Friday, November 5, 2010

tazkirah jumaat - solat jamak

INFO FIQH MEDIK

isu: bolehkan doktor menjamakkan solatnya kerana waktu pembedahan yang panjang sedangkan bukan dalam keadaan musafir

hukum: boleh

dalil: Ibn Abbas berkata; Nabi Muhammad pernah menjamakkan antara zuhur dan asar serta maghrib dan isyak di Madinah bukan sebab musafir dan hujan.Ibn abbas di tanya; "mengapa Nabi Muhammad melakukannya?" Dia berkata; "Baginda mahu memberi kelapangan kepada umatnya." (sahih Muslim)

Menurut Mazhab Syahfi'i, keadaan-keadaan lain yang dibenarkan melakukan jamak selainmusafir ialah jamak kerana hujan (ada syarat-syaratnya), jamak kerana sakit dan jamak kerana hajat atau kepayahan yang timbul.

Imam Nawawi meluaskan sebabnya kerana salji, angin kuat, sejuk, keadaan jalan berlumpur, becak dan sebagainya seperti keadaan di luar negara. Beliau juga berkata; " Segolongan ulama besar membenarkan jamak dalam keadaan tidak bermusafir kerana keperluan asalkan tidak dijadikan adat tetap. Demikian pendapat Ibn Sirin dan Asyhab daripada Ashab Malik. Dilaporkan juga oleh Khathabi daripada Qaffal Kabir, kalangan pengikut Syafi'i"

nota; copy dari Novel Denyut Kasih Medik karya Dr Farhan Hadi

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...