, tapi kamu selalu berfikir dan berfikir lagi. Kamu termasuk golongan yang sukar jatuh cinta

nota; ku suka kolor purple, dulu suka kolor blue....hehe, dpt dr blog naqiah

jom lunch



amik bhn resepi kat cmg,

BAHAN SOS :-)
1 tin tomato jenis "plum", diramas hingga hancur
1/2 cawan sos tomato
3 batang sosej "Ayamas" berlada hitam, dipotong kecil
10 kuntum cendawan butang, dihiris
1 biji bawang besar, cincang halus
3 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 camca besar gula
1/2 camca teh garam (atau secukup rasa)
1 kiub ayam "MAGGI"
2 helai bay leaf
1/4 cawan minyak zaitun
1/2 cawan air

Monday, October 18, 2010

newsletter dr IK

Tip Pilihan: 5 tip kewangan dari Facebook Irfan Khairi
  1. Try to eat in, kurangkan makan di luar. selalunya kalau makan kat luar 3x ganda harga kosnya. Contoh, nak buat burger di rumah, kos hanya RM1.00. kalau beli kat gerai RM3.00. kalau pergi kerja bawa bekal, pergi keluar makan dulu siap2 di rumah, pergi mana saja, kalau makan luar cuba fikir kosnya adalah 1/3 dari harga. Amalkan tabiat berjimat- sikit2, lama2 jadi bukit ;)
  2. PERTAMA; harta kekayaan boleh melalaikan, menggelapkan hati dan jadikan seseorang itu sombong & riak. KEDUA; harta kekayaan boleh membantu mereka yang susah, membangunkan agama & negara, serta menjadikan kita lebih bersyukur dgn segala kurniaan-Nya. "HARTA" tidak salah. Tetapi, ianya adalah PILIHAN & KEPU...TUSAN manusia untuk tidak memilih yang PERTAMA dan memilih yg KEDUA!
  3. Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu pasti doa diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan / memutuskan hubungan keluarga. Jadi amalkan surah al-Waqiah. Riwayat Ibn Mardawaih: "Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu."
  4. Sebelum melaburkan atau menyimpan wang di mana-mana, pastikan kita tiada hutang seperti kad kredit. ini kerana, tiada gunanya melabur dan memperolehi katakan 10% dan pada waktu yang sama kita terpaksa membayar interest kad kredit 18%. budak-budak pun tahu kita sedang kerugian 8%. tak masuk akan bukan?
  5. Wang bukan segala-galanya. Tetapi, Kurangnya wang akan mengakibatkan stress yang tinggi. Kurangnya wang adalah antara sebab tertinggi berlaku perselisihan faham suami isteri. Kurangnya wang menyukarkan mendapat perubatan & pendidikan terbaik untuk keluarga. Walaupun wang bukan segala-galanya, tetapi wang ...adalah amat-amat penting dalam hidup!
Semoga dapat memanfaatkan anda!
http://www.facebook.com/irfankhairi.fb

Sunday, October 17, 2010

bicara hati 3

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud

Friday, October 15, 2010

kelebihan salam dan bersedekah

Salam adalah satu doa kesejahteraan dan keselamatan yang seharusnya dilafazkan ketika berjumpa sesama muslim dan hukum menjawabnya adalah wajib.

Salam dilihat sebagai satu kaedah bagaimana islam mementingkan gaya hidup yang harmoni berasaskan kebersamaan dan semangat ukhwah seperti pesanan Rasullah : 'apakah kamu mahu aku tunjukkan sesuatu apabila kamu lakukan kamu bersatu padu dan berkasih sayang iaitu sebarkan ucapan ASSALAMUALAIKUM sesama kamu'.

Oleh itu, amalan memberi salam adalah satu menifestasi ikatan ukhwah yang mana bukan saja mendapat pahala tetapi memberi impak positif dalam situasi kehidupan bersosial yang harmoni.

Begitu juga dalam amalan memberi sedekah, yang tidak saja berupa wang ringgit tetapi apa saja yang boleh mendatangkan manfaat kepada orang lain.

Seandainya kita mahu betul betul mewujudkan keterbilangan jati diri ummah, maka amalan bersedekah sewajarnya dijadikan budaya hidup.

Bersedekah akan mengikis segala karat tamak dan debu-debu hasad dengki

Ingat, peringatan Allah yang bermaksud: " Dan berbuatlah kebaikan semoga kamu berjaya " - ayat 77 surah Al Hajj.

nota; assalamualaikan pembuka bicaraku , ayat ayat ku sedekahku. - sumber; harian metro 15 oct 10. wasalam.

dari seorang teman


dapat dr wanzi - Realwanda2u
terima kasih bro,
nanti ku simpan dlm galeri ku,
moga2 harapan jadi kenyataan,
wanzi yang rajin menjengukku,
di realwanda2u byk ilmu,


Thursday, October 14, 2010

Wednesday, October 13, 2010

tips dari doktor yang baik hati

as a rep. ;
- servis monthly
- kira stock dulu, ringan tulang tolong lap2kn brg tu
- client card - record previous order, record moving stock
- sabar menanti, jika tak nak buang masa pergi tempat lain dulu dan datang lagi, datang lagi
- jika doktor takde, write down stock, bonusing, suggestion n phone tinggal kat meja doktor
- jgn ragu2 amik barang return, .

kerja kena jujur, rajin belajar, ambil iktibar.....doktor bukan test pesakit je, rep. pun doktor test...takde istilah chinese je bole buat sales, melayu pun bole....
terima kasih doktor - farmasi syaza, kemaman.

kita mesti berani kerna hidup tak pernah pasti pada segala kemungkinan

Monday, October 11, 2010

julia roberts

artis pujaan ku,

Julia Fiona Roberts,
lahir pd 28 oct 1967,
di Atlanta Georgia, U.S.,
graduate dr Smyrna's Campbell High School,


Isteri kpd Daniel Morder (kali ke 2),
dan sekarang mempunyai 2 anak lelaki dan seorang perempuan


pic dr filem Runaway Bride

filem yang di bintanginya,

Firehouse, Blood Red, Mystic Pizza, Satisfaction, Steel Magnolias, Flatliners,
Pretty Woman, Hook, Dying Young, Sleeping with the Enemy, The Player, The Pelican Brief, Prêt-à-Porter, I Love Trouble, Something to Talk About, Everyone Says I Love You, Michael Collins, Mary Reilly, Conspiracy Theory, My Best Friend's Wedding, Stepmom, Runaway Bride, Notting Hill, Erin Brockovich, Ocean's Eleven, America's Sweethearts, The Mexican, Confessions of a Dangerous Mind, Grand Champion, Full Frontal, Mona Lisa Smile, Ocean's Twelve, Closer, Charlotte's Web, Beslan: Three Days In September, Ant Bully, TheThe Ant Bully, Charlie Wilson's War, Fireflies in the Garden, Duplicity, Valentine's Day, Eat Pray Love, Larry Crowne

nota; senyuman yang menawan dan gaya yang sempoi memang idola ku, kan ku habisin satu persatu filemnya, maklumat dari wikipedia dan picture dr pakcik google.

Sunday, October 10, 2010

anti hair loss shampoo - PRODUCT REVISION

- reduces hair loss by activating scalp function
- NHE formula, gingko, phanthenol(cooling effect improve blood circulation)
- its stimulate blood circulation in the scalp to increase the supply of nutrient and oxygen
- protect against mechanical, chemical and clinatic stress
- everyday use

nota ; rambut gugur 100 helai sehari tu normal...anti hair loss shampoo bukan untuk mentidakkn keguguran tetapi adalah untuk generate new hair serta membaiki peredaran darah di kulit kepala bagi menguatkan akar rambut kita, bole didapati di semua farmasi dan klinik2 .

bicara hati 2

" nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya'' - marcus aurelius

Friday, October 8, 2010

Wednesday, October 6, 2010

How long can you freeze food?

When it comes to preparing healthy meals at home, don't underestimate the value of your freezer. A well-stocked freezer can save you a trip to the store when you're pressed for time, which could mean the difference between making dinner and ordering in. It also lets you save meals that you prepare in big batches ahead of time, take advantage of discounts at the grocery store, and keep food that might otherwise go to waste.

frozen fruit
(Photo: Derek E. Rothchild /
Getty Images)


Freezing is also an easy way to preserve local, in-season, fruits, and veggies that you buy at farmers markets or grow in your garden. If you want to eat delicious tomatoes in the dead of winter, for example, but are intimidated by canning, freezing is worth considering.

But just how long will that casserole or whole chicken last in the freezer? According to the Food Safety and Inspection Service, food stored in a freezer set at 0 degrees Fahrenheit will stay safe indefinitely. But that doesn't mean the taste and texture will remain the same.

Here is a guide to how long you can freeze foods before you sacrifice quality. Keep in mind that quality does deteriorate the longer food sits in your freezer, so aim to defrost sooner rather than later.

  • Bacon: 1 to 2 months
  • Breads: 2 to 3 months
  • Casseroles: 2 to 3 months
  • Cooked beef and pork: 2 to 3 months
  • Cooked poultry: 4 months
  • Cookie dough: 3 months
  • Fruit: 8 to 12 months
  • Frozen dinners: 3 to 4 months
  • Hot dogs: 1 to 2 months
  • Lunch meats: 1 to 2 months
  • Sausage: 1 to 2 months
  • Soups and stews: 2 to 3 months
  • Uncooked chicken (parts): 9 months
  • Uncooked chicken (whole): 1 year
  • Uncooked steaks, chops, or roasts: 4 to 12 months
  • Uncooked ground meat: 3 to 4 months
  • Vegetables: 8 to 12 months

Basic tips for freezing food:

  • Freeze foods as close to purchase (or harvest if you have a garden) as possible. The fresher food is when you freeze it, the better the quality when you defrost it.
  • While most foods can be frozen, there are some foods you should keep out of the freezer. Don't freeze canned foods or eggs in shells (which can crack and allow bacteria to enter). Technically you can freeze mayonnaise, cream sauce, and lettuce, but the quality takes a big hit. Here's a list of foods that don't freeze well with details on their condition after thawing.
  • Cool cooked foods down before freezing so they freeze faster, which helps preserve quality.
  • Packaging matters and varies depending on what you're freezing. If you choose glass over plastic containers, wrap, or bags, you'll need to make sure it's tempered so it doesn't break.
  • You can freeze meat in its original packaging, but if you want to store it for long periods of time, add an additional layer of packaging, such as plastic wrap or bags.
  • It's always a good idea to label items so you know what they are and how long they've been in the freezer.
  • Resist the temptation to defrost foods on your countertop. The three safest ways to thaw foods are in your fridge, in cold water, and in the microwave.

How to freeze fresh produce:

  • The key to freezing fresh fruit is to spread out the cleaned, dried, and prepared (cut up) pieces of fruit on cookie sheets. Once the individual pieces of fruit are frozen, you can combine and put in freezer bags. Some people prefer to pack fruits in sugar or sugar syrup to help preserve texture and flavor. The National Center for Home Food Preservation has tips on how to freeze specific fruits such as strawberries, tomatoes, peaches, and many more.
  • Vegetables usually need to be blanched (boiled or steamed for a short time) before freezing to maintain flavor, color, and texture. Blanching times vary depending on the vegetable. The National Center for Home Food Preservation has a chart with blanching times for everything from corn to collard greens and simple instructions for how to freeze a large variety of vegetables.
nota; petikan artikel kat yahoo yg di tulis oleh Lori Bongiorno

Tuesday, October 5, 2010

tips dari Irfan Khairi

bilakah waktu terbaik untuk memulakan perniagaan dan berhenti kerja makan gaji?


* Bila kita dah mempunyai simpanan sekurang-kurangnya untuk menampung 3 bulan hidup kita tanpa sebarang income masuk. Terbaik adalah simpanan 6 bulan. Sebabnya, bila mulakan perniagaan, bukannya terus start perniagaan terus akan dapat income… sering kali, ia mengambil masa sedikit untuk melihat income yang baik. Oleh itu, terbaik, sebelum berhenti kerja makan gaji dan punca pendapatan utama anda terhenti, pastikan anda mempunyai simpanan secukupnya untuk menampung 3-6 bulan hidup anda!

* Bila sudah ada pengalaman perniagaan. Sekiranya belum ada pengalaman langsung dalam sesuatu perniagaan itu, jangan terus quit kerja makan gaji dan lakukan perniagaan pula. Sebaiknya, test market dulu… sambil kerja, lakukan sedikit part time dalam perniagaan yang ingin di ceburi. Dalam erti kata lain, sekurang-kurangnya sebelum berhenti kerja makan gaji, dapatkan pengalaman walaupun part time perniagaan yang akan diceburi!

* Bila kita ada banyak ilmu dalam bidang tersebut. Jangan terus quit kerja dan memulakan perniagaan sekiranya kita masih lagi cetek dalam ilmu perniagaan tersebut. Banyak membaca buku2 ilmiah yang berkaitan dengan perniagaan tersebut, lakukan research online, bertanya pakar-pakar industri sekiranya ada yang tak faham, dapatkan mentor, hadiri majlis ilmu berkaitan dengan perniagaan tersebit dan sewaktu dengannya. Ilmu adalah amat penting dalam apa jua bidang. Termasuk bidang perniagaan yang anda ingin ceburi. Sememangnya ilmu kita dalam sesuatu bidang itu tidak akan lengkap, tetapi sekurang-kurangnya banyak ilmu mengenai sesuatu perniagaan itu kita telah pelajari.


-Irfan Khairi
Damansara, Kuala Lumpur
http://www.RahsiaInternet.com

janda baik

Nikmatnya
sudah lama teringin ke janda baik, pd 2/10/10 sempat singgh sekejap bersama seorang kawan yang snggup bawa masuk ke janda baik dr genting sempah, walau tak dapat mandi, celup kaki pun jadi, kan ku kunjungi lagi, memang mengasyikkan. Terima kasih buat kawan spesel tu sbb ikut kehendak ku....hehe
Janda Baik
airnya yang cetek, bersih, mendamaikan
mendapat nama dr dua versi cerita yang berbeza,

1. Pada satu ketika, tok batin orang asli, Batin Wok bertengkar dengan isterinya, Siah hingga menyebabkan mereka berpisah, namun tak sampai sebulan Siah balik semula ke rumah Batin Wok dan hidup bersama semula, rentetan itu org asli mengelar tanah berkenaan 'janda balik'. Baginda Sultan Abu Bakar, sultan ke-4 Pahang tertarik dengan kisah itu maka menukar nama tanah tersebut kepada Janda Baik.

2. Versi ke-2 mengatakan kawasan tersebut mendapat nama janda baik berikutan wujud seorang janda yang membantu merawat penduduk Pahang yang cedera setelah menyertai peperangan saudara di Selangor.

walau apa pun , namanya unik dan tempatnya menarik....teramat menarik.

Fakta Janda Baik
- dibuka secara rasmi pd 1932
- terletak kira-kira 36km dr KL dan 40km dr Bentong
- kedudukan kawasan di Banjaran Titiwangsa pd ketinggian 600 hgga 800 meter dr paras laut
- suhu mencecah 28'c pd siangnya dan 22'c pd malamnya
- menyimpan khazanah flora fauna, termasuk pokok bakau berusia 250 tahun
- mempunyai bbrp kg tradisional melayu iaitu, kg Sum sum, Ceringin, Chemporah, kg janda baik dan kg org asli semelai
- menjadi tempat pertemuan emapat aliran sungai utama iaitu Sg Benus, Sg Ceringin, Sg sum sum dan Sg Chemporah
- tanama halia dan pelancongan sumber utama penduduk janda baik
- lengkap dengan kemudahan asas, klinik, balai polis dan juga balai bomba.


nota; sumber fakta dan cerita dr metro ahad dan gambar dr google

Sunday, October 3, 2010

internet aktifkan otak warga berusia



kepada mereka yang sudah lanjut usia, jangan malu untuk mencuba gajet atau teknologi baru. Para saintis berpendapat, melakukan aktiviti yang paling mudah seperti melayari internet boleh menjadi kaedah paling berkesan untuk melatih dan menguatkan minda. sebuah kajian telah membuktikan warga tua yang biasa mencari maklumat dalam talian telah mengaktifkan bahagian saraf dan impuls penting di bahagian otaknya. Kajian itu menggunakan fungsi imbasan resonans magnetik (MRI). Penyelidik di Universiti California, Los Angelas telah membandingkan aktiviti di kalangan 24 orang dewasa yang sihat berusia 55 - 78 tahun. Mereka mendapati bahawa separuh daripada jumlah warga tua yang di uji itu menggunakan internet setiap , manakala separuh lagi tidak begitu mahir mengenainya. - petikan dr RAPI edisi 1 oct 10.

nota; belikan mak ayah komputer satu, .....berantu la rasanya.....hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...