Friday, October 15, 2010

kelebihan salam dan bersedekah

Salam adalah satu doa kesejahteraan dan keselamatan yang seharusnya dilafazkan ketika berjumpa sesama muslim dan hukum menjawabnya adalah wajib.

Salam dilihat sebagai satu kaedah bagaimana islam mementingkan gaya hidup yang harmoni berasaskan kebersamaan dan semangat ukhwah seperti pesanan Rasullah : 'apakah kamu mahu aku tunjukkan sesuatu apabila kamu lakukan kamu bersatu padu dan berkasih sayang iaitu sebarkan ucapan ASSALAMUALAIKUM sesama kamu'.

Oleh itu, amalan memberi salam adalah satu menifestasi ikatan ukhwah yang mana bukan saja mendapat pahala tetapi memberi impak positif dalam situasi kehidupan bersosial yang harmoni.

Begitu juga dalam amalan memberi sedekah, yang tidak saja berupa wang ringgit tetapi apa saja yang boleh mendatangkan manfaat kepada orang lain.

Seandainya kita mahu betul betul mewujudkan keterbilangan jati diri ummah, maka amalan bersedekah sewajarnya dijadikan budaya hidup.

Bersedekah akan mengikis segala karat tamak dan debu-debu hasad dengki

Ingat, peringatan Allah yang bermaksud: " Dan berbuatlah kebaikan semoga kamu berjaya " - ayat 77 surah Al Hajj.

nota; assalamualaikan pembuka bicaraku , ayat ayat ku sedekahku. - sumber; harian metro 15 oct 10. wasalam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...