Monday, November 8, 2010

7 rahsia Langit dan Bumi

Zat Pencipta yang sangat besar kekuasaannya dan sangat tinggi kalimatnya telah menghiasi tujuh pekara dengan tujuh pekara dan menghiasanya pula tujuh pekara dengan tujuh pekara lain pula dan bagi tiap tujuh pekara itu untuk memberitahu bahawasanya angka tujuh mempunyai rahsia besar di sisi Allah,Maharaja Agung; iaitu

1. Allah menghiasi udara dengan tujuh lapis langit.
Firman-Nya dlm surah An nahaa' ayat 12; Dan Kami bina atas kamu tujuh buah (langit) yang kukuh.

2. Allah telah menghiasi padang yang lapang dengan tujuh lapis bumi. Kemudian menghiasi bumi itu dengan tujuh lautan sebagaimana,
Firman-Nya dlm surah Luqman ayat 27; Dan seandainya pohon pohon di bumi menjadi pena dan laut menjadi tinta, ditambahkan kepadanya tujuh laut lagi sesudah keringnya, nescaya tidak akan habos -habisnya kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

3. Allah telah menghias neraka dengan tujuh tingkat, iaitu, Jahanam, Sa'iir, Saqor, Jahiim, Huthomah, Ladhoo, dan Hawiyah. Kemudian Allah menghiasinya pula dengan tujuh pintu,
Firman-Nya dlm surah Al Hijr ayat 44; Jahanam itu mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu telah ditetapkan untuk golongan tertentu dari mereka.

4. Allah menghias al-quran dengan tujuh surah panjang, kemudian dengan tujuh ayat pembuka kitab (faatuhatul-kitab).
Firman-Nya dlm surah Al Hijr; Dan sesungguhnya kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al quran yang agung.

5. Allah menghias manusia dengan tujuh anggota badan, iaitu dua tangan, dua kaki, dua lutut dan satu wajah. Kemudian menghiasinya dengan tujuh peribadatan iaitu dua tangan dengan doa, dua kaki dengan berkhidmat, dua lutut dengan duduk, dan muka dengan sujud.
Firman-Nya dlm surah Al Alaq ayat 19; Sesekali-kali jangan, janganlah kamu patuh kepadanya dan sujud dan dekatkanlah dirimu kepada Tuhan.

6. Allah menghias umur manusia dengan tujuh tahap. Semasa baru lahir disebut 'rodli', kemudian 'fathim', kemudian 'shobi', kemudian 'ghulam', kemudian 'syaab', kemudian 'kuhul', kemudian ;syaikh'. Dan menghiasi tujuh tahap umur ini dengan tujuh kalimat, iaitu ucapan, LAA ILAAHA ILLALLAAH MUHAMMAD RASUULULLAAH

7. Kemudian Allah menghias dunia dengan tujuh hari, sabtu, ahad, isnin, selasa, rabu, khamis dan jumaat. Dan Allah memuliakan ketujuh-tujuh hari ini kepada para nabiNya iaitu; Allah muliakan Nabi Musa a.s. dengan hari sabtu, Isa bin Maryam a.s dengan hari ahad, Nabi daud a.s. dengan hari Isnin, Nabi Sulaiman a.s. dengan hari selasa, Nabi Yaakub a.s. dengan hari rabu, Nabi Adam dengan hari khamis dan Nabi Muhammad s.a.w dan umatnya dengan hari jumaat.

maka renungkanlah keunikan ini.

nota; ya Allah agungnya kuasaMu, 7 lapis langit 7 lapis bumi.
sumber; buku ' 7 Rahsia Langit & Bumi' terjemahan Abuya Muhammad Thoriq Akhyar Almedani, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu.

2 comments:

  1. hurm...xterkata bila baca...dah baca baru perasan...mekaci info ni...moga lebih tekun beribadat...pada Nya.

    ReplyDelete
  2. hmmm.....sama2 kita mjadi hambaNya yg dirahmati.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...