Tuesday, March 30, 2010

20 amalan Murahkn REJEKI


Assalamualaikum warahmatullah,

Semua orang impikan rezeki yang banyak, mudah, berkat serta makmur, termasuklah saya. He.. he... Dalam pekerjaan kita seharian mencari rezeki, mestilah sentiasa niatkan dalam hati supaya Allah mengurniakan kita dengan rezeki yang halal, berkat, mudah serta luas. Terdapat amalan-amalan yang boleh menjadi sebab Allah melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Rasulullah SAW : “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Rasulullah SAW : “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah SWT

Banyak ingat Allah SWT buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “...(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’d, ayat 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Rasulullah SAW : “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Rasulullah SAW : “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Rasulullah SAW : “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim

Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Surah Ibrahim, ayat 7)

Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Surah ali-Imran, ayat 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.


18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

20. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (Surah at-Thalaq, ayat 3)

Nabi SAW bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (Surah at-Talaq, ayat 2-3)

copy, paste n edit email wak zul

Sunday, March 28, 2010

Bengkel Urutan Bayi - KTS, Sabtu 27 Mac

Bertempat Di KTS, K. Trg.
bengkel ini dihadiri oleh 22 org ibu dan bayi, menggunakn minyak urut sebamed, Baby Massage Oil yg di sponsor oleh Eltean sebanyak 6 botol.







Baby Massage Oil - sebamed
mengandungi minyak soya, berasakn air
baik utk meningkatkn sistem imun badan,
dan juga kesan urutan pd bayi sendiri baik untuk meningkat hubungan istimewa antara ibu dan bayi

Respon dr Dr. farid, pakar kanak2 KTS - minyak ni amat baik, non greesy

5 dr mothers nk beli tp HQ x bg stock....

Friday, March 26, 2010

"cabutan bertuah raflessia collection "

utk sertai klik saja kotak merah amaran tu.....tarikh tutup 28 april.
dn jgn lupa jenguk2 sini
  • http://raflessiacollection.blogspot.com/
  • http://nurazimahsabree.blogspot.com/
  • 1st GIVEAWAY BAZAR KERONGSANG


    dptkn keronsang menawan dari BaZaR KeRoNGSanG

    FabuLOVE Giveway

    Happy Besday Ezyane
    wish u happines n prosperous......happy sweet 27....


    FabuLOVE Giveway


    so cute of your handcraft
    join ezyane by click cute&yummy


    Sunday, March 21, 2010

    Giveway Contest B'day Cik Fa


    untuk join klik sini ,
    tarikh tutup 26 Mac 2010, 1pm

    Sebamed Range








    Soap free formula with Ph 5.5
    Satu satu rangkaian penjagaan kulit yang free dari sabun serta mempunyai PH paling sesuai utk kulit kita.

    Barangan buatan German yang menjaga fungsi acid mantle kulit
    merawat masalah kulit, eczema, dryskin, oily, psorisis

    Thursday, March 11, 2010

    march-contest-dapatkan-tudung-ika.



    Sebagai menyambut sebulan KhazisBoutique beroperasi, kami ingin memberikan 2 tudung Ika beserta wang RM50 RM100 untuk 2 pemenang bertuah. Tudung Ika bernilai RM35 + RM100, anda berpeluang memenangi hadiah bernilai RM135. Menarik bukan?

    Bagaimana caranya?

    1. jadi follower blogshop ini.
    2. daftar akaun anda di www.khazisboutique.com (jangan risau, kami tidak akan menggunakan data anda untuk sebarang promosi. data anda hanya akan digunakan untuk menghantar hadiah sekiranya anda menjadi pemenang. sila gunakan nama penuh bagi memudahkan urusan)
    3. letakkan banner contest* di blog anda dan linkkan ke http://khazisboutique.blogspot.com
    4. PENTING: Email info@khazisboutique.com / sms 0125025244 untuk memaklumkan penyertaan anda. Jangan risau, tak perlu slogan atau karangan panjang, cukup sekadar..


    Untuk Email

    Tajuk email: contest march.

    Kandungan email:
    1.nama anda
    2.link blog anda

    Untuk SMS


    sms nama penuh dan link blog anda. (nombor telefon anda tidak akan digunakan untuk sebarang promosi. kami menghormati privasi anda)


    Penyertaan anda dikira lengkap hanya sekiranya anda selesaikan 4 steps di atas.
    Sekiranya penyertaan anda lengkap, anda akan menerima email/sms balas memaklumkan nombor anda.
    Nombor pemenang akan dipilih oleh random.org. pada 21 mac 2010.

    Wednesday, March 10, 2010

    march-2010-blog-giveaway-flower-filled




    http://www.crafty-heart.com
    http://craftyheart.webasyst.net/shop/

    Tuesday, March 9, 2010

    OCEAN BLUE SET



    How to enter? Easy!......
    1) Give a name for this set of bracelet and brooch.
    2) Next, add me/follow my blog. (FBook also can be accepted!)
    3) Create a post on your blog about my first giveaway, as creative or as fun as it can be!... :)
    4) Don't forget to enter a comment with your blog link.
    5) Clossing date?.... 31st March 2010

    @RENIM'S GIVEAWAY ...

    Referel ; Anin



    JADI FOLLOWER @RENIM'S GIVEAWAY...
    LETAK BANNER KAT ATAS NI LINKKAN KE GIVEAWAY INI...

    BUAT ENTRY TENTANG @RENIM'S GIVEAWAY DALAM BLOG ANDA...
    ADD @RENIM'S GIVEAWAY DALAM BLOG LIST ANDA...
    NYATAKAN REFERRER ANDA... (ADE GIFT UTK REFFERER)

    SILA TINGGALKAN LINK ANDA PADA EMAIL SAYA (chokkelat26@yahoo.com)...
    RAJIN2KAN LAH KLIK NUFFNANG SAYA.... (*_~)
    TARIKH TUTUP:- 9-03-2010 telah dilanjutkan sehingga 23.03.2010

    Join Giveway Gak

    ATIQAH SWEET GIVEAWAY
    Referel Anin





    "Hai kawan-kawan! jom sertai ATIQAH SWEET GIVEAWAY. hadiahnya satu kotak yang mengandungi 9 biji hand-made chocolate yang dibuat oleh Sweet Brown! Coklatnya sedap tau! Jadi apalagi, jomlah kita sertai ATIQAH SWEET GIVEAWAY di http://pepelungu.blogspot.com..JOM-JOM!"

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...