Monday, December 6, 2010

doaku mlm ini

Rahmat dan sejahtera ke atas penghulu kami nabi Muhammad dan atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekelian.
Ya Allah, Engkaulah tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada, tiada permulaan. Kelebihan Mu maha besar dan kemurahanMu sangat-sangat di harapkan. Tibalah sudah tahun baru dan kami mohon kepadaMu agar terpelihara kami sekelian di dalam tahun baru ini dari tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat juga daripada kuncu-kuncu dan bala tenteranya. Dan kami mohon daripadaMu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (nafsu yang mendorong kepada kejahatan) dan kami mohon juga kepadaMU akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepadaMu. Ya Allah tuhan yang maha agung lagi mulia, Ya Allah, tuhan yang sebaik baik mengurniakan rahmat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...