Saturday, August 28, 2010

air teh bunga - minuman feveret ramdhan ini

Sejarah

Pokok bunga kekwa ditanam di China sebagai pokok herba sejak abad ke-15 SM lagi. Nama Chu-Hsien, sebuah kota China yang kuno, bermaksud "kota bunga kekwa". Bunga ini diperkenalkan ke Jepun mungkin pada abad ke-8, dan Maharaja Jepun mengiktirafkan bunga ini sebagai mohornya. Terdapat juga "Perayaan Kebahagian" di Jepun yang meraikan bunga ini.

Bunga kekwa dibawa ke Dunia Barat pada abad ke-17. Bunga ini dinamakan oleh Carolus Linnaeus daripada awalan bahasa Greek, chrys-, yang bermaksud "keemasan" (warna bunga-bunga yang asal), dan -anthemon yang bermaksud "bunga".

Bunga kekwa juga digunakan sebagai lambang untuk bunga November.


Kegunaan

Penggunaan sebagai hiasan

Bunga-bunga kekwa yang moden jauh lebih menonjol berbanding saudara-saudara liarnya. Bunga-bunga ini mempunyai berbagai-bagai bentuk yang merupkan bunga daisi, perhiasan, pom-pom dan butang. Genus ini mengandungi banyak kacukan dan beribu-ribu kultivar yang diperkembangkan untuk tujuan hortikultur. Selain daripada kuning tradisi, warna-warna yang lain juga boleh didapati, seperti putih, unggu, dan merah. Kacukan yang paling penting ialah Chrysanthemum × morifolium (syn. C. × grandiflorum) yang diterbitkan terutamanya daripada C. indicum, tetapi juga melibatkan spesies-spesies yang lain.

Daun-daun pokok bunga kekwa juga kelihatan seakan-akan rumpai mugwort, saudara rapatnya (sehingga rumpai ini kekadang digelarkan 'pokok bunga kekwa liar'), dan oleh itu, tidak amat digemari oleh pekebun profesional. Dalam sebilangan negara di Eropah dan Jepun, bunga kekwa melambangkan kematian dan hanya digunakan untuk upacara pengebumian atau kubur. Di Amerika Syarikat, bunga ini biasanya diperlihatkan dengan positif dan riang.

Penggunaan untuk masak-memasak

Bunga-bunga kekwa sering kalinya dimasak dengan air untuk menghasilkan apa yang digelarkan sebagai "teh bunga kekwa" (, pinyin: jú huā chá, dalam bahasa Cina), sejenis minuman manis, di dalam sebilangan kawasan Asia. Teh bunga kekwa mempunyai banyak kegunaan perubatan, termasuk pemulihan daripada demam selesema.

Beberapa spesies Chrysanthemum coronarium (bahasa Inggeris: Garland Chrysanthemum) telah ditanam secara perdagangan di Asia Timur sebagai sayur-sayuran daun yang dikenali sebagai tung ho (bahasa Cina: 茼蒿; pinyin: tónghāo) atau shungiku (bahasa Jepun: 春菊[シュンギク]).

Di China, daun-daun kekwa dimasak secara mudah dengan bawang putih dan cili kering. Sayur kekwa yang telah dimasak mempunyai warna yang tua, tekstur yang padat dan bermusilaj, serta bau yang harum dan kompleks.

khasiat air teh bunga menurut MW,
- kurangkan keletihan mata
- rawat jangkitan kulit

Bunga kekwa mengandungi bahan anti keradangan, antibiotik dan anti demam. Ia juga mengandungi alkaloid, minyak meruap, seskuiterpan, flavonoid, adenin, colin, stakidrin, krisentemin dan vitamin B1 (tak fhm da)

Bunga kekwa adalah herba menyejukkan dan bagi mereka yang mengalami demam panas, panas badan, sakit telinga dan sakit tekak disyorkan untuk minum air teh bunga untuk melegakan masalah tersebut.

Air rebusan bunga kekwa boleh digunakan sebagai losyen mencuci kulit , merawat pelbagai jenis kulit seperti bisul, bengkak di leher akibat tibi. Bunga yang ditumbuk halus pula bole ditampal pada luka.

Wap dari bunga kekwa boleh digunakan untuk merawat mata yang sakit atau kabur. Bagi mereka yang bekerja mengadap komputer, boleh meminum air teh bunga yg direbus sendiri bagi mengurangkn kesan sampingan radiasi tahap rendah dari skrin komputer.

Air rebusan bunga kekwa boleh merawat hati yang lemah,membaiki daya penglihatan,merangsang pengedaran dan kualiti darah, masalah penghadaman, sistem saraf, haid, buta malam, menghalang rambut beruban,ubat bronkitis,reutisme, sakit kepala,selsema, pening kepala, telinga berdesing, tekanan darah tinggi dan sebagai tonik.

Pakar perubatan cina mengesyorkan meminum air teh bunga 3 kali sehari dgn dos 200ml setiap kali minum.

nota; banyak khasiat rupanya air teh bunga ni, pertama ramdhan tahun ni air teh bunga di bazar ramadhan astaka kemaman memikat selera dan sememangnya best giler, jika sebelum ni teh bunga yoes je jadi pilihan tapi sekarang air teh bunga bazar ramdhan jd taruhan...hehe

sumber; wikipedia , pic dr google

Thursday, August 26, 2010

hari ini milik anda


Jika kamu berada di pagi hari, janganlah menunggu sore tiba, hari inilah yang akan anda jalani, bukan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukannya, dan juga bukan hari esok yang belum tentu datang. Hari yang saat ini mataharinya menyinari anda, dan siangnya menyapa anda anda, inilah hari anda - La Tahzan.

dan persembahkan la sesuatu yg paling indah ,

1. ber istigfar atas semua dosa
2. ingatlah selalu kepadaNYA
3. bersiap siaplah untuk sebuah perjalanan alam keabdian
4. nikmatilah hari ini dengan segala kesenangan dan kebahagian
5. terimalah rezeki, isteri, suami, anak-anak, tugas-tugas, rumah, ilmu dan jabatan anda dengan penuh keridhaan.

Wednesday, August 25, 2010

maafkan la

makanan utk ilangkan stress

Papaya

Wouldn’t it be awesome if there was a magic nutrient that could stop the flow of stress hormones—the very hormones that make your body super efficient at storing fat calories? Wouldn’t you want to gobble that food up like crazy, especially if it tasted great? Half a medium papaya carries nearly 75 percent more vitamin C than an orange, and provides potent protection against stress. Researchers at the University of Alabama found 200 milligrams of vitamin C—about as much as you’ll find in one large papaya—twice a day nearly stopped the flow of stress hormones in rats. It should work for you, too.

Other smart sources of vitamin C: Red bell peppers, broccoli, oranges

Peppermint Tea
The mere scent of peppermint helps you focus and boosts performance, according to researchers. Another study discovered that peppermint tea makes drivers more alert and less anxious.

Other smart sources of peppermint: Peppermint candy and peppermint oil

Pumpkin Seeds
Pumpkin seeds are loaded with stress-busting potential thanks to high levels of magnesium. Only about 30 percent of us meet our daily magnesium requirements, placing the rest of us at a higher risk for stress symptoms such as headaches, anxiety, tension, fatigue, insomnia, nervousness and high blood pressure. (Basically we’re frayed wires, and magnesium is the electrical tape that can pull us back together.) A quarter cup of pumpkin seeds gives you half your day’s magnesium requirements.

Other smart sources of magnesium: Spinach, Swiss chard, black beans, soybeans, salmon

Avocados
The healthy fats buried in the avocado’s flesh make it an ideal choice when you’re craving something rich and creamy. The reasons? Monounsaturated (healthy) fatty acids, and potassium--both of which help combat high blood pressure. Avocado fat is 66 percent monounsaturated, and gram-for-gram, the green fruit has about 35 percent more potassium than a banana. Whip up a fresh guacamole or slice a few slivers over toast and top with fresh ground pepper.

Other smart sources of potassium: Squash, papaya, spinach, bananas, lentils



Salmon
Not only does omega-3 fat protect against heart disease and cognitive decline, but according to a study from Diabetes & Metabolism, the wonder fat is also responsible for maintaining healthy levels of cortisol. And what’s the world’s best source of omega-3s? Salmon. But there’s another trick in salmon’s arsenal—a sleep-promoting amino acid called tryptophan. One salmon filet has as much tryptophan as you need in an entire day, and if there’s one remedy for stress, it’s a good night of blissful Zs.

Other smart sources of omega-3 fats: Flaxseeds, walnuts, sardines, halibut
Other smart sources of tryptophan: Chicken, tuna, beef, soybeans


Almonds
The almond's first stress-buster is the aforementioned monounsaturated fats, but at risk of belaboring that point, let’s look at another almond-centered, mind-calming nutrient: vitamin E. In one study, Belgium researchers treated pigs with a variety of nutrients just before sticking them in a transportation simulator (basically a vibrating crate). After 2 hours of simulation, only those pigs treated with tryptophan and vitamin E had non-elevated levels of stress hormones. Almonds, thankfully, are loaded with vitamin E. To reach your day’s requirement from almonds alone, you need to eat about 40 to 50 nuts. Or you can mix them with other vitamin-E rich foods to save calories and add more dietary variety.

Other smart sources of vitamin E: Sunflower seeds, olives, spinach, papaya

Oatmeal
A biochemical effect of stress is a depleted stock of serotonin, the hormone that makes you feel cool, calm, and in control. One reliable strategy for boosting serotonin back to healthy levels is to increase your intake of carbohydrates. That said, scarfing down Ding Dongs and doughnuts isn’t a sustainable solution. Rather, to induce a steady flow of serotonin, aim to eat fiber-rich, whole-grain carbohydrates. The slower rate of digestion will keep seratonin production steady and prevent the blood sugar rollar-coaster that leads to mood swings and mindless eating.

nota; makan memang bole ilangkan stress
sumber; yahoo artikel

Tuesday, August 24, 2010

cobaan cobaan cobaan


Cobaan Itu Untuk Kebaikan

Jangan resah dengan musibah-musibah yang menimpa diri anda dan jangan mengeluh dengan kegetiran-kegetiran yang datang bertubi-tubi. Dalam hadis disebutkan, "sesungguhnya Allah jika mencintai sesuatu kaum, maka Dia akan mendatangkan cobaan kepada mereka.Dan barangsiapa rela dengan ujian itu, maka dia akan memperoleh kerelaan-NYA. Dan barangsiapa membencinya maka dia akan memperoleh kebencian-NYA


Sunday, August 22, 2010

tiga golongan pahala berpanjangan - minda lestari

Hadis sahih daripada Anas r.a menyebut bahawa Rasullah s.a.w bersabda:

" Ada tujuh pahala yang tetap diterima oleh seseorang itu apabila dia mati kelak, iaitu: Orang mendirikan masjid dan masjid itu terus digunakan oleh orang ramai sebagai tempat ibadah; orang mengalirkan air sungai selagi orang tetap menggunakannay; orang yang menulis mushaf selagi masih ada orang membacanya; orang menggali perigi selagi ada orang manfaatkanya; orang menanam tumbuhan selagi ada yang memakan buahnya sama ada binatang atau manusia; orang yang mengajarkan ilmunya selagi ilmu itu diamalkan oleh mereka mempelajarinya, dan orang meninggalkan anak soleh dan anak itu sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua orang tuanya."

Hadis ini menjelaskan 3 golongan manusia yang sentiasa mendapat pahala biarpun sudah meninggal dunia, iaitu golongan pertama adalah mereka yang membina rumah ibadah, golongan kedua adalah mereka yang membangunkan modal insan menerusi kepakaran dalam bidang penulisan dan pendidikan dan golongan ketiga adalah mereka yang melestarikan alam sekitar (memelihara sungai, sumber air dan tumbuhan). - MINDA LESTARI

nota; tulis blog adalah satu amalan mulia, menyampaikan ilmu...hee
sumber; MINDA LESTARI Pembangunan Negara dan Pemuliharaan Alam Sekita - Zaini Ujang

Friday, August 20, 2010

ayat kursi perisai paling mahal

Ayat Kursi..., tentu sudah hafal bukan?
Tapi, apakah anda selalu membacanya menjelang tidur? Nah, ini
barangkali hanya sebagian kecil saja yang melakukannya. Bagaimana
dengan anda sendiri?

Tahukah anda, bahwa membaca ayat kursi sebelum tidur itu sangat
penting? Ayat kursi itu sebuah perisai mahal untuk membentengi
diri saat kita tidur, yang seharusnya selalu kita pakai. Sebuah
kerugian yang amat besar jika ada perisai mahal, penting dan
gratis di depan mata, tapi kita tidak memakainya!

Dalam sebuah hadits yang panjang (HR Bukhari), disebutkan bahwa
dengan membaca ayat kursi sebelum tidur Allah akan menjagamu, dan
setan tidak akan menghampirimu sampai Subuh. [DR. Raghib
As-Sirjani, "Misteri Shalat Subuh"]

Mulai malam ini mari kita baca ayat kursi menjelang tidur.


iklan kuning ni selalu jadi penyeri ,
tapi bila nak jd BE ni,

apa2 pun ku sabar menanti,
hadiah nuffy ini

terima kasih buat nuffnang dan teman teman.

nota; en digi, sy pengguna digi sejak turun temurun, muda2 prepaid skrg postpaid dh...hehe

Thursday, August 19, 2010

wase nak makan kuih abok abok


ABUK-ABUK SAGU (Rossya)

Ingredients :


500 g sagoo
1/2 coconut ~ grated (just the white part)
1 cup palm sugar (gula Melaka) ~ cut to small pieces
salt to taste
banana leaves cut into the size of 3 inches x 3 inches and made into cones

Method :

1. Wash the sagoo and put through a strainer.
2. Mix well grated coconut and salt. Add in the sagoo and mix well.
3. Take one cone, put in a bit of the sagoo mix. Press slightly into the cone.
4. Add 1 teaspoon of the palm sugar on top.
5. Cover it with 2 tablespoons of sagoo mix.
6. Close the cone and slit with a toothpick.
7. Steam till done, about 8 to 10 minutes.

- sagu, kelapa, nissan, daun pisang
- basuh sagu, bg kembg sikit, masukkn berlapis dlm kon daun pisang n kukus....

nota; rindunya nak makan kuih ni, sbb susah nak dpat kat KT kena la cari resepi....bila nak buat ntah

sumber; http://mamafami.fotopages.com/?entry=1034813

sepetang di kuala terengganu pd 18 august 10

tiga kejadian yang memang mencuit hati

sehabis kerja petang semalam, masuk pusat bandar sebab nak g maybank, sampai depan maybank, pintu masuk atm tu, adala lelaki melayu ni, orgnya nampak mcm betul, tercegat depan betul, aku punya la tunggu ingat dia nak keluar, lambat la pulak, dia tunggu aku tolak pintu tu, berat pintu kaca tu, ok la, aku buka la, nak masuk tp dengan penuh kurang ajar, dia yang tak tunggu aku masuk dulu, nonong je keluar, sedangkan tangan aku masih lagi kat pemegang pintu tu, ceh...apa punya jantan,..melayu ortodhok....tunggu la aku masuk dulu..ikhs....geram...

keluar maybank, lalu depan bangunan umno, ada lak lelaki melayu macam tak betul, membebel sorang2, cuak lak, tgk dressing memang sah2 tak betul, serban kain pelikat, t-shirt, seluar pendek, ke hulu ke hilir, kejapnya dia berlari kejar seorang driver myvi tu, ...' minta singgit ,ko klu xbagi ke aku singgit, batal posa ko ' - ujar nya, lor minta duit lak, siap sound lagi tu...huhu..rmai la lelaki melayu x berapa betul kat KT ni.....

abis semua urusan, balik la, lepas traffic lite kat nak naik jambatan sultan mahmud, satu bmw putih wruxxxx ni dgn slownya tak tahu nak pegi ada kat depan keteku, aku pun bagi signal nak masuk kanan, dr side mirror ku memang lepas la klu masuk lane sebelah ni...masuk la, cit myvi silver ni bg hon lak, aku dh masuk , lepas, go on je la, dia bg hon lg sekali, lor pakcik lepas la, dia tekan minyak rapatkn kete ku konon nk suruh aku ketepi,..ikhs buta punya driber, kete bm sebelah tu tgh duk syp atas jln tu, nak suruh aku langgar bmw tu ka?.....signal belum padam lg tu....myvi silver TAV 5xxx, pakcik pakai kopiah dgn wife dia, ..ikhs pakcik sabau la ..sy bg signal, sy masuk sbb sy tgk pakcik pun terhegeh2....lelaki melayu orthodok sorang lagi ni,mentang2 aku pompuan siap hon la, klu jantan tu xdenya kau berani nak hon, dan klu jantan tu xdenya dia bg signal nak masuk lane pakcik......lepas tu siap potong rapat, and duk depan kiri kanan xbg laluan konon, aku pun nak cepat gak....ikhs.....

nota; i wont care if u drivin fast or slow but stay in right lane,....perangai driver kat KT, suka sgt duk lane kanan, bwk 40-50 kat lane kanan, lane kiri penuh ngan motor......kat KT bole bg anugerah, pemandu yang tak tahu guna jalan raya, ...

nota 2; luahan hati sbb dah tak tahan sgt, dgn sikap driver kat KT, dan segelintir lelaki melayu orthodok yg tak reti respect org lain

nota 3; kat KT juga rmai org lelaki melayu giler, minta duit sesuka hati, moga MBKT dapat selesaikn masalah ini .

mimpi buruk

RAHSIA MENANGANI MIMPI BURUKAlign Center
Sdr/i, pernah bermimpi buruk?
Apa yang anda lakukan? Ketahuilah, Allah telah membuka rahasia
penting dalam menangani mimpi buruk sebagaimna telah disampaikan
oleh rasul-Nya, dr Abu Qatadah, Nabi SAW, bersabda: ”Impian yang baik, berarti
dari Allah”, sedangkan yang buruk dari syetan, dan barang siapa
bermimpi seram yang tidak menyenangkan, maka hendaklah meniup ke
arah kiri 3x seraya berlindung kepada Allah (membaca A’UUDZU
BILLAAHI MINASY-SYAITHAANIR RAJIM / aku berlindung kepada Allah
dari godaan syetan yang terkutuk), pasti tiada membahayakan
dirinya” (HR Bukhari-Muslim).

Itulah petunjuk dari Allah sang Maha Mengetahui.

nota; mimpi buruk merosakkn malam indah, hee....mimpi kdg2 adalah petanda, mimpi juga kgd2 satu peristiwa yg berlaku dlm dunia nyata seharian, mimpi mungkin kenyataan.

sumber; email dr uncle ben.

Tuesday, August 17, 2010

amboi....


amboi posing habis askar isreal ni dengan tawanan palestin, ni picture profile FB Eden aberjil, memang melampau la, kebanggaan penindasan, hukuman tetap ada.

The comments by the woman and her friend in an exchange below one photograph suggested how casually the picture was treated, including jokes and sexual innuendoes.

"You're the sexiest like that," her friend wrote.

"I wonder if he's got Facebook!" the woman in the photograph responded. "I have to tag him in the picture!"


nota; membodohkan diri di FB menkantoikan diri sendiri, mcm video Dosa 24 jam di FB tu, http://www.salafus-sholih.blogspot.com

sumber; yahoo.


Sunday, August 15, 2010

jangan terlalu berani mencabar


Dr Mohd Ridhuan Tee Bin Abdullah @
Tee Chuan Seng,
Bangsa; Cina
Agama; Islam
Status; berkahwin dan mempunyai anak 5
Kelayakan;
BA(Hons)Political Science (UKM),
MA Strategic Studies (UKM),
PhD Politics and Government (UPM),
Dip. Islamic Studies (UIA)

Link, http://ridhuantee.blogspot.com

Tulisan Dr Ridhuan,

Utusan Malaysia , ahd 15 Ogos 2010 - jangan terlalu berani mencabar,

' ada orang di beri peluang tinggal di bumi bertuah tapi langsung tidak bersyukur, malah mempersendakan dan menghinakan kedudukan istimewa agama islam dan melayu sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan.'

' saya cadangkan mereka berhijrah ke negara lain jika negara ini sudah tidak ada lagi kebebasan baginya. Pergilah ke negara barat atau negara asal usulnya kerna di sana lebih banyak kebebasan untuk membina gereja lebih besar atau patung paling tinggi di dunia serta sekolah vernakular termasuk melakukan perbuatan sumbang seperti seks bebas.'

' cuba siasat silibus di negara cina dan india, adakah matapelajaran agama islam diberikan hak kepada minoriti umat islam cina di sana? sudah tentu tidak, malah di tindas. Umat islam di sana diam sahaja kerana mereka tahu itu bukan negara asal mereka.'

' kenapa mahu mempertikaikan bacaan doa dalam sebuah negara islam. Doa adalah amalan budaya melayu islam. Takkn kita mahu hapus budaya pribumi semata mahu merai org lain. Jika begitu, tukar malaysia jadi cinasia atau indiasia. Pelik sungguh spesies sebegini, tak habis habis cuba mencabar kedudukan islam dan pribumi.'

' tak cukupkah, beri betis nak paha.'

nota; pergh, tabik spring kat dr ridhuan, bangkitlah melayu, jgn meLAYU.....berkawan la tp jangan bersekongkol....

sumber; pic dr ridhuan tee dr blog dr ridhuan ,

nekbat


nekbat hanya sedap di makan pada bulan puasa je,
dan akan di jumpai dengan banyaknya di pasar pd bulan ramadhan ,
terutama pasar batu 6
nekbat ada dua jenis,
nekbat gandum dan nekbat beras,
nekbat gandum lebih kecil dan sedikit kekuningan, padat, tak kembang sgt
nekbat beras besar sikit lebih putih dan menurut makcik yang menjualnya, susah sikit nak jumpa,
regenya, nekbat gandum 7 ketul singgit,
nekbat beras 5 ketul singgit,
bila di sira, nekbat beras lagi kembang, berongga-rongga dgn besarnya,
sedap lagi nekbat gandum la.....


nota; nekbat sira kalu simpan kat peti ais, makan sejuk2 lagi best

sumber; pic dr pakcik google, hee

Saturday, August 14, 2010

terasa nak makan kerabu suun

resepi dan picture dr jurnal chef,

Bahan - bahannya

Suun 100 gram
Sotong 200 gram
Isi Kepah 100 gram
Daun Bawang 30 gram
Daun Sup 30 gram
Seleri 1 batang
Capcicum Merah 1 biji
Capcicum Hijau 1 biji
Air Limau Kasturi 200 gram
Sos Cili Thai 450 gram
Kicap Ikan 350 gram
Bunga Kantan 1 kuntum
Cili Padi 100 gram
Serai 2 batang

PERBANDINGAN

resepi copy dr saji online,

Bahan-bahan

15 ulas bawang kecil - hiris halus
3 lagu bawang besar - potong bulat
2 biji buah tomato - potong enam
2 paket suun - dicelur
15 biji cili padi - tumbuk
1 pokok daun bawang - hiris
1 pokok daun sup - hiris
2 batang serai - hiris
50 gm udang basah - buang kulitnya
2 ekor sotong - saiz besar dan potong bulat
1 bahagian dada ayam - cincang
5 biji limau nipis - perah airnya
2 sudu besar kicap cair
Garam dan gula secukup rasa

Cara Menyediakan:

1. Rebus ayam, udang dan sotong hingga masak. (Anda boleh menyimpan air rebusannya untuk dijadikan stok).

2. Suun yang telah dicelur dicampurkan dengan bahan-bahan di atas. Gaul hingga rata. Sekiranya terlalu kering, tambahkan sedikit air rebusan tadi.

3. Boleh dihidangkan begitu sahaja atau dijamu bersama nasi putih dan hidangan lain.

PERBANDINGAN

resepi dari che mat

BAHAN-BAHANNYA :-)
80 g soo hoon (yang kering), dikerat2
4 ekor sotong saiz sederhana besar
10 ekor udang sederhana besar
1 biji bawang besar, hiris halus
1 ulas bawang putih, cincang halus
5 biji cili padi, hiris halus
1 biji tomato, buang biji dan hiris
3 tangkai daun sup, hiris
5 -6 biji limau kasturi
Beberapa helai daun salad
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Soo hoon, direndam dalam air panas hingga lembut dan menjadi jernih. Toskan dan cuci bawah air mengalir. Biar kan kering dalam tapisan. Udang dibersihkan, buang urat dan celur sekejap. Sotong dipotong cuci bersih dan celur sekejap. Letak sedikit garam dalam air rebusan tadi. Tos dan sejukkan.
  2. Gaul kan semua bahan2 diatas kecuali garam, gula, jus limau kasturi dan daun salad. Tambah garam dan gula serta jus limau kasturi secukup rasa. Alas bekas hidangan dengan daun salad, letak kerabu tadi dan hidangkan segera.
nota; setelah di buat perbandingan, resepi che mat jadi pilihan, esok beli suun, ptg kacau...

sumber; dapur tanpa sempadan, jurnel chef, saji online

Friday, August 13, 2010

ramadhan


cerita ramadan; hari ini hari ke 3 berpuasa, macam macam rasa, dan bulan puasa la paling best, boleh makan sedap2, minum macam2 jenis air, hari ni hari pertama berbuka di rumah, hari pertama puasa berbuka di kemaman, air teh bunga dengan nasi lemak sambal sotong serta lepat pulut, hari ke2 berbuka di mesra mall, kertih, 100plus sebab nak ambil tenaga drive balik KT, makan tosei dgn keow tioew kantonis, ..pergh, bulan puasa banyak pilihan makanan....syoknya dan yang pastinya ari ni berbuka dengan ayam percik sbb kat dapur aroma kuah percik dah smpai bilik......huhu
maintain berat badan....hehe



Thursday, August 12, 2010

12 manfaat puasa

Dari sudut kesihatan, puasa dapat;

1. Bantu Pelangsingan - pada waktu berpuasa, tubuh akan menjalankan salah satu fungsinya iaitu autolysis dimana tubuh akan mencari tenaganya sendiri dari makanan yang tersimpan selama ini.

2. Bantu memudahkan proses detoks - tubuh kita akan berehat dan menjalankan penyingkiran toksin berlebihan melalui usus, hati, buah pinggang, paru2, kelenjar peluh dan kulit.

3. Bantu perbaiki kesuburan lelaki - cara yang amat berkesan utk menghasilkan benih dan pertumbuhan kesuburan.

4. Bantu memulihkan dan meningkatkan kesihatan badan - telah di amalkan oleh ahli falsafah lampau spt Socrates dan Plato juga Mahatma Ghandi .

5. Bantu memberi kesan positis untuk tubuh - meningkatkan tenaga dan memperbaiki waktu tidur untuk rasa lebih tenang.

6. Bantu rasa lebih muda - hormon HgH, sejenis hormon anti penuaan akan dirembeskan secara efektif semasa berpuasa.

7. Berlapar adalah ubat terbaik - doktor akan menasihatkan kita agar berlapar atau mengurangkan makan sebelum memberikan sebarang rawatan.

8. Bantu cergaskan otak - tenaga dan pengaliran darah akan tertumpu pd otak kerana pengurangan kerja penghadaman dan maka itu otak akan dpt bekerja dgn lancar .

9. Bantu buang racun perokok tegar - pengurangan rokok di siang hari bantu beban bahan racun dlm tubuh dan membolehkan badan melakukn pembersihan racun terkumpul secara maksimum.

10. Bantu kurangkan kolestrol - puasa dapat merendahkan gula dalam darah, kolestrol serta merendahkan tekanan darah sistolik.

11. Bantu menjadi lebih bijak - puasa mampu mempengaruhi darjah kecerdasan .

12. Bantu menguatkan memori - semasa kita berpuasa hormon opioids akan dirembeskan dgn lebih efektif dimana hormon ini berfungsi mempengaruhi tingkah laku manusia menjadi tenang dan ini membantu meningkatkan fokus dan produktiviti. Amalan membanyakkn bacaan al quran membantu meningkatkn daya ingatan.

nota; dengan berpuasa, badan memang akan lebih tenang sebab tak perlu fikir pasal makan lagi, cuma sahur dan berbuka sekadarnya.

sumber; majalah rapi 15july10.

Wednesday, August 11, 2010

nostalgia ramadhan - bersahur


Corn flakes are a popular breakfast cereal originally manufactured by Kellogg's through the treatment of corn (maize).

This idea for corn flakes began by accident when Dr. Kellogg and his brother, Will Keith Kellogg, left some cooked wheat to sit while they attended to some pressing matters at the sanitarium. When they returned, they found that the wheat had gone stale, but being on a strict budget, they decided to continue to process it by forcing it through rollers, hoping to obtain long sheets of the dough. To their surprise, what they found instead were flakes, which they toasted and served to their patients. This event occurred on August 8, 1894, and a patent for "Flaked Cereals and Process of Preparing Same" was filed on May 31, 1895, and issued on April 14, 1896, under the name Granose.
detail ada kat sini, http://en.wikipedia.org/wiki/Corn_flakes


bila tengok cornflakes teringat la nostalgia bersahur satu ketika dulu, waktu awal2 duk uitm tu, memang tak bole ku lupo.....masa tu arwah pakcik kesayanganku, ayah long masih ada, di sebabkan sikap cakna dia, bulan posa pertama aku kat asrama dia telah mengambil aku utk berpuasa di rumahnya pd ari mggu, pergh, x dpt nak bayangkan mcm mana sbb a.long ku ni kawin dengan mualaf, untie ku cina penang masuk islam, sepupu ku lifestyle dia mcm chinese la, dan hubungan kami memang x rapat, aku budak kg yang makan nasi je, mereka lak org KL yang aku bygkn posa atau x ntah....huhu, mula2 smpai taman melawati tu, program berbuka la, fuhh, penuh satu meja, makanan mcm2 tp yg pasti ayam panggang A1 mesti ada atas meja makan mereka, aku nak makan nasi tp nasi xde, ayam ni nak mkn ngan apa....huhu...makan ayam sajer....ok la, makan la tak berapa kenyang, mkn lak penuh protokol, x bole dgn tangan, sudu garfu sbb untie ni serius bgt...pergh.....lepas tu tido, kul lima pakcik gerak bangun sahur, aku pun segera ke meja makan , tara tara,kat meja ada cornflakes dengan susu dan telur rebus, takkn nak makan telur rebus saje kot, ikhs sahur tak bole ngan telur rebus nnti kentut2..ikhs, pakcik kata makan la cornflakes tu, maka sahur ku pagi tu dengan semangkuk cornflakes, x jumpa jugak nasinya...kali pertama sahur mcm gini, biasa klu kat kg tu cornflakes jumpanya utk buat biskut je, tak mewah utk makan sarapan,....dlm sejarah bersahur dgn semangkuk cornflakes, biasa sahur ku wajib nasi...dah berbuka sebelum tu tak jumpa nasi...
siang nya mrk semua tido smpai tengah hari, al maklumla ari mggu, aku yang di ajar tak tido lepas sahur2 terkebil2 sorang, x tahu nak buat pe, kul 9 perut dah keruk2...huhu, knp lapar ni, kul sepuluh aku dah kebulur, kul 12 dia orang bangun aku dh nak pengsan,..tahan, a.long tanya knp, aku ckp letih, lapar, lama tu baru dia perasan, dia tnya nak berbuka ke? ikhs, malu la..so aku bertahan juga smpai berbuka dgn keadaan mcm org tua yg tak berdaya, baring je kat sofa, kejap tido kat bilik kejap baring kat sofa, mereka lak cergas la sbb dh tgh hari baru bangun lepas tu ptg smbung tido...makruh tul posa ....tapi berjaya juga berbuka tepat waktunya, makan nasi la, dan sahur esoknya dengan nasi juga, nasi goreng ayam A1.
tu la nostalgia ramdhan ku, a.long pun dh xde,
al fatihah buat arwah a.long .


nota; makan sahur tu penting, tapi dh tue2 ni sahur dgn apa2 pun x kisah janji sahur, namun begitu, nasi mmg penting ....

sumber; wikipidie

Tuesday, August 10, 2010

subuh dan kelebihannya

KEUTAMAAN WAKTU SUBUH

Sdr/i Sahabat2
Waktu Subuh begitu amat dahsyat, sampai-sampai nilai shalat
sunnahnya saja lebih baik dari dunia dan segala isinya. “Shalat
sunah 2 raka’at sebelum shubuh lebih utama dibandingkan dengan
dunia seisinya” (HR. Muslim).

Kalau shalat sunnahnya saja sudah sedemikian dahsyat, lalu
bagaimana dengan shalat Subuhnya? Inilah jawabannya:

“Barangsiapa shalat Isya berjamaah, seolah-olah ia menegakkan
shalat separoh malam, dan barangsiapa shalat subuh berjamaah,
seolah-olah ia menegakkan shalat semalam suntuk.” (HR Muslim)

Pantaslah, bagi yang tahu hal ini mereka akan berusaha keras
mendatanginya (shalat Subuh berjamaah di masjid) dengan cara
apapun. “Tiada yang dirasa berat pelaksanaannya bagi orang
munafik, kecuali shalat Subuh dan Isya berjamaah, padahal kalau
mereka tahu pasti keagungan pahalanya, niscaya mereka bakal
mengikutinya sekalipun harus berjalan merangkak-rangkak. (HR
Bukhari-Muslim).

nota; solat subuh yang sempurna permulaan hari yang sempurna, tenang, teratur dan keje pun beres

sumber; email uncle ben

Monday, August 9, 2010

sujud dan kelebihannya


Subject: Keajaiban Sujud

Seorang doktor neurologi USA masuk Islam, karena kagum dengan
penemuannya: "Shalat dapat membuat otak jadi sehat"

Hasil penelitian:
Ditemukan beberapa urat saraf otak manusia yang tidak dimasuki
darah. Padahal, tiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup
agar otak dapat berfungsi lebih normal.
Darah tidak akan memasuki urat saraf tersebut melainkan ketika
seseorang melakukan shalat, saat sujud.

Jadi, barang siapa yang tidak menunaikan shalat maka otak tidak
dapat menerima darah yang cukup untuk berfungsi lebih normal. Oleh
karena itu terciptanya manusia ini sebenarnya adalah untuk
menganut agama Islam, karena sifat fitrah kejadiannya memang
telah dikaitkan oleh Allah dengan agamanya yang indah ini.
Subhanallah...

nota; kalau rasa pening tanpa sebab, cuba la buat senaman dgn gaya sujud atau rukuk di mana kita akan menundukkn kepala kita ke bawah, gaya senaman menurunkn kepala ke bawah baik untuk pengaliran darah ke otak, dan saliran oksigen .

sumber; email dr uncle ben, pic dr google

blogwalking



tadi tgh jln2 kat sini, http://tiefazatie.blogspot.com dapat la msg cmgini.

Your IP address 203.82.92.56 has been banned from this shoutbox.

Please try again later.

shoutmix bg msg gini, lor...nk blogwalking cmner gini, wa ni org jujur, jln2 cari kawan, cari info, cari bahan pastu tggl la jejak bg mengajak kawan2 dtg sini gak....huhu...takpe wa tak putus asa, jln2 lg, sejak pandai bw ni , ada masa nak bw je......

Sunday, August 8, 2010


Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya - Aristotle

Saturday, August 7, 2010

masalah tak fokus

Ramai menghadapi masalah tak fokus. Bererti, pada satu masa, macam-macam nak dibuatkan, sampai satu pun tak jalan. Masalah besar juga.

Ada laporan mengatakan manusia mempunyai 50,000 - 60,000 fikiran / thoughts perday. Oleh kerana terlalu banyak yang difikirkan dalam kepala kita, tu yang terjadinya terlalu banyak perkara kita hendak lakukan, kerana apa yang kita fikir, adalah apa yang kita akan buat. Dan bila terlalu banyak difikiran, maka, kita hilang fokus.

So nak buat macam mana?

Permudahkan hidup kita. Simplify your life. Gunakan kertas dan pen untuk menulis apa yang anda perlu lakukan hari ini. Aksi menulis apa yang kita hendak lakukan bagaikan mengeluarkan buah fikiran kita ke kertas- suatu yang berbentuk nyata, dan boleh dipegang.

Fokuskan kepada apa yang anda tulis sahaja. Pada kertas tersebut, sebolehnya hanya mengandungi 3 kerja besar yang perlu anda lakukan hari ini. 3 kerja sederhana dan 3 kerja kecil untuk hari ini.

Rancangkan dan jadualkan hari anda. Kerana 10 minit merancang hari akan menjimat berjam-jam hari anda oleh kerana anda melakukan perancangan untuk lebih fokus.

Ikhlas, -Dr Irfan Khairi
Kuala Lumpur


nota; buku catatan penting dlm kehidupan, utk catat idea yang terlintas, catat pekara atau tarikh penting, plan kegiatan harian, plan budget.....dn sekarang catat no kete yg x makan saman yang menyusahkan kita...hehe

sumber;email dr IK....

Friday, August 6, 2010

ramadhan yang kian hampir

ketibaan ramdhan menandakan terbukanya pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan. Kedatangan ramadhan ada keistimewaannya kerana dianjurkan ibadat solat terawih dan di wajibkan zakat fitrah.

Pekara sunat ketika berpuasa,
1. menyegerakan berbuka
2. berbuka dengan buah tamar atau juadah manis
3. membaca doa sekurang-kurangnya,

doaberbuka

4. melambatkan sahur
5. memperbanyakan zikir, selawat dan bacaan al quran serta amal kebajikan
6. sentiasa bersedekah kpd yg kurang bernasib baik
7. menjauhi percakapan yang sia-sia dan perbuatan yang tidak membawa manfaat
8. mandi junub awal, sebelum masuk waktu subuh.

nota; org yang berpuasa lebih di sayangi Allah...moga2 tahun ni x byk ari tggl puasa...hee

sumber; buku - Indahnya Hidup Bersyariat , Dato Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen

Thursday, August 5, 2010

khasiat daun sirih




Daun sirih banyak khasiatnya, yang paling utama adalah utk awet muda, pesanan Pakcik Deris (seorang pakcik kat klang) amalkan selalu minum air sireh rebus atau rendam macam teh tujuh helai sehari utk cuci darah dan awet muda. Cerita pasal daun sirih ni terkeluar selepas terbacanya di blog kak wana ni, seperti di bwh ni,


Berikut adalah antara khasiat-khasiat daun sirih..

1. Menghilangkan sakit tekak, bengkak dibahagian tekak dan batuk berkahak.

2. Sebagai bahan pencuci dibahagian vagina bagi merawatkan keputihan untuk wanita, menghilangkan bau, gatal-gatal atau dijangkiti bakteria.

3. Membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk ibu -ibu didalam pantang

4. Menghalang dan menghentikan dari berlakunya hidung berdarah.

5. Daun sireh mengandungi antiseptik yang dapat menghilangkan gatal - gatal kulit seperti kurap dan kayap.

6. Dapat menghilangkan bisa dan bengkak gigitan serangga dan tebuan.

7. Dapat menhilangkan atau meneutralkan bau badan, bau mulut, bau bahagian alat sulit yang tidak menyenangkan.

8. Dapat mengurangkan demam panas serta kembung bagi kanak-kanak.

9. Dapat menghilangkan sakit kepala, menghilangkan gatal dan kelemumur.

10. Dapat digunakan untuk kecantikkan seperti menghilangkan parut jerawat, jeragat, menegangkan kulit, mencerahkan kulit, melembabkan kulit, melebatkan bulu kening dan digunakan sebagai masker.

11. Dijadikan bahan pembalut untuk tangan terseliuh atau patah.

12. Merawat penyakit sendi dan bisa - bisa tulang.

13. Digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit resdung, penyakit malaria dan sakit mata.

Tuesday, August 3, 2010

pesanan seorang doktor


ari ni jurney ke kuala berang, destinasi pertama kat KB mestilah klinik sentosa, Dr Sukilan, tunggu lama dia sbb dia sdg borak dgn sorang rep....penat rasanya,
lepas tu masuk la, cancel order lama, buat order baru, tambah nilai, huh berbaloi tunggu, then chit chat dekat sejam, mcm2 pesanan, mcm2 cerita,
i'm a good listener, dia dah30yrs bukak clinic sentosa tu, sebelum ni kat specialist kat kota baru, dan byk2 clinic lagi la, dgn sungguh2 dia cerita dia keje non rest, mkn tidak, sbb dia bhgn operation, mmg komited, mmg aku respect la dgn cara keje dia, tp yg meninggal kesan, pesanan dia, dia minta sampaikan
buat ibu2 yg bakal bersalin;

1. jgn pantang makan
2. bykkn mkn protien
3.banyakkn minum susu
4.jgn pntang mcm org2 lama, mkn ikan kering je
5. pastikan beranak kat hospital
6. rawatan lepas bersalin penting
7. cepat2 dapatkn rawatan jika ada sebrg kesulitan
8. bertungku atau berbara tu kecutkn urat sbb tu org melayu cepat tua
9. tiru mcm org cina tu, mrk berpantang cara sihat

dia sedih dgn cara org melayu berpantang, dia jugak sedih dgn anak2 zmn sekarang,kesenangan hidup sekarang memualkn anak2 hidup dgn smbil lewa, x komited pd keje, masalah sosial, orang dulu2 hidup susah, maka tak kisah kena bersusah keje, 1 minit terlalu berharga bagi seorg doktor katanya, ia melibatkan satu nyawa.... bagi doktor sukilan, layanan untuk setiap pesakit perempuan macam mak sendiri, pesakit lelaki macam ayah dan abg sendiri, barulah melekat di hati, keje kena sungguh2 dan komited, buatla dgn kasih sayang dan keikhlasan.

satu jam celoteh dia, dgn english slang nya, dgn term medical nya, angguk2 mcm pokko angguk da, tabik spring kat Dr. Sukilan


Align Left
nota ; org yang jadi doktor ni memang special, pas ni nk g jenguk dr singa jap la...hehe

sumber pic ; google bukan pic dr. sukilan

confirm sensitive

very sensitif,
conpem la ni apa yg ex boss kata,
macam mn nk ilngkn kesensitiven ku ni,



nota; xde idea nk post, tp aplikasi ni nak save, ..
sumber; facebook, http://apps.facebook.com/bthmonth

Sunday, August 1, 2010

wanita anggun

WANITA ANGGUN :


Mereka ini lahir di bawah lambang
- Gemini (22 Mei - 21 Jun),
- Libra (24 September - 23 Oktober)
- Aquarius (21 Januari - 19 Februari).

* Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam
setiap aspek kehidupan.
* Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka
segalanya boleh dicapai.
* Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi
untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama
bersungguh-sungguh.
* Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai
keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
* sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk
berkonfrantasi.
* Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam
hati mereka.
* Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.


nota ; i am aquarius....hehe...bangga nye....anggun...

sumber; http://cahayawanita.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...