Tuesday, October 5, 2010

janda baik

Nikmatnya
sudah lama teringin ke janda baik, pd 2/10/10 sempat singgh sekejap bersama seorang kawan yang snggup bawa masuk ke janda baik dr genting sempah, walau tak dapat mandi, celup kaki pun jadi, kan ku kunjungi lagi, memang mengasyikkan. Terima kasih buat kawan spesel tu sbb ikut kehendak ku....hehe
Janda Baik
airnya yang cetek, bersih, mendamaikan
mendapat nama dr dua versi cerita yang berbeza,

1. Pada satu ketika, tok batin orang asli, Batin Wok bertengkar dengan isterinya, Siah hingga menyebabkan mereka berpisah, namun tak sampai sebulan Siah balik semula ke rumah Batin Wok dan hidup bersama semula, rentetan itu org asli mengelar tanah berkenaan 'janda balik'. Baginda Sultan Abu Bakar, sultan ke-4 Pahang tertarik dengan kisah itu maka menukar nama tanah tersebut kepada Janda Baik.

2. Versi ke-2 mengatakan kawasan tersebut mendapat nama janda baik berikutan wujud seorang janda yang membantu merawat penduduk Pahang yang cedera setelah menyertai peperangan saudara di Selangor.

walau apa pun , namanya unik dan tempatnya menarik....teramat menarik.

Fakta Janda Baik
- dibuka secara rasmi pd 1932
- terletak kira-kira 36km dr KL dan 40km dr Bentong
- kedudukan kawasan di Banjaran Titiwangsa pd ketinggian 600 hgga 800 meter dr paras laut
- suhu mencecah 28'c pd siangnya dan 22'c pd malamnya
- menyimpan khazanah flora fauna, termasuk pokok bakau berusia 250 tahun
- mempunyai bbrp kg tradisional melayu iaitu, kg Sum sum, Ceringin, Chemporah, kg janda baik dan kg org asli semelai
- menjadi tempat pertemuan emapat aliran sungai utama iaitu Sg Benus, Sg Ceringin, Sg sum sum dan Sg Chemporah
- tanama halia dan pelancongan sumber utama penduduk janda baik
- lengkap dengan kemudahan asas, klinik, balai polis dan juga balai bomba.


nota; sumber fakta dan cerita dr metro ahad dan gambar dr google

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...