Wednesday, September 29, 2010

tips dari Irfan Khairi

Tip Pilihan Irfan Khairi: Kongsi idea dan bebaskannya!

Ramai yang takut-takut memberitahu idea yang mereka miliki. Sebagai contoh, apabila terfikir idea yang hebat, idea tersebut di simpan- takut nanti orang lain curi pula idea kita.

Bukan mengatakan ia tidak pernah terjadi- memang ada kalanya sekiranya kita berkongsi idea yang hebat, orang lain akan ceduk idea kita dan kita tidak dapat apa apa.

Tapi benarkah kita tidak dapat apa-apa?

Sebenarnya, apabila kita membebaskan idea hebat kita kepada orang lain, kita akan menjadi lebih kreatif. Ini kerana, secara psikologi, ia memaksa kita untuk mencari idea yang lebih baik daripada idea asal tersebut. Ia juga memaksakan kita mengambil tindakan yang pantas untuk merealisasikan idea kita.

Dengan hanya menyimpan idea yang kita ada, kita bagaikan tidak mempunyai apa lagi dan idea tersebut adalah "reserve" terakhir yang kita miliki. Ini hanya menghalang diri kita untuk berkembang menjadi lebih maju.

Di FB saya, saya berkongsi banyak idea-idea tip motivasi & kewangan setiap hari. Alhamdulillah, makin banyak dikongsikan, makin banyak idea hendak di kongsikan!

*Jangan lupa sertai saya dan klik pada "LIKE" di Facebook! www.facebook.com/irfankhairi.fb

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...