Monday, November 29, 2010

tips dari Irfan Khairi

Tiga tip blog perniagaan Internet
by Irfan Khairi on Sunday, November 28, 2010 at 8:00am

Sekiranya anda mempunyai perniagaan Internet, bina sebuah blog untuk menarik lebih ramai pelawat berulang. Tip Satu Minit ini menarik lebih 1,000 pelawat sehari, dan saya mendapati, lebih ramai pelawat blog ini setiap hari, lebih tinggi jualan produk Rahsia Internet.com dari buku, CD dan juga Workshop.

3 tip blog…

1. Tentukan tema blog perniagaan Internet anda. Pastikan isu yang dibincangkan adalah berkaitan. Jangan lari daripada tajuk tema oleh kerana ia akan melemahkan jenama perniagaan anda.

2. Pada mulanya, sememangnya blog tidak menerima ramai pelawat. Anda perlu promosi blog secara berterusan. Jangan hampa sekiranya melihat tiada orang memberi komen oleh kerana majoriti yang besar tidak memberi komen, mereka hanya membaca maklumat sahaja… seperti pelawat Tip Satu Minit ini

3. Jangan terlalu informal di dalam blog perniagaan oleh kerana ianya akan mencerminkan perniagaan Internet anda. Sekiranya anda ingin sering menyuarakan pendapat peribadi, bina 2 blog- blog peribadi dan blog perniagaan dan asingkan posting berbentuk peribadi. Blog yang tidak formal akan menjejaskan jualan perniagaan Internet anda oleh kerana akan dilihat sebagai kurang profesional.

*Tip bonus* Ciptakan kelainan pada blog anda untuk membezakan blog anda dan berpuluh ribu blog lain. Seperti blog ini, cara persembahan berkonsep “Tip Satu Minit!” dicipta tidak seperti blog-blog yang biasa anda lihat. Perbezaan pada persembahan akan menjadi satu tarikan walaupun isi ka

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...