Wednesday, June 30, 2010

la tahzan...

ai
Orang Itu Dinilai dari Sifatnya yang Menonjol
Kebahagian anda adalah ketika sifat sifat baik yang ada dlm diri anda bisa mengalahkan dan lebih menonjol daripada yang buruk. Dengan itu anda akan mendapat pujian. Bahkan, yang tidak ada dalam diri anda pun akan dipuji atas nama anda. Dan masyarakat sekitar tidak akan pernah percaya bila benar anda punya sifat buruk. Air saja bole sudah mencapai dua kolah, bisa di sebut suci. Juga gunung, akan tetap disebut gunung meski kebatuannya tidak bertambah dan tidak pula berkurang.

Saya sering membaca serangan pedas yang di arahkan kpd Qasis ibn Ashim, seorang yang dikalangan arab dikenal sgt penyabar. Juga serangan yang ditujukan kepada keturunan Baramikah yang mulia, dan serangan yang di arahkan kpd Qutaibahibn Muslim, seorang panglima islam yang sgt terkenal. Namun ternyata semua kecaman dan hujatan itu tidak pernah diingat, tidak pernah dikutip, tidak pernah dipercaya kerana semua itu telah tenggelam di samudera.

Sebaliknya, dari membaca itu saya juga mendapatkn pujian dan pujaan yang ditujukan kepada al-Hajjaj, Abu Muslim al-Khurasani dan al-Hakim Biamrillah al-Ubaidi, namun semua pujian itu tidak pernah ada yang mengingatkannya, tidak pernah dikutip, dan tidak pernah ada yang mempercayainya. Semua pujian itu lenyap ditengah tumpukan kejahatannya, kekejamannya dan kesembronoannya. Maha Suci Allah Yang Maha Adil memperlakukan makhluk-NYA.

- petikan dr buku La Tahzan, ms:404
- di tujukn buat mr ben ,sesungguhnya anda adalah terbaik

Tuesday, June 29, 2010

peribahasa arab





Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan - peribahasa arab.

Monday, June 28, 2010

gurindam

Gurindam Rugilah Rugi

Rugilah rugi
yang bertambah umurnya tapi tidak bertambah jasanya
yang bertambah sihatnya tapi tidak bertambah usaha

Rugilah Rugi
yang bertambah dewasa tapi tidak bertambah akal
yang bertambah ilmunya tapi tidak bertambah amal

Rugilah Rugi
yang bertambah usia tapi tidak bertambah ibadat
yang bertambah dosa tapi tidak bertambah taubat

Rugilah Rugi
yang bertambah masa tapi masih tidak sempat
yang bertambah tenaga tapi masih tidak berbuat

Rugilah Rugi
yang bertambah harta tapi tidak berzakat
yang bertambah rezeki tapi tidak berkat

Rugilah Rugi
yang bertambah tua tapi tidak bertambah bijaksana
yang bertambah bijaksana tapi tidak pula memberi guna

Rugilah Rugi
yang bertambah diberi petunjuk tapi tidak bertambah kesedaran
yang bertambah diberi peringatan tapi tidak bertambah keinsafan

Rugilah Rugi
yang bertambah diberi pengalaman tapi tidak bertambah pengajaran
yang bertambah diberi ujian tapi tidak bertambah iman.

-EHSAN JAMALY, Tmn Desa Baru, Melaka.

Sunday, June 27, 2010

banyaknya.....kuek kuek kuek kuek....

-terasa mcm nk ternak itik aaa -

Di antara ribuan peluang dan kesempatan, di sana ada kejayaan, namun di kelilingi dgn kegagalan. Ambil kesempatan dan peluang tersebut, biarkan anda gagal dalam menemukan kejayaan tersebut - Dr fazly

-dr abe lan

Friday, June 25, 2010

mutiara doa


Doa pd waktu PAGI dan PETANG
"aku berlindung dengan kalimat kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan apa yang terjadi"

Doa ketika melihat LANGIT
"Wahai tuhan kami, tiadalah engkau menjadikan ini dengan percuma, aku akui kesucianMU, maka peliharalah kami dari azab neraka"

Doa ketika hendak MASUK RUMAH
"Wahai tuhanku bahawasanya aku memohon kepadaMU sebaik baik tempat masuk dan sebaik baik tempat keluar. Dengan nama ALLAH, kami masuk dan dengan nama ALLAH kami keluar. Dan kepada Allah kami menyerahkan diri"

Doa memohon KESABARAN
"Ya Allah, limpahkan la kesabaran ke atas kami dan tetapkanlah pendirian kami dan tolongla akan kami yang mengingkari"

Doa ketika KEHILANGAN BARANG
"Ya Allah, bahawasanya Engkau tuhan yang mengumpulkan manusia pada hari yang tidak dapat di ragui akan kedatangannya, bahawasanya Allah tiada sesekali menyalahi janji"

- harian metro 25/6/10

Wednesday, June 23, 2010

my readingstorebysuhaila-first giveaway

'Create

sebuah blog yang mempromosikan buku buku koleksi peribadinya,
buku buku terpakai yang di jual dengan harga berpatutan,
pemiliknya yang baik hati dalam mood promotion,
bermurah hati memberi lucky draw,
lets join da GA as below adds,

http://myreadingstorebysuhaila.blogspot.com/2010/06/myreadingstorebysuhaila-first-giveaway.html

pagi ni bersarapan dengan sukun goreng



pg bersarapan dengan sukun goreng celup tepung,
sedapnya, abis sepiring, cicah sos tomato,
nak buat smbal kicap mcm dlm blog CMG tu malas lak,
hehe...
sesungguhnya sukun adalah sesedapnya buah,
petang semalam, mak buat pengat sukun,
buat hidangan berbuka puasa untuk nenek,
lebihannya pg ni gorengla,

sukun yg bahasa scientific dn englishnya,
ialah bread fruit (dlm FV ada breadfruit)
merupakan sumber kaborhidrat yang penting,
baik untuk melindungi jantung,
mampu menurunkan kadar kolestrol dlm darah

NisaChoc Giveway !

i am chocolate lover,
with nice blog n nice heart nisa give away
join, klick nisa

Monday, June 21, 2010

nilainya seposen

bila dah banyak syiling,
so bayarla parking dgn stok syiling yg byk,
seposen je, ada 10keping seposen,
masuk semua kat meter,
tgk2 dh sejam masanya jd
budget masa utk urusan dekat setgh jam
rupanya setgh minit,
lor seposen yg byk tu derma kat MPK,
ikhs, baru terasa rugi,
seposen kalu masuk tabung,
byk jugak tu,
lama2 jd seposen bole jd seratus
mulai ari ni seposen akan ku nilai...

Tidak ada keberhasilan tanpa tindakan. Tidak akan ada tindakan tanpa keberanian jadi tidak akan ada keberhasilan tanpa keberanian. Kejayaan sejalan dgn keberanian
- abe lan

Friday, June 18, 2010

arghhh tension

arghhh tensionnya.....
sebabnya, ada dua sepupu yang nakal,
bawak balik sepupu yg pandai cakap cina,
dah la kurang tatasusila,
cakap banyak, komplen banyak,
makan banyak, banyak songeh sungguh
ngumpat berdua dlm mandarin lak tu,
hangin betul sesmbil mkn sok sek dlm bhs cina,
ngutuk la tu, dh bg warnin pun x mkn smn,
nak je balun budak berdua ni,
tapinya anak sedara kesayangan bonda,
makan hati tul la dgn berdua ni,
klu kecik2 bole terima,
ni sorang pompuan 17thn, sorang lelaki 12thn,
last2 aku yg tension....
nnti la kau berdua, aku nak amik kelas mandarin,
tapi bukan sbb nak berlawan ckp,
tpnya sbb aku nok g beijing..
hehehehe


pic dr FFO -yahoo


Wednesday, June 16, 2010

bila dh kena outstation, ....

nyandar keletihan,
bila dah kena outstation,
nak buka blog pun x sempat
dh la hobinya baca blog org lain,
dlm lalok2 pun baca gok
mggu ni letih ler,
dungun-paka-kertih,

namun berblog dah jadi satu hobi,
walau letih mana, ku kelih gak walau seminit
pg sempat lagi post entry sebelum ke paka
wei dh lambat ni...haha...

apa yang best berblog ni?
1. bole tulis mcm2
2. jumpa kwan baru
3. dapat ilmu dn pengetahuan
4. dapat tgk pic yg best2
5. hobi membaca bukn setakat pd buku
kat blog pun membaca


Monday, June 14, 2010

cerita dari GAZA

From: Nurulshahidah Bt Johaniz (FIN/PGB) Sent: Tuesday, 01 June, 2010 9:22 AMSubject: FW: Tolong sebarkan.Moga Allah sahaja yang balas jasa baik kalian..

Celakalah Israel laknatullah….

Dari rantaian e-mail….

Salam,
Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi: Mesir
Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid.
Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran...
"Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.
Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine …
Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!!
Memang sekutu kuat Amerika and Israel .
(Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)
Gaza ( Palestine )
Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino!
Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni).
Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.
Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu..
Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….)
Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..
Hamas
Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime.
Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu!
Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.
Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!!
Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.
Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga..
Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT.
Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..
Israel
Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh.
Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.
Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan.
Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...
Rakyat Palestine
Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan.
Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!
Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de.
Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!
Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ...sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah.
Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.
Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .
So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..
Wasalam.

dr email pok nuar

Sunday, June 13, 2010

visit your homepage????????


with ordinary talent and extraordinary perseverance, all things are attainable.

Sir Thomas Foxwell Buxton
(sape ni?...hehe)

Saturday, June 12, 2010

sms 4 GAZA

apalagi taip GAZA send to 32928
mr ben kata 50 sen je, tu pun tara berani ka?
jgn kedekut, sy sudah,
jom menderma,
utk keterangan lanjut, klik aman

anak dunia

Ingin ku nyanyikan
Sebuah harapan
Sebagai pesanan
Agar berkesan di hatimu

Wahai anak dunia
Mari kita berdoa
Untuk sebuah dunia
Yang damai sejahtera

Walaupun kemarau
Tidurmu meracau
Bangunlah kemudian
Bersihkan hitam di kakimu

Wahai anak dunia
Mari kita bersama
Berkumpul bermuhibbah
Lupakan beza rupa

Di mana kau ada
Bumi tetap sama
Langit biru indah
Bukankah semua milik kita

Wahai anak dunia
Mari kita berikrar
Esok kita membina
Dunia yang lebih sempurna...

[ Buat Anak Dunia - ruhil amani lyric found on www.lirik.my ]


Friday, June 11, 2010

pelayar solo muda

Abby Sunderland, 16 tahun dr california
awek cun berjiwa kental
pelayar solo wanita paling berani
pergh, tabik spring,
20 jam terputus hubungan, ditemui selamat
di lautan selatan india

i wish i could have her spirit

"kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran "

southwest of Kunming in Yunnan





amazing place,
2600ft dr paras laut,
terletak di barat selatan kunming,
bandar utama yunnan
tidak tersenarai dlm peta china
kerna kemudahannya pengangkutannya
namun tiada kata2 dpt mengambarkannya
pergunungan warna warni ini,
umpama lanskap berkolor yang dilukis dr tangan emas.

sumber FFO - yahoo

dlm dunia ni dua tempat je ku nak pergi,
mekah dan china
perjalanan mencariMU, tawafku, Makkatul mukarramah
perjalanan mencari ilmu, tuntutla ilmu sampai ke negeri cina.

Wednesday, June 9, 2010

khasiat minyak kelapa dara - vco -

1. Meningkat dan memperbaiki sistem pertahanan badan.
2. meningkat kadar metabolisma badan.
3. anti virus, bakteria, kulat dan parasit yang semulajadi.
4. anti oxida semulajadi.
5. meningkat fungsi kelenjar tairoid.
6. melindungi kesan sinaran ultra violet dalam cahaya matahari.
7. tidak meningkatkan kepekatan atau platelet darah.
8. meningkat penghadaman dan penyerapan khasiat makanan.
9. berupaya menurunkan berat badan.
10. meningkat pertumbuhan sel kulit, rambut dan badan manusia.
11. membekal sumber tenaga dengan cepat.
12. melembab dan melembutkan kulit.
13. mengurangkan kesan penuaan dan kedutan pada kulit.
14. mengurangkan kesan keracunan makanan.
15. membakar dan mengurangkan kolesterol dalam badan.
16. menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.
17. mengurangkan risiko dan kesan penyakit jantung.
18. mengurangkan risiko dan kesan darah tinggi.
19. mengurangkan risiko dan kesan kencing manis.
20. mengurangkan risiko dan kesan demam.
21. mengurangkan risiko dan kesan batuk biasa.
22. mengurangkan risiko dan kesan batuk kering.
23. mengurangkan risiko dan kesan selsema dan resdung.
24. mengurangkan risiko dan kesan demam campak dan cacar air.

http://juskismis.com/vco.htm

Tuesday, June 8, 2010

bila budak dua tahun merokok.....



Hardy Rizal, 2 tahun,
sejak di ajar bapanya merokok,
sekarang tak bole hidup tanpa rokok
maka timbul masalah berat badan dan sesak nafas
yang mana baby ini tua pd fizikal dan pasif
tidak dapat berlari dan berkawan dgn rakan sebaya
maka aktiviti dia bersenang lenang dgn sebtg demi sbtg rokoknya

sumber FFO-yahoo

Monday, June 7, 2010

join Bio-asli gak


join bio asli sbb nk amalkn kapsul minyak kelapa dara....

jom join,
http://www.bioasli.com/?id=jes898
http://www.bio-asli.com/?id=jes898

olive face and body wash - PRODUCT REVISION

200mL, boleh didapati di Klinik2 dan Farmasi
dengan tambahan olive oil
mengandungi phantenol bg melicinkn kulit
utk kegunaan bg mereka2 yang berkulit sensitif, kering, ekzema dan psorisis


Product features:
  • 100% soap- and alkali free
  • Skin care complex based on olive oil for smooth and supple skin
  • Care complex with panthenol and a plant starch derivative counteracts the loss of moisture as well as irritation
  • Extra mild cleansing care formula provides protection and smoothness for sensitive skin
  • Supports the skin's own protective functions
  • Natural refreshing effect, deodorizes biologically
    Indications:
  • Recommended for sensitive and delicate skin
  • Can be used in cases of soap intolerance and for cleansing in skin diseases according to the dermatologist’s advice
  • Need for relaxing, sense of natural care
  • For daily washing and showering
  • Dermatologically tested

Wednesday, June 2, 2010

perjalanan hidup dan kesedihan itu....

cedihnya dr kelmarin sehingga entry ini.

Harian Metro, selasa 1 jun 2010, Tumpat - Adik Mohd Aimron, 13 tahun hidup terumbang ambing setelah ibu dan ayahnya berpisah, si ayah dihalau dr kampung kerna melakukan jenayah mencuri dan memecah rumah manakala si ibu yang telah berkahwin lain lari tanpa di kesan bersama suami baru. Dia terpaksa melupakan hasrat utk belajar walaupun keputusan upsr sebaik 2A 2B 1C, meneruskan hidup dengan penuh cabaran tapi syukur ada insan sudi membantu, abg serta adik tirinya turut membawa diri tanpa di ketahui kemana tuju. Pernah membawa diri menaiki keretapi ke johor, namun diselamatkan oleh seorg lelaki yang membawa dia pulang ke kelantan dan menempatkan dia utk bekerja di kedai baiki basikal dan kemudian di hantar untuk tinggal bersama pasangan suami isteri yang berniaga dan dia kini pembantu kedai makan.

Ya allah getirnya hidup hambaMu ini, di usia sekecil ini melalui ujian yang maha hebat, tabahla hati mu adik aimron, moga ada lagi insan yang berhati mulia membantumu, ....dr kejauhan ini kudoakan ketabahan dan kekuatan serta kejayaan buat adik aimron adik beradik

dlm pd hatiku merintih keletihan melalui kehidupanku, di luar rmai lagi yang maha hebat dugaannya....

knp hatiku benar2 tersentuh dgn cerita ini........

Tuesday, June 1, 2010

Harika FON-- FON -1 (Müzikle Terapi Çalışmaları)

Boikot, Boikot, Boikot


jom boikot company yg support isreal
geramnya kat nestle
tak masuk la mcD n Kfc jap (hehe)
kotek tukar ke stayfree
loreal n revlon mmg x layan
x pernah pakai hp nokia (csl lg bagus)

boikot israel

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...