Thursday, September 30, 2010

minyak masak recon dr restoren tak halal

Kegiatan syarikat kutip dari restoran bukan Islam untuk dijual semula dibongkar


MINYAK masak ‘recon’ diproses semula sebelum dijual.


SEREMBAN: Beberapa syarikat yang terbabit dalam pelupusan minyak masak terpakai dikesan terbabit dalam kegiatan memproses semula bahan itu termasuk yang dikutip dari restoran bukan Islam untuk dijual semula dalam pasaran.

Yayasan Alam Sekitar Tunku Syed Razman (YASTSR) yang terbabit secara langsung dalam bidang pemuliharaan alam sekitar mendakwa mereka sudah menjalankan siasatan berhubung perkara itu dan mempunyai bukti mengenainya.

Pengarah YASTSR, Hassahari Johari Mawi, berkata modus operandi syarikat terbabit yang mendakwa bergerak atas dasar membantu pihak berkuasa tempatan (PBT) mencegah pencemaran tetapi mengambil kesempatan tanpa disedari.

"Syarikat terbabit dipercayai menggunakan alasan membantu menyelesaikan masalah pencemaran tetapi sebaliknya membentuk bidang perniagaan baru iaitu mengumpulkan minyak masak terpakai daripada restoran atau kedai makan sebelum dibungkus semula dan dijual di pasaran.

"Yayasan sudah membuat siasatan dan mendapati mereka menyalahgunakan kebenaran PBT untuk mendapatkan minyak masak terpakai itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Berita Harian selepas menyampaikan taklimat kepada beberapa agensi kerajaan dan PBT mengenai peranan yang boleh dimainkan YASTSR dalam membantu menangani masalah itu.

Program berkenaan dirasmikan Penasihat YASTSR, Tunku Mohsinuddin Tunku Mohd Jamil yang juga seorang daripada Ahli Lembaga Pengarah YASTSR.
Hassahari berkata, pihaknya juga mempunyai bukti syarikat terbabit turut memaparkan logo PBT pada kenderaan yang mengumpul minyak masak dipercayai bagi melindungi kegiatan mereka.

"Malah, siasatan kami juga mendapati ada kakitangan PBT yang turut membantu dengan mengarahkan pengusaha restoran menjual minyak masak terpakai itu kepada wakil syarikat terbabit," dakwanya.

Beliau mendakwa, pihaknya difahamkan minyak masak terpakai itu dibeli pada harga antara RM1.30 hingga RM1.50 sekilogram.

Dakwanya, syarikat terbabit turut dikesan bekerjasama dengan kilang memproses minyak masak atau kilang yang memproses bahan mandian seperti syampu, sabun serta bahan kosmetik untuk menjalankan kegiatan itu.

"Kita kesal kerana minyak masak ‘recon’ ini turut mempunyai logo halal pada pek plastiknya dan dijual pada harga lebih murah kepada peniaga restoran, kedai makan dan peniaga pasar malam.

"Walaupun kegiatan ini belum berleluasa, ramai pengguna tidak menyedarinya dan apa yang membimbangkan ialah tahap ketulenan dan kesucian minyak berkenaan termasuk dari segi hukum syarak," katanya.

Hassahari berkata, YASTSR bercadang menjayakan kempen antiminyak masak terpakai ini dalam tempoh terdekat dan berharap mendapat sokongan padu daripada semua PBT serta jabatan yang berkaitan untuk bersama-sama menyekat kegiatan itu....selebihnya di sini

note; for my saving info, beware with cheaper cooking oil n kinda of soap juga cosmetic, bila manusia rakus mencari duit, halal haram, sensitiviti dan quality kat tapak kaki...menciknya...

sumber ; http://raider150.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...