Thursday, September 30, 2010

minyak masak recon dr restoren tak halal

Kegiatan syarikat kutip dari restoran bukan Islam untuk dijual semula dibongkar


MINYAK masak ‘recon’ diproses semula sebelum dijual.


SEREMBAN: Beberapa syarikat yang terbabit dalam pelupusan minyak masak terpakai dikesan terbabit dalam kegiatan memproses semula bahan itu termasuk yang dikutip dari restoran bukan Islam untuk dijual semula dalam pasaran.

Yayasan Alam Sekitar Tunku Syed Razman (YASTSR) yang terbabit secara langsung dalam bidang pemuliharaan alam sekitar mendakwa mereka sudah menjalankan siasatan berhubung perkara itu dan mempunyai bukti mengenainya.

Pengarah YASTSR, Hassahari Johari Mawi, berkata modus operandi syarikat terbabit yang mendakwa bergerak atas dasar membantu pihak berkuasa tempatan (PBT) mencegah pencemaran tetapi mengambil kesempatan tanpa disedari.

"Syarikat terbabit dipercayai menggunakan alasan membantu menyelesaikan masalah pencemaran tetapi sebaliknya membentuk bidang perniagaan baru iaitu mengumpulkan minyak masak terpakai daripada restoran atau kedai makan sebelum dibungkus semula dan dijual di pasaran.

"Yayasan sudah membuat siasatan dan mendapati mereka menyalahgunakan kebenaran PBT untuk mendapatkan minyak masak terpakai itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Berita Harian selepas menyampaikan taklimat kepada beberapa agensi kerajaan dan PBT mengenai peranan yang boleh dimainkan YASTSR dalam membantu menangani masalah itu.

Program berkenaan dirasmikan Penasihat YASTSR, Tunku Mohsinuddin Tunku Mohd Jamil yang juga seorang daripada Ahli Lembaga Pengarah YASTSR.
Hassahari berkata, pihaknya juga mempunyai bukti syarikat terbabit turut memaparkan logo PBT pada kenderaan yang mengumpul minyak masak dipercayai bagi melindungi kegiatan mereka.

"Malah, siasatan kami juga mendapati ada kakitangan PBT yang turut membantu dengan mengarahkan pengusaha restoran menjual minyak masak terpakai itu kepada wakil syarikat terbabit," dakwanya.

Beliau mendakwa, pihaknya difahamkan minyak masak terpakai itu dibeli pada harga antara RM1.30 hingga RM1.50 sekilogram.

Dakwanya, syarikat terbabit turut dikesan bekerjasama dengan kilang memproses minyak masak atau kilang yang memproses bahan mandian seperti syampu, sabun serta bahan kosmetik untuk menjalankan kegiatan itu.

"Kita kesal kerana minyak masak ‘recon’ ini turut mempunyai logo halal pada pek plastiknya dan dijual pada harga lebih murah kepada peniaga restoran, kedai makan dan peniaga pasar malam.

"Walaupun kegiatan ini belum berleluasa, ramai pengguna tidak menyedarinya dan apa yang membimbangkan ialah tahap ketulenan dan kesucian minyak berkenaan termasuk dari segi hukum syarak," katanya.

Hassahari berkata, YASTSR bercadang menjayakan kempen antiminyak masak terpakai ini dalam tempoh terdekat dan berharap mendapat sokongan padu daripada semua PBT serta jabatan yang berkaitan untuk bersama-sama menyekat kegiatan itu....selebihnya di sini

note; for my saving info, beware with cheaper cooking oil n kinda of soap juga cosmetic, bila manusia rakus mencari duit, halal haram, sensitiviti dan quality kat tapak kaki...menciknya...

sumber ; http://raider150.blogspot.com

Wednesday, September 29, 2010

tips dari Irfan Khairi

Tip Pilihan Irfan Khairi: Kongsi idea dan bebaskannya!

Ramai yang takut-takut memberitahu idea yang mereka miliki. Sebagai contoh, apabila terfikir idea yang hebat, idea tersebut di simpan- takut nanti orang lain curi pula idea kita.

Bukan mengatakan ia tidak pernah terjadi- memang ada kalanya sekiranya kita berkongsi idea yang hebat, orang lain akan ceduk idea kita dan kita tidak dapat apa apa.

Tapi benarkah kita tidak dapat apa-apa?

Sebenarnya, apabila kita membebaskan idea hebat kita kepada orang lain, kita akan menjadi lebih kreatif. Ini kerana, secara psikologi, ia memaksa kita untuk mencari idea yang lebih baik daripada idea asal tersebut. Ia juga memaksakan kita mengambil tindakan yang pantas untuk merealisasikan idea kita.

Dengan hanya menyimpan idea yang kita ada, kita bagaikan tidak mempunyai apa lagi dan idea tersebut adalah "reserve" terakhir yang kita miliki. Ini hanya menghalang diri kita untuk berkembang menjadi lebih maju.

Di FB saya, saya berkongsi banyak idea-idea tip motivasi & kewangan setiap hari. Alhamdulillah, makin banyak dikongsikan, makin banyak idea hendak di kongsikan!

*Jangan lupa sertai saya dan klik pada "LIKE" di Facebook! www.facebook.com/irfankhairi.fb

Monday, September 27, 2010

bila sakit gigi dan pentingnya penjagaan gigi

hari ni baru mampu senyum dgn puas sbb semalam sakitnya gigi,
gusi rasa macam di toreh2, nak bercakap pun sakit,
pantasnya semalam keje buat sikit je, balik umh cari ubat,
nasib baik ada minyak penawar hitam,
sapu kat gg dan gusi, kejapan hilang la,
adus, gusi ku dah teruk, gg depan dah longgar,
dah lama x jumpa doktor gg,
esok lusa kena g kat denstist ni

INFO SIHAT

Masalah oral yang umum


Plak dan kalkulus
Plak merupakan lapisan nipis dan melekit mengandungi bakteria yang sentiasa terbentuk di dalam mulut. Ianya lembut dan mudah dihilangkan dengan memberus gigi atau flos. Selepas makan, sisa makanan akan ditukarkan menjadi plak melalui tindakan penguraian bakteria. Jika dibiarkan, plak ini akan menebal dan bakteria akan membiak. Jika ia tidak dibersihkan dalam masa 24 jam, plak ini akan mula mengeras disebabkan enapan garam kalsium dari air liur dan membentuk kalkulus, ataupun tartar. Struktur enapan yang keras dan melekat kuat ini hanya dapat disingkirkan melalui pembersihan gigi oleh doktor iaitu "pengikisan".

Penyakit Periodontal
Penyebab etiologi utama bagi penyakit periodontal ialah pengumpulan plak bakteria. Apabila plak terbentuk di sepanjang permukaan gusi, ia akan menyebabkan gusi membengkak dan mudah berdarah. Ini dikenali sebagai gingivitis. Jika plak ini tidak disingkirkan, toksin akan menyebabkan gusi lekang dari gigi dan membentuk lekuk di antara gigi dan gusi. Jangkitan di bahagian ini akan memusnahkan gentian yang memegang gigi di tempatnya. Tulang penyokong gigi juga akan rosak. Keadaan ini dikenali sebagai periodontitis.

-petikan dr blog, http://www.sioloon.com
http://www.sioloon.com/informasi-isu-terkini-f157/penjagaan-gigi-dan-gusi-t9732.htm

PENGJAGAAN GIGI

Bagaimanakah cara memberus gigi dengan lebih berkesan?

Langkah-langkah berikut dapat membantu anda memberus gigi dengan lebih berkesan.

  • Letakkan berus gigi pada sudut 45-darjah di bahagian permukaan luar gigi. Berus perlahan-lahan dari atas ke bawah untuk gigi di rahang atas dan dari bawah ke atas untuk gigi di rahang bawah. Ulangi langkah yang sama untuk permukaan sebelah dalam gigi.

toothbrushing

2

  • Letakkan berus gigi di permukaan mengunyah dan berus dari depan ke belakang.

3

  • Sendengkan berus gigi di permukaan dalam gigi hadapan, dan berus dari atas ke bawah dengan menggunakan hujung berus gigi.

4

  • Untuk membersihkan permukaan celah gigi, gunakan berus gigi yang kecil (pembersih antara gigi);berus arah ke dalam dan ke luar.
  • Untuk membersihkan lidah, pegang berus gigi secara mendatar dan berus permukaan lidah dari arah ke belakang dan ke hadapan.

Petua memberus gigi

  • Berus semua permukaan gigi terutama di leher dan celah-celah gigi
  • Jangan berkongsi berus gigi
  • Gunakan ubat gigi yang mengandungi fluorida
  • Simpan berus gigi di tempat kering dan tidak bersentuhan antara satu sama lain untuk mengelak jangkitan

Menggunakan Flos

Menggunakan flos merupakan satu teknik membersih kekotoran yang terdapat di celah-celah gigi atau jejambat gigi dengan menggunakan sejenis benang atau pita khas yang dinamakan flos. Penggunaan flos dapat bersihkan permukaan gigi yang tidak dapat dicapai dengan berus gigi.

Mengapa menggunakan flos penting?

Penggunaan flos melengkapkan aktiviti pembersihan gigi. Ia dapat membuang sisa makanan dan plak gigi yang terlekat di celah-celah gigi yang tidak dapat dibersihkan semasa memberus gigi.

Jenis-jenis flos gigi

Terdapat beberapa jenis flos:

  • flos yang berlilin atau tanpa lilin
  • flos berperisa atau tidak berperisa
  • pita gigi
  • super flos

a

Semua jenis flos seperti di atas adalah berkesan sekiranya digunakan dengan betul.

Berapa kerapkah anda perlu menggunakan flos?

Bersih gigi menggunakan flos secara berkala sekurang-kurangnya sekali sehari terutamanya sebelum tidur.

Bagaimana cara menggunakan flos?

Langkah-langkah menggunakan flos yang disyorkan adalah seperti berikut:

  1. Flos yang berukuran lebih kurang 18 inci dililitkan di kedua-dua jari tengah. Pegang dan regangkan sebanyak satu inci di bahagian tengah.


flossing

  1. Gerakkan flos ke atas dan ke bawah perlahan-lahan di permukaan antara dua gigi. Flos tersebut perlu mendakap permukaan gigi.
  2. Jangan lupa membersih permukaan sisi gigi yang paling belakang.
  3. Jangan guna semula flos yang terpakai.


flossing



Berkumur-kumur

Latar belakang

w

Berkumur-kumur dapat membersihkan mulut kerana cecair yang digunakan dapat mengalir ke bahagian yang sukar dibersihkan seperti di celah-celah gigi.
Berkumur-kumur dengan bahan kumuran menambah keberkesanan memberus dan menggunakan flos. Walau bagaimanapun ia tidak menggantikan penggunaan berus gigi, flos dan dan ubat gigi.

Jenis bahan kumuran

Terdapat dua jenis bahan kumuran.

  • Bahan kumuran yang dapat menyegarkan bau nafas.
  • Bahan kumuran yang digunakan
    • untuk mencegah jangkitan (preventif)
    • mengubati penyakit (terapeutik).

Peringatan

wBahan kumuran boleh menyebabkan:

  • perubahan warna tampalan sewarna seperti tampalan komposit
  • rasa membakar dalam mulut
  • gangguan deria rasa
  • mulut kering

eBahan kumuran dapat menghindarkan atau menghilangkan nafas berbau tetapi ia tidak menghilangkan punca masalah tersebut

Bagaimana cara mengguna bahan kumuran?

Gunakan bahan kumuran seperti yang disyorkan oleh pengeluar. Baca label tertera.

-PETIKAN DR; http://www.infosihat.gov.my

Saturday, September 25, 2010

jalan menggapai ketenangan dan rahmat Allah

Ketenangan adalah salah satu kebutuhan pokok manusia. Untuk
memenuhi kebutuhan yang satu ini, ada yang dengan cara pergi ke
tempat-tempat yang indah dan tenang. Ada juga yang memakai cara
meditasi, relaksasi, therapi, bahkan ada yang menggunakan
obat-obatan. Cara manakah yang biasa anda pilih?

Bagi umat Islam, Rasulullah SAW telah membeberkan rahasia untuk
menggapai ketenangan yaitu dengan jalan menghadiri majelis ilmu
(pengajian dan sejenisnya). Dengan menghadiri majelis ilmu,
selain akan mendapatkan ketenangan dan bertambah wawasan, juga
akan mendapatkan rahmat dari Allah. Malaikat juga turut menjaga
kita, bahkan Allah sang Maha Tinggi merasa bangga hingga menyebut-
nyebut nama kita.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sdr/i sila semak hadits berikut:

“Tiada suatu kaum yang berkumpul di suatu tempat mempelajari/
membaca kitabNya (
Al Quran). Dan saling muthalaah diantara
mereka, kecuali ketenangan turun untuk mereka, mereka diliputi
rahmat, dan dijaga oleh para malaikat di sekelilingnya, dan Allah
menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat di sisiNya.”
(HR. Muslim)


Mari kita sempatkan untuk rutin mendatangi majelis ilmu.

nota; ketenangan adalah hak milik abadi yang boleh di perolehi dengan pelbagai cara, menuntut ilmu sama ada melalui buku atau majlis ilmu adalah ketenangan mutlak. Nota ini dari email uncle ben, bahasa indo sbb uncle ben ramai sedara kat sana...hehe.


Friday, September 24, 2010

sarapan pg jumaat 24 sept 2010

ketupat sotong

pergh pagi ni lepas ambil kak is yang baru smpai dari sungai petani, bawak p makan sarapan kat AZ selera timur, chabang 3, KT....jam menunjukkn kul sepuluh pagi, duduk2 je kat meja order roti telur dan kak is pelagi , cari nasi dagang la, konon nak makan makanan tradisi trg, tup2 haruman hidangan baru keluar memikat selera, tgk2 tuupat sotong.....sesambil tu aku perkenal la ketupat sotong ni kat kak is, mula2 amik sekor je bagi rasa,...dah abis sekor, tambah lagi dua dan sempat lg dia snap pic tu, sedap sgt la tu.....

ketupat sotong ni memang faveret ku , tambah yang nenek buat, sesiapa nak resepi kena minta ngan nenek la.....dalam sotong tu ada pulut, kuah manis, dua jenis, manis gula putih, manis gula melaka (org ganu kata niissang)...tapi yang AZ ni pun sedap bangat, so siapa teringin silalah ke AZ kat chabang 3 tu....(promote az tu)

Thursday, September 23, 2010

berakhirnya epilog syurga cinta


Di kesempatan ptg ini menonton tv3, menghayati episod akhir epilog syurga cinta , mia melalak2...ikhs, tahun ni award mmg kena bg kat mia la....ending yang rasa pengarah happy ending tp sebenarnya ending itu hanya ikut hati bukan ikut logik, ya jodoh tp setiap ketentuan Allah ada logiknya....tak best aa macam tu sepatutnya keputusan pilihan cikgu siti bukn mlm penikahan dia bersama ustaz ryan,....memalukan pengantin lelaki je, dlm cerita bole la cool cuba realiti hidup...xde nya mcm tu.....dan sememangnya tak secocok, dah tentu cikgu siti kena ngan ustaz ryan tu sbb sama2 usahakan teratak....dan irham yg memang dia kata dia kawin dgn Xerra so mcm mana lak lepaskan isteri dia pada orang lain ...ikhs....xerra dah mak mia, teruskn je idup dgn irham dan duk bandar, logik la, takkn lak irham nak pindah duk teratak teruskan apa yang cikgu siti dah buat tu....ooo..andaian sendiri, teratak tu ustaz ryan dan xerra la?...ikhs..x logik....dan cikgu siti mmg tak padan dgn irham...jgn mare cikgu siti....cinta pandang pertama? masa jumpa zaman kecik tu x nampak pun cinta so itu bukan cinta pandang pertama, jlnnya menunjukkan cikgu siti memuja baju itu menjdi cinta...haha.......cinta hindustan dah macam......

bila aku menjadi pengkritik, aku je betul,
hahaha
Align Center

panduan kewangan selepas raya dr IK

Hanya 2 cara sahaja yang kita boleh lakukan untuk stabilkan kewangan kita. iaitu:
  • Tambahkan simpanan (berjimat)
  • Tambahkan pendapatan
Untuk tambahkan simpanan atau berjimat, satu formula yang dikenali sebagai "Solusi 60%" boleh digunakan. Solusi 60% bermaksud:
  1. 60% dari pendapatan kita adalah untuk keperluan bulanan seperti membayar kereta, rumah, bill, makan minum dan sebagainya.
  2. 10% dari pendapatan adalah untuk simpanan jangka panjang
  3. 10% dari pendapatan adalah untuk simpanan jangka pendek
  4. 10% dari pendapatan adalah untuk simpanan hari tua/pencen.
  5. 10% dari pendapatan adalah untuk hiburan / perbelanjaan am
Selepas raya, sekiranya terdapat masalah yang sering dialami seperti penggunaan kad kredit meningkat, maka, perlu dilakukan simpanan kecemasan.Iaitu, masih menggunakan formula di atas, tetapi, ubahkan (3) & (4) iaitu simpanan jangka pendek dan simpanan hari tua kepada pembayaran kad kredit buat sementara waktu.
Dengan menggunakan solusi 60% ini, ia menjadi satu panduan untuk kita tambahkan simpanan kita dan kurangkan perbelanjaan secara terancang.
Sekiranya tiada ruang untuk kita menggunakan Solusi 60%, dan tiada ruang untuk kita menambahkan simpanan kita, maka, pilihan seterusnya adalah menambahkan pendapatan kita.
Semoga panduan ini dapat membantu kewangan anda,
Salam Syawal,
Damansara, Kuala Lumpur

Wednesday, September 22, 2010

honey apple3

Belek2 metro hari ni ternampak la iklan yg bermodelkn nabil, minuman kesihatan Honey Apple3, amende tu.....search engine menemukan ceritanya,...sememangnya apple adalah ejen pelawas yang amat baik maka bertepatan la dgn produk yg di promosikan nabil ini,

Satu minuman nutrien yang telah diterima umum sejak beberapa abad dahulu. Membantu badan kita untuk membakar makanan yang telah kita makan. Menukarkan makanan menjadi tenaga dan amat berkesan untuk kelangsingan badan. Keletihan boleh menyebabkan pengeluarkan asid laktik dan menjadikan bendalir badan kurang berasid. Pada masa yang sama ia juga bermanfaat untuk menyerikan kulit dan mengelakkan keletihan. Produk ini dapat menyediakan satu minuman aromatic yang tidak merosakkan perut-usus. Minumlah “HONEY APPLE 3” dengan kerap untuk mengekalkan kelangsingan badan dan kecantikkan diri disamping menjamin kesihatan.

Cuka epal adalah cairan hasil fermentasi buah epal segar. Mengandungi pectin, jenis serat larut air yang dapat mengikat kelebihan kolesterol dan logam berat dalam saluran usus dan membuangnya keluar.Sebagai info sahaja, kononnya orang mesir zaman dahulu memanfaatkan cuka epal untuk mengatasi masalah berat badan. Cuka epal juga telah digunakan semenjak ratusan tahun untuk mengurangi nyeri pada arthritis, mengubati sakit kerongkong, jerawat dan ganguan kulit yang lain, hipertansi, rambut berkelumumur, kulit terbakar “sun burn” dan peningkatan kadar kolesterol. Walaupun aroma dan rasanya masam, CUKA EPAL TIDAK MENINGKATKAN KEMASAMAN TUBUH. Dengan catatan, PRODUK HARUS DIBUAT SECARA ORGANIK DAN DIAMBIL DARI EPAL YANG DITANAM SECARA ORGANIK JUGA (tidak menggunakan baja dan racun kimia). Produk cuka epal organik sudah terbuktikan dan efektif, termasuk boleh diambil oleh kanak-kanak.


nota; bgus ni, esok kena p Giant survey rege, klu mampu milik rembat terus

sumber; harian metro dan www.honeyapple3.com

siapa sambut besday semalam

Walter Breuning, 114 tahun menyambut birthdaynya semalam. Dia yang merupakan the world oldest living man menurut guinees world record dilahirkan 21 sept 1896 di Melrose, Minnelsote.
Dia kini berada di retirement home di great falls, Montana.
Tidak mempunyai anak dan isterinya, Agnes telah meninggal pd 1957.

Dia merupakan celebriti di tempatnya, mempunyai peminat yang sanggup beratur panjang untuk menemuinya.

He said men and women may be able to enjoy life, but they can't be content without a belief or faith. His parting message to the crowd was one of tolerance.

"With all the hatred in this world, in this good world, let us be kind to one another," Breuning said

nota ; 1. mak wook di kuala berang pun lebih 100 tahun gak, maybe dia the oldest women pe, kena check ni
2. 21 sept jugak besday dybah n wak zul - moga suksess dn pnjang usia mcm breuning, if berfaedah...hehe

sumber ; yahoo.

Tuesday, September 21, 2010

newsletter dr IK

Bak kata pepatah cina;
Apa yang saya dengar, saya lupa
Apa yang saya lihat, saya ingat
Apa yang saya buat, saya faham!
~Confucious

Semoga pepatah ini menjadi ikutan dalam apa sahaja yang kita lakukan dalam mencari ilmu.
Sekiranya anda membaca buku, membaca sahaja tidak mencukupi, anda perlu lakukan apa yang di baca. Sekiranya anda berguru, mendengar sahaja tidak mencukupi, anda perlu praktikkan apa yang didengar. Dan sekiranya anda melihat idea-idea perniagaan yang menarik minat anda, jangan berlengah- anda perlu buat. Baru lah anda faham. ;)

Sunday, September 12, 2010

berita sedih di pg raya ke 3


nota; Sedihnya, ....menitik air mata ini, biar dia bukan ibuku jua bukan saudara maraku, tapi sedihku tetap bertamu, kejam nya manusia tak beriman.....ya Allah, matinya hambamu penuh siksa di bulan mulia adalah rahmatMU, tempatkan la roh mereka di sisi MU seperti mana mereka2 yang KAU muliakan.

betapa sedihnya, anak2 menunggu ibu , di saat org lain bercucuran airmata bermaafan bersama ibu, mereka berlinangan air mata dengan kehilangan ibu di hari raya.....

meratapi satu kehilangan adalah lumrahnya alam tapi kehilangan tragis di hari mulia adalah terlalu memilukan....tabahla wahai insan...

wahai manusia, berpada dlm amarahmu, bertindak dgn akal waras dan iman....harta dunia hanya pinjaman, kenapa kejam pd sesama insan, balasan tuhan seperti yang di janjikn,
moga Allah dapat beri hukuman setimpal pada manusia berhati binatang.....tak terlepas dari undang, baik undang2 dunia atau undang2 tuhan.

sumber; e-paper utusan malaysia

Thursday, September 9, 2010

Sunday, September 5, 2010

kad raya UNICEF



nota; ini kad raya yg ku dpt melalui email, satu2 kad raya yg dpt dlm inbox yahoo....dah takde kawan nak send kad raya tru email lagi ke?...ikhs...iyer...semua org sekrg lai senang bg kad raya tru fb je, satu kad raya kongsi rmai2, satu kad raya tagged semua kawan....ikhs....namun kad ini ku sayang dan sebb itu save kat blog...ada masa ku akan bercerita pasal unicef lak, tunjuk kad raya dlu....hehe....more about unicef kat sini www.unicef.org/malaysia

sumber; unicef, yahoo mail

Saturday, September 4, 2010

Friday, September 3, 2010

memotong kuku


Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

Hari sunatnya, isnin, khamis dan jumaat

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))


Dan Lagi,

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

nota; cincin di jari ikut muat je, kdg dah longgar jari manis ke jari telunjuk kadang dah ketat ke jari manis lagi....senang2 x payah pkai cincin tp menurut kat dr H.M tuah, cincin harus dipkai sebagai penyeri

sumber; facebook cik lor yg di createkn oleh yus fairus

Thursday, September 2, 2010

teman sejati

SIAPAKAH TEMAN SEJATI ANDA?

Sdr/i, siapakah teman sejati anda?
Teman masa lalu, teman sejuta kenangan pahit manis.
Sudahlah, itu telah berlalu…

Teman masa kini, paling berpengaruh terhadap kita saat ini.
Hati-hatilah!

Teman senang, itulah teman di padang golf dan di restoran.
Janganlah membuat lalai!

Teman susah, yang menengok anda ketika anda terkena musibah.
Bersyukurlah!

Teman waktu lapang, teman ngobrol, teman chating…
Kurangilah!

Teman waktu sempit, yang membantu saat anda sibuk.
Berterima kasihlah!

Teman sehat, teman anda saat ini. Pilihlah yang baik!

Teman sakit, yang datang dan memberi semangat ketika anda sakit.
Inilah teman yang baik.

Teman hidup adalah keluarga, suami/istri dan anak-anak… Bahagiakanlah!

Teman setelah mati, inilah amal kita… Perbanyaklah!

Diantara sepuluh teman, yang manakah teman sejati kita?

“Ada tiga perkara yang mengiringi mayat . Yaitu keluarga, harta
dan amalnya. Dua diantaranya pulang yakni keluarga dan hartanya.
Sedangkan yang setia mendampinginya satu, yakni amalnya.” (HR.
Bukhari-Muslim).

Subhanallah.., teman sejati kita ternyata adalah amal shaleh.
Teman untuk kebahagiaan abadi. Perbanyaklah… perbanyaklah,
mumpung masih ada kesempatan.

nota; teman sejati ku adalah aku
sumber; email uncle ben

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...