Tuesday, December 7, 2010

salam maal hijrah - Tan Sri Dr. Zeti tokoh maalhijrah 1432

Y.M. Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz
- dilahirkan pada 27 Ogos 1947
- merupakan anak perempuan tunggal kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan Pn Sharifah Azah Aziz

- berkahwin dengan Dr Taufik Ayman dan dikurniakan 2 orang anak

- gabenor Bank Negara Malaysia dan merupakan gabenor wanita pertama di Malaysia

- beliau dilahirkan di JB dan menerima ijazah sarjana muda ekonomi pd tahun 1970 dan mendapat PHD pd tahun 1978

- beliau memulakan kerjaya sebagai Penyelidik ekonomi di Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran Bank Pusat Asia Tenggara (South-East Asia Central Bank Training & Research Centre) pada tahun 1979 hingga 1984. Kemudian beliau dilantik sebagai Penolong Pengurus Jabatan Ekonomi di Bank Negara Malaysia.

- beliau dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia selepas Datuk Ahmad Mohd Don mengundurkan diri pd tahun 1998.

- dan pada mei 2000 beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh dan wanita pertama dilantik dalam jawatan tersebut.

Pada 13 September 2010, Dr Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance. Ia berdasarkan faktor kawalan inflasi, sasaran pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang dan pengurusan kadar faedah.

7 Dec 2010, Dr Zeti di nobatkan sebagai tokoh maalhijrah 1432 pada sambutan awal muharam di PICC, tahniah buat gabenor bank kita. Pada usia 63 tahun, beliau masih lagi kelihatan tokoh berwibawa dengan wajah berseri-seri dan i admire her so much.

Salam Maal Hijrah 1432, semoga keazaman dan impian di tahun ini beroleh kemenangan dan kejayaan serta keberkatan dr Allah SWT, sama-samalah kita menuju kejayaan dunia dan akhirat

nota; tabik spring buat tan sri, sumber dr wikipedia.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...