Saturday, July 31, 2010

Leftenan Adnan.

Lt. Adnan Saidi dilahirkan di Kampung Sungei Ramal, Kajang, Selangor pada tahun 1915. Adnan Saidi merupakan anak sulung dalam keluarganya. Adik-adiknya, Ahmad bin Saidi dan Amarullah bin Saidi juga merupakan anggota tentera. Ahmad Saidi terbunuh dalam pertempuran selepas dia memasuki angkatan laut pada tahun 1939. Kapalnya, HMS Pelanduk, ditenggelamkan oleh Jepun dalam pelayaran ke Australia. Adiknya yang termuda Amarullah Saidi terselamat dari peperangan dan sekarang bersara dan menetap di Kajang, Selangor.

Adnan Saidi menerima pendidikan di Pekan Sungei Ramal dalam aliran Inggeris. Dia merupakan pelajar yang rajin dan berjaya dalam pengajiannya. Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih dan mengajar (alma mater) selama lebih satu tahun. Adnan Saidi kemudiannya mengambil keputusan untuk memasuki tentera.

Pada tahun 1933, ketika berusia 18 tahun, Adnan Saidi memasuki Rejimen Askar Melayu (Malay Regiment). Setahun kemudian, dia terpilih sebagai rekrut terbaik. Pada tahun 1936, Adnan dilantik ke pangkat Sarjan – kenaikan pangkat yang pantas bagi seorang tentera muda. Pada tahun 1937, Adnan Saidi terpilih untuk mewakili platunnya dalam perbarisan memberi hormat di London bagi menyambut pertabalan Raja George VI. Tidak lama selepas itu, Adnan Saidi sekali lagi dinaikkan pangkat kepada Kompeni-Sarjan-Major dan dihantar ke Singapura untuk kursus latihan pegawai. Setelah menamatkan kursus sebagai Leftenan Muda, Adnan Saidi dilantik sebagai ketua Platun ke-7, Kompeni 'C' .


Sebagai ketua keluarga

Sekembalinya Lt. Adnan Saidi daripada London, dia berkahwin dengan seorang guru dikampungnya, Puan Sophia Pakih Muda dan mendapat tiga orang anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin (yang tinggal di Seremban dan Johor), dan seorang anak perempuan. Termuda di antara tiga beradik, bayi perempuannya meninggal sejurus selepas kejatuhan Singapura.

Pada akhir 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Singapura dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu.

Apabila berita peperangan Perang Dunia II semakin hampir, dan pihak Jepun bersedia untuk menjajah Singapura, Lt. Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang Ini merupakan masa yang getir bagi Lt. Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama.

Pertempuran di Bukit Candu

Pendaratan tentera Jepun di Malaya [Tanah Melayu](Malaysia) dan tindakan pantas tentera Jepun memaksa Tentera British berundur ke Singapura. Pertempuran-pertempuran akhir mempertahankan Singapura termasuk pertempuran di Pasir Panjang yang lebih dikenali sebagai Pertempuran Bukit Candu. Bukit Candu dinamakan sempena kilang memproses candu yang dahulunya terletak di kaki bukit tersebut.

Pertempuran sengit telah berlarutan beberapa hari sebelumnya. Tentera Jepun yang biasa bertempur dari ketumbukan Tentera ke 25 yang terkenal berjaya mengatasi kedudukan pertahanan strategik di Singapura. Bukit Candu menandakan sempadan pertahanan terakhir.

Pada awal petang 14 Februari, pihak Jepun melancarkan serangan berhelah. Daripada Jalan Pepys Road mendaki Pt.226, Adnan Saidi yang ketika itu berusia 27 tahun, memantau kontinjen "tentera Sikh" daripada Tentera British India (British-Indian Army) mara. Penglihatannya yang tajam dan kecerdasan fikirannya membolehkan Lt. Adnan perasan sesuatu tidak kena apabila menyedari tentera berturban yang mara itu bergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga seperti Tentera British. Menyedari helah tersebut, Lt. Adnan Saidi dan anak buahnya melepaskan tembakan dan berjaya membunuh sekitar 20 orang musuh pada jarak dekat, dengan itu memaksa tentera Jepun berundur.

Dua jam kemudian, tentera Jepun telah melancarkan serangan besar-besaran dalam bilangan yang besar. Serangan tersebut menumpaskan Lt. Adnan Saidi dan tenteranya. Dengan bilangan yang jauh lebih kecil dan kekurangan peluru, Regimen Melayu bertempur dalam pertempuran sehingga ke mati.

Kematian Pejuang

Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk bom tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan menggunakan bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh.

Korporal Yaakob, yang mendapat Pingat Keberanian Medal of Gallant, merupakan salah seorang daripada mereka yang terselamat dalam pertempuran Bukit Candu. Dalam kacau-bilau pertempuran, beliau yang cedera jatuh di atas mayat mereka yang terkorban. Beliau terselamat dengan berpura-pura mati disamping mayat rakannya dan melihat kematian mengerikan Adnan Saidi. Musuh yang menang berjaya menawan Lt. Adnan. Akibat perasaan dendam kerana keberaniannya melawan Jepun, ketua platun itu diseret sebelum diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan kakinya pada pokok ceri. Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah menikamnya dengan bayonet berkali-kali. Dalam kejadian lain disebut lehernya telah dikelar. Kejadian ini dilihat oleh Koperal Yaakob. Selepas pertempuran, pihak Jepun melarang sesiapapun menurunkan mayatnya untuk dikebumikan, dan tiada seorangpun yang berani. Malah menurut beberapa sumber, tubuh Lt. Adnan Saidi yang dicacatkan itu dibakar menjadi abu.

Beberapa tahun lalu, Haji Burhan Muslim, yang tinggal berhampiran Bukit Candu, teringat telah memanjat bukit dengan sepupunya beberapa hari selepas pertempuran tersebut. Dalam salah satu rumah banglo yang terdapat di bukit Lorong Pepys, dia melihat mayat askar Melayu yang dipancung merata-rata. Dalam salah satu bilik, terdapat mayat seorang tentera Melayu yang lehernya dikelar. Pakaian seragamnya basah dengan darah. Melihat kepada lencana yang terdapat pada pakaian seragamnya, Haji Burhan percaya bahawa dia adalah pegawai berpangkat. Dia percaya bahawa mayat tersebut mungkin mayat Lt. Adnan Saidi, (mungkin membuktikan mayat Lt. Adnan Saidi tidak dibakar).

Keberanian Lt. Adnan Saidi bersama kontinjen 42 orang anggota Askar Melayu yang telah bertempur mati-matian untuk mempertahankan permatang Pasir Panjang merupakan satu episod yang kini kekal dalam lipatan sejarah. Pertempuran sengit itu disebut khusus dalam perutusan Lt. General A. E. Percival berkenaan Pemerintahan Operasi Malaya dari tarikh Disember 1941 sehingga 15 Februari 1942:


nota : hari ini sambutan hari pahlawan, selamat hari pahlawan dan selamat berjuang buat semua para pahlawan negara, contohi semangat arwah Lt. Adnan Saidi , al Fatihah buat Lt Adnan Saidi. Jasamu di kenang, abadi sepanjang zaman.

sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Adnan_bin_Saidi

Wednesday, July 28, 2010

hukum berpuasa selepas nifsu sya'ban

Masih ramai kalangan awam yang keliru dengan hukum berpuasa selepas hari Nishfu Sya'baan (hari 15 Sya'baan). Ramai yang tidak tahu bahawa menurut qawl yang mu'tamad dalam Mazhab Syafi`i hukum berpuasa selepas Nishfu Sya'baan adalah HARAM DAN TIDAK SAH dengan beberapa pengecualian yang akan datang penjelasannya. Kekeliruan mungkin disebabkan mazhab-mazhab lain mempunyai pendapat yang berbeza dengan Mazhab Syafi`i berdasarkan kepada ijtihad mereka. Ulama Syafi`i mengistinbathkan pengharaman berpuasa tersebut berdasarkan beberapa dalil termasuklah hadits-hadits Junjungan Nabi SAW. Antaranya apa yang diriwayatkan dalam "Sunan at-Tirmidzi", juzuk 2, halaman 183, bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda sebagai berikut:-
"Telah diberitakan kepada kami oleh Qutaibah, telah diberitakan kepada kami oleh 'Abdul 'Aziiz bin Muhammad, daripada al-'Alaa` bin 'Abdur Rahman, daripada ayahnya, daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a. yang telah berkata: Telah bersabda Junjungan Rasulullah SAW: "Apabila tinggal baki separuh dari bulan Sya'baan, maka janganlah kamu berpuasa". Dan telah berkata Abu `Isa (yakni Imam at-Tirmidzi): "Hadits Abu Hurairah ini adalah hadits hasan shohih dan tiada kami ketahui akan dia melainkan dengan wajah (riwayat) ini atas lafaz ini.
Selain daripada hadits di atas, Imam Abu Daud turut meriwayatkan dalam sunannya sebagai berikut:-
Daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a. bahawasanya Junjungan Rasulullah SAW bersabda: "Apabila masuk separuh bulan Sya'baan, maka janganlah kamu berpuasa."

note: petikan dari http://jomfaham.blogspot.com/2009/08/puasa-selepas-nishfu.html

pergh nasib baik ari ni dah tak pose, baru fhm, nenek jgn posa lepas nifsu syaaban.

Tuesday, July 27, 2010

terima kasih kawan

buat semua kawan yang singgah sini,
terima kasih, singgah la lagi,
maaf la, den cukup letih dua 3 ari ni,
ilang idea, ilang semangat...
sekadar larat je....
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Monday, July 26, 2010

motivation note year 2008

Jan 08
Failures are divided into two groups : those who thought and never did, and those who did and never thought - John Charles Salak

Feb 08
Do not wait for extraordinary circumstances to do good; try to use ordinary situations - Jean Paul Richter

March 08
How we think shows through in how we act. Attitudes are mirrors of the mind. They reflect thinking. - David Joseph Schwartz

April 08
Every man is the architect of his own fortune - Sallust

May 08
Life belongs to the living, and he who lives must be prepared for changes. - Goethe

June 08
It is difficult to say what is impossible, for the dream of yesterday is the hope of today and the reality of tomorrow. - Robert H. Goddard
July 08
To be persuasive, we must be believable. To be believable, we must be credible.To be credible, we must be truthful. - Edward R. Murrow

August 08
It takes a great deal of elevation of thought to produce a very little elevation of life. - Ralph Waldo Emerson.

September 08
Little minds are tamed and subdued by misfortune; but great minds rise above them. - Washington Irving

October 08
Happiness doesn't depend upon who you are or what you have; it depends solely upon what you think. - Dale Carnegie

November 08
Energy and persistence conquer all things. - Benjamin Franklin

December 08
Our though is the key which unlocks the doors of the world. - Samuel McChord Crothers

Saturday, July 24, 2010

perkosa anak sendiri

KUALA LIPIS: Dia sudah ada empat isteri, namun seorang kontraktor layak digelar ‘bapa setan’ apabila tergamak menjadikan anak kandung hasil perkahwinan dengan isteri keduanya sebagai tempat memuaskan nafsu apabila memperkosa mangsa sejak berusia sembilan tahun di Kerambit, dekat sini. - harian metro 24 july 2010

bila iman tiada di dada, sorang bapa sanggup perkosa anak kandung sendiri, benih dia, tanggungjawab dia, di bawah jagaan dia, di saat anak gadis dahagakn kasih syg bapanya, tegar si bapa memberi trauma yg maha dashyat, dan kini nilai kemanusian dan kasih sayang kian terhakis, wahai ayah durjana kau lahirkan anakmu utk derita, bernafsukan syaitan berajakan iblis, walau kebenaran nya hanya Allah yang tahu tp aib telah terbuka dan setiap aturan adalah milik DIA, kewarasan dan iman pembendung segala. Tidak akan terbuka hijabnya manusia jika bukan kerna kesalahannya.

Friday, July 23, 2010

cosmo KT - kenangan semalam

staff marketing cosmo KT satu ketika dlu bersama bos, skrg tinggal bos dgn syikin je, along+fikri+lida+aku jd kenangan, tinggal syikin dan bos + dayah

dan semalam, 22 july 10 kami berkumpul di NR, meraikan perpisahan Koda juga meraikan am, IT exec cosmo , rugi bos xde.....bos meeting kat KL..

Koda - Pn Lyda, otai cosmo KT akhirnya tgglkn cosmo KT, berpindah ke KLMU, ikut suami tercinta, moga maju jaya dgn keluarga dn tpt baru,kim slm ngan Dato'

dayah muncul kembali berkhidmat bersma en syuk

dan kenangan bersama di cosmo KT ckup bermakna, teman gaduh, teman kerja, teman makan, teman sehati yg melalui liku bersma bos yg bersilih ganti dgn pelbagai pglmn dn pengajaran.

setahun di cosmo KT, peluang yang diberi adalah pengalaman mahal buatku,
di sini ku kenal erti sebuah pasukan dan kesabaran,
di sini juga ku kenal erti kekuasaan,

ku abadikn kenangan semlm sbg memori bersma kalian,
terima kasih kwn pd sebuah persahabatan,
terima kasih juga pd cosmopoint pd sebuah pengalaman

Tazkirah Di Hari Jumaat - kelebihan sya'ban

Amalan-Amalan Sunat Pada Bulan Sya‘ban

Keistimewaan bulan ini bahawa amalan seluruh manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala, maka sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan. Maka antara amalan yang digalakkan pada bulan Sya‘ban adalah:

1. Memperbanyak puasa sunat.- Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Sya‘ban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

2. Bertaubat dan beristiqhfar

3. Memperbanyak zikir dan berdoa-Ini bersesuaian dengan janji Allah Subhanahu wa Ta‘ala bahawa orang-orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah. Ini kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.

AMALAN PADA MALAM NISFU SYABAAN:

Selesai sembahyang Maghrib hendaklah dibaca YASIN. Dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan diluaskan Allah rezkinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya.

Pada malam Nisfu Sya'aban sangat baik dibanyakan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita.

(Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.

Memohon keampunan dua ibubapa,

Maksudnya: YA TUHANKU AMPUNILAH AKU DAN KEDUA IBUBAPAKU DAN RAHMATILAH DUANYA SEPERTIMANA MEREKA MENDIDIK AKU DI WAKTU KECIL.

Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang)

Maksudnya: AKU MOHON KEAMPUNAN ALLAH DAN AKU BERTAUBAT KEPADANYA.

Membaca: (beberapa kali - pahala seperti ibadat seribu tahun).

Maksudnya: TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN TIADA KAMI SEMBAH MELAINKAN DIANYA, DENGAN CARA IKHLAS KEPADANYA, LAGI TETAP TEGUH DI ATAS TAUHID, WALAU PUN MEMBENCI OLEH ORANG-ORANG KAFIR.

Membaca Al-Qur'an.

Membaca Tasbih: (Seratus kali tiap-tiap satu)

Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi.

Maksudnya: Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung.

Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar (Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong.

Membaca Solawat Atas Nabi: ( 10 atau 100 kali pagi dan petang )

--------------------

15hb syaaban 1431- 27 julai 2010

"sabda Rasullah SAW bermaksud. apabila tiba malam nisfu sya'ban, maka pada malam tersebut berjagalah kamu dengan mendirikan solat, beribadat dan berpuasa pada siangnya. Allah SWT berfirman, 'sesiapa yang meminta ampun maka AKU ampunkannya, mereka yang ditimpa bala bencana maka AKU lepaskan, mereka yang meminta rezeki AKU berikan rezekinya.' Sabda Rasullah SAW lagi, bahawa Allah SWT memerhatikan hamba-hambanya pd malam nisfu syaaban, maka diampunkan dosa sekelian makhluknya kecuali org yang menyekutukan Allah dan orang yang tidak mahu bercakap sesama saudaranya(sesama orang islam)" - hadis riwayat at Tarmizi dan Ibnu Majah.

Thursday, July 22, 2010

peanut butter dan cream crackers


What to Always Keep in Your Pantry
These items have lengthy expiration dates, so you can stash them away for long periods of time. Make a list of everything in your stockpile and check expiration dates every 6 to 12 months to keep things fresh. And don’t forget to have a can opener on hand at all times--all that food won’t be of any use if you can’t open it.

• Peanut butter
A great source of energy, peanut butter is chock-full of healthful fats and protein. Unless the jar indicates otherwise, you don’t have to refrigerate after opening.

• Whole-wheat crackers Crackers are a good replacement for bread and make a fine substitute in sandwiches. Due to their higher fat content, whole-wheat or whole-grain crackers have a shorter shelf life than their plain counterparts (check the box for expiration dates), but the extra fiber pays off when you’re particularly hungry. Consider vacuum-packing your crackers to prolong their freshness.

Nuts and trail mixes Stock up on these high-energy foods—they’re convenient for snacking and healthful. Look for vacuum-packed containers, which prevent the nuts from oxidizing and losing their freshness.

Cereal Choose multigrain cereals that are individually packaged so they don’t become stale after opening.

Granola bars and power bars Healthy and filling, these portable snacks usually stay fresh for at least six months. Plus, they’re an excellent source of carbohydrates. “You can get more energy from carbohydrates without [eating] tons of food,” Andress says.

Dried fruits, such as apricots and raisins In the absence of fresh fruit, these healthy snacks offer potassium and dietary fiber. “Dried fruits provide you with a significant amount of nutrients and calories,” Swanson says.

Canned tuna, salmon, chicken, or turkey Generally lasting at least two years in the pantry, canned meats provide essential protein. Vacuum-packed pouches have a shorter shelf life but will last at least six months, says Diane Van, manager of the USDA meat and poultry hotline.

• Canned vegetables
, such as green beans, carrots, and peas When the real deal isn’t an option, canned varieties can provide you with essential nutrients.

• Canned soups and chili Soups and chili can be eaten straight out of the can and provide a variety of nutrients. Look for low-sodium options.

Bottled water Try to stock at least a three-day supply--you need at least one gallon per person per day. “A normally active person should drink at least a half gallon of water each day,” Andress says. “The other half gallon is for adding to food and washing.”

• Sports drinks, such as Gatorade or Powerade The electrolytes and carbohydrates in these drinks will help you rehydrate and replenish fluid when water is scarce.

Powdered milk Almost all dairy products require refrigeration, so stock this substitute for an excellent source of calcium and vitamin D when fresh milk isn’t an option.

• Sugar, salt, and pepper If you have access to a propane or charcoal stove, you may be doing some cooking. A basic supply of seasonings and sweeteners will improve the flavor of your food, both fresh and packaged.

• Multivitamins Supplements will help replace the nutrients you would have consumed on a normal diet.

sumber ; yahoo

Wednesday, July 21, 2010

alamak

alamak pasni ilang ke background ku ini?
jangan, syg betul kat dia,
knp jd begini?
tcbotb knp?


Tuesday, July 20, 2010

20 julai - terengganu cuti

kenapa terengganu cuti ari ni?
tapi aku belasah cuti gak....
oooo,
hari keputeraan ke bawah D.Y.M.M. Sultan Trg

g jln2 kat Gong Kepas.....
ma yg paksa bwk dia ke umh adik angkatnya,
kak yah abg mad,
oooo,
ada agenda lain, nk ubatkn aku, sakit ke aku?

ari ni besday adik bongsu ku...
alif azwa ismail
adik bongsu, lelaki sorng,
wali tak keramat.

wish ur happiness

Monday, July 19, 2010

dari Parkcheek Chun Li

wow
terima kasih pakcik
tak tertulis amenda nk tulis sbb terharu ,
dis guy mmg cool, creatip,
mcm2 yg dia bebel, cerita peribadi, rencana yg menarik,
good in english, kreatif in picture,
can sing plak tu,
x jemu la menengok blog dia,
n de best his appreciation.

http://parkcheekentry.blogspot.com

Sunday, July 18, 2010

gambar dr seorang pro

pic cilup dr abg eq (dh minta kbnrn)

sajer wat penyeri my blog, mcm lukisan, mmg jahat pic ni....

' sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat ' - charles cahier

Friday, July 16, 2010

andy lau

A World Without Thieves
15 july 10 , tv2 10pm

hero n heroin - andy lau dan rene liu

cerita yang mengisahkan sepasang kekasih yg bekerjaya sebagai penyamun
merancang bersama merompak kereta BMW seorang pegawai berakhir dgn keinsafan kepada heroinnya bila menyedari dirinya hamil, bertaubat di sebuah tokong di mana titik pertemuan dgn dumbo(buruh binaan biara), perjalanan cerita bermula bila menaiki keretapi dimana dumbo yg ingin pulang ke kg halaman setelah berjaya mengumpul duit utk berumah tangga namun dumbo ni terlalu naif dn dunggu la, dia dgn bangga nya membuat pengumuman yg dia bwk duit yang banyak sedangkn dlm keretapi tersebut di penuhi penyamun2 , berserta juga dua pegawai perisik yng sedang menyiasat pasangan kekasih tersebut. Konflik cerita adalah berkait dgn menjaga duit si dumbo, yang akhirnya memisahkn pasangan tersebut , hero mati selepas berjaya mengambil semula duit dumbo yang di samun oleh penyamun kejam, dimana terdahulunya heroin berjaya melepaskn diri dari polis dan heronya berjuang mendapatkan duit dumbo namun, lehernya tersangkut pd penyangkut si penyamun kejam, Lai.

note : kisah dr novel karya Zhoa Bengfu, bole bg 4/5 la rating dia....rene liu mmg lawa, andy lau kurus

Monday, July 12, 2010

tips dari Irfan Khairi

Minda yang positif PASTI membawa kepada KEJAYAAN!

Kita tahu bahawa berfikir positif dalam apa sahaja adalah perkara yang akan membantu pencapaian kejayaan kita. Namun, seringkali fikiran negatif akan hadir dalam minda kita.

Disini ada satu latihan yang pasti akan membantu anda dalam berfikir positif.

Latihannya adalah, untuk 7 hari yang akan datang, paksa diri anda untuk berfikir dan bercakap mengenai perkara yang positif sahaja. Sekiranya perkara negatif terlintas, cepat-cepat ubahkannya menjadi positif.

Sekiranya anda berjaya dengan latihan ini selama 7 hari berturut-turut, anda akan dapati perubahan yang positif dalam cara pemikiran anda!

Adakah susah untuk berfikir positif setiap masa?

Terdapat dua jawapan- bagi mereka yang sudah biasa dengan berfikir positif, cabaran 7 hari ini akan kelihatan mudah. Bagi mereka yang sering diganggu fikiran negatif, akan mendapati cabaran 7 hari ini agak susah (ada sahaja fikiran negatif memasuki fikiran kita).

Cara pemikiran manusia sama ada positif atau negatif adalah satu tabiat (habit). Sekiranya anda sering berfikir positif, anda akan mengamalkan tabiat berfikir positif kebanyakan masa. Sekiranya anda sering berfikir negatif, tanpa anda sedar fikiran ini akan menjadi tabiat anda dan amat sukar anda menghindarinya.

Berfikir negatif akan selalu mengakibatkan kesedihan, kemurungan, bad mood, cepat marah dan hilang daya fokus kearah kejayaan.

Teruskan berfikir positif dan sekiranya fikiran negatif memasuki fikiran anda dalam masa 7 hari ini, cepat-cepat ubahkannya menjadi positif. Ini akan melatihkan anda mengamalkan tabiat/habit berfikir positif.

Berita baiknya adalah, berfikir dan berkelakuan positif adalah berjangkit! Anda akan dapat melihat perubahan mereka disekeliling anda. Kalau tak percaya, cuba test try!
-Dr Irfan Khairi

Friday, July 9, 2010

malam ni malam isra mi'raj

Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. yang menurut catatan sejarah terjadi pada tanggal 27 Rejab tahun kesebelas dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam.

Dikatakan penting kerana peristiwa bersejarah tersebut merupakan sebuah peristiwa luar biasa, sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tecantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'. Beberapa peristiwa yang terjadi selama Isra' berlangsung memberikan hikmah dan pelajaran yang sangat mendalam bagi Nabi Muhammad s.a.w. serta menjadi cermin bagi umat yang menjadi pengikutnya.

  1. Nabi memperoleh pelajaran tentang keadaan masa lalu dan masa yang akan datang yakni saat Jibril menyuruh beliau melakukan solat di Kota Thaibah (Madinah) dimana kelak Nabi akan berhijrah ke kota ini, di Thur Saina (Bukit Thursina), tempat Allah berfirman kepada Nabi Musa, serta di Bethelehem, tempat lahirnya Nabi Isa putera Maryam (Mary).
  2. Jibril juga mengajari Nabi bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan memberinya sebuah doa yang harus dibaca Nabi.
  3. Mengambil hikmah dari perjuangan seorang Muslimah sejati Siti Masyitoh dalam berjihad mempertahankan keyakinannya akan keesaan Allah.
  4. Mendapat pelajaran bagaimana akibatnya bagi orang-orang yang enggan solat, enggan berzakat, pemakan riba dan suka berbuat zina. Pengganggu jalan umum, pemimpin yang suka menumpuk-numpuk jabatan dan suka menjelek-jelekan orang lain.
  5. Gambaran umat yang terjebaknya dalam kemewahan dunia, perumpamaan umur dunia yang sudah tua, tamsil bermacam-macam minuman yang boleh dan tidak boleh (haram) diminum umat Nabi serta adanya pengakuan para nabi akan keberadaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin utama.

Dalam perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari lima puluh kali menjadi lima kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang harus dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.

Solat Tiang Agama

makna bacaan dalam solat

Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Thursday, July 8, 2010

nice painting - steve hanks



karya Steven Hanks
(siapa dia ni?...hehe)

'with ordinary talent and extraordinary perseverance, all things are attainable - Sir Thomas Foxwell Buxton'

Monday, July 5, 2010

hujung minggu di china..





sesaknya.....

'Bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan. Andai kaya lihat kepada yang papa. Andai papa, lihatlah kepada yang cacat & seterusnya.' - abe lan

Sunday, July 4, 2010

3 f's first giveway people

giveway dr ajjah, tarikh tutup esok, 5 julai 2010
stampnya cantik, utk join klik ajjah

antara hadiahnya,
nak nak nak

Saturday, July 3, 2010

pesanan pakcik berjanggut putih

Pesanan terbaik dari seorang rakan....

Assalamualaikum,

Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu.. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada

tiga
surah yang beliau 'pegang' betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua,

Surah Al-Ikhlas
. Surah ini, katanya, surah tauhid.
Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.


Ketiga, surah

Al-Kafirun
, kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.

Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar

'untukmu agamamu, untukku agamaku'
.
Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.


Pertama, kekuatan minda

Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.


Kedua, kekuatan hati

Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik...


Ketiga, kuat fizikal

Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya

.

Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut.
Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan..


Iqra'.....!


Take a break....... .meditate. ..3 minutes & calm your mind...
Recite 3x :

1. Katakanlah (wahai Muhammad); " (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. 'Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. "Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya".

Thursday, July 1, 2010

semalam, hari ini dan esok


Hidup ini ibarat ada 3 hari. Semalam sebagai pengalaman, hari ini untuk perancangan dan esok hanya menantikan jawapan. - abe lan -


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...