Sunday, December 12, 2010

ahad pemula minggu - tolong bantu aku

Penderitaan jiwa mengarahkan keburukan. Putus asa adalah sumber kesesatan dan kegelapan hati pangkal penderitaan jiwa.


Kesabaran bukan bererti tiada perasaan, kesabaran adalah kesanggupan mengendalikan perasaan ketika sedih.

~ Dr.Fazley

nota; semalam, lancar mulut berbicara, membuah bait2 luka, rasa kesal dan kecewa, hari ini rasa tak bermaya, dan esok bagaimana untuk aku terus bersemuka. Bila diri terbeban dengan tanggung jawab sendirian, tanpa ada kerjasama dan perhatian , gusar la hati dengan kemampuan maka buah2 derhaka tercipta....argh...amende la.....ya tuhan bukan la pinta hati hambaMu yang sepatutnya bersamaku bukn aku sendiri ....aku lelah.

Orang cemerlang sentiasa mencari hakikat kehidupan. Cuba cari jawapan kepada persoalan mengapa tuhan menciptakan kita.
- khalifah, hamba, dai

~ Dato Fadhilah Kamsah

nota; aku tak berdaya mencari jawapan pd aturan Mu tuhan, akur dan redha pd setiap perjalanan yang ku susuri kerna itu bgku satu ketentapan. terima apa jua mendatang...lemahnya aku, ya allah ampunilah dosa hambaMu ini.

4 comments:

  1. langit tak selalunya cerah dan awan yg mendung pasti kan berarak pergi.

    sentiasa ada suka, ada duka yg mewarnai perjalanan kita.

    setelah segalanya berlalu pergi, bangkit dan senyum kembali dgn penuh kesyukuran, kemaafan dan keikhlasan.

    ReplyDelete
  2. piewahid > terima kasih bro....senyum , syukur, .....kemaafan paling ikhlas buat insan2 tersayang di sisiku

    ReplyDelete
  3. banyakkan bersabo dan berdoa supaya ditenangkan hati kita tuk menempuhinya..

    anggaplah ini ujian dr ALLAH SWT untuk insan terpilih spt kakAima..

    InsyALLAH berkat kesabaran nanti akan membuahkan hasil yang berlipat ganda..insyALLAH..

    ReplyDelete
  4. nor > insyaallah....kdg2 lelah nor, terduduk kejap, letih, nikmat Allah itu terlalu byk yg telah akak nikmati dan akak tak menharapkan hasil berganda cukup sekadar pengertian org di sisi....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...