Monday, September 27, 2010

bila sakit gigi dan pentingnya penjagaan gigi

hari ni baru mampu senyum dgn puas sbb semalam sakitnya gigi,
gusi rasa macam di toreh2, nak bercakap pun sakit,
pantasnya semalam keje buat sikit je, balik umh cari ubat,
nasib baik ada minyak penawar hitam,
sapu kat gg dan gusi, kejapan hilang la,
adus, gusi ku dah teruk, gg depan dah longgar,
dah lama x jumpa doktor gg,
esok lusa kena g kat denstist ni

INFO SIHAT

Masalah oral yang umum


Plak dan kalkulus
Plak merupakan lapisan nipis dan melekit mengandungi bakteria yang sentiasa terbentuk di dalam mulut. Ianya lembut dan mudah dihilangkan dengan memberus gigi atau flos. Selepas makan, sisa makanan akan ditukarkan menjadi plak melalui tindakan penguraian bakteria. Jika dibiarkan, plak ini akan menebal dan bakteria akan membiak. Jika ia tidak dibersihkan dalam masa 24 jam, plak ini akan mula mengeras disebabkan enapan garam kalsium dari air liur dan membentuk kalkulus, ataupun tartar. Struktur enapan yang keras dan melekat kuat ini hanya dapat disingkirkan melalui pembersihan gigi oleh doktor iaitu "pengikisan".

Penyakit Periodontal
Penyebab etiologi utama bagi penyakit periodontal ialah pengumpulan plak bakteria. Apabila plak terbentuk di sepanjang permukaan gusi, ia akan menyebabkan gusi membengkak dan mudah berdarah. Ini dikenali sebagai gingivitis. Jika plak ini tidak disingkirkan, toksin akan menyebabkan gusi lekang dari gigi dan membentuk lekuk di antara gigi dan gusi. Jangkitan di bahagian ini akan memusnahkan gentian yang memegang gigi di tempatnya. Tulang penyokong gigi juga akan rosak. Keadaan ini dikenali sebagai periodontitis.

-petikan dr blog, http://www.sioloon.com
http://www.sioloon.com/informasi-isu-terkini-f157/penjagaan-gigi-dan-gusi-t9732.htm

PENGJAGAAN GIGI

Bagaimanakah cara memberus gigi dengan lebih berkesan?

Langkah-langkah berikut dapat membantu anda memberus gigi dengan lebih berkesan.

  • Letakkan berus gigi pada sudut 45-darjah di bahagian permukaan luar gigi. Berus perlahan-lahan dari atas ke bawah untuk gigi di rahang atas dan dari bawah ke atas untuk gigi di rahang bawah. Ulangi langkah yang sama untuk permukaan sebelah dalam gigi.

toothbrushing

2

  • Letakkan berus gigi di permukaan mengunyah dan berus dari depan ke belakang.

3

  • Sendengkan berus gigi di permukaan dalam gigi hadapan, dan berus dari atas ke bawah dengan menggunakan hujung berus gigi.

4

  • Untuk membersihkan permukaan celah gigi, gunakan berus gigi yang kecil (pembersih antara gigi);berus arah ke dalam dan ke luar.
  • Untuk membersihkan lidah, pegang berus gigi secara mendatar dan berus permukaan lidah dari arah ke belakang dan ke hadapan.

Petua memberus gigi

  • Berus semua permukaan gigi terutama di leher dan celah-celah gigi
  • Jangan berkongsi berus gigi
  • Gunakan ubat gigi yang mengandungi fluorida
  • Simpan berus gigi di tempat kering dan tidak bersentuhan antara satu sama lain untuk mengelak jangkitan

Menggunakan Flos

Menggunakan flos merupakan satu teknik membersih kekotoran yang terdapat di celah-celah gigi atau jejambat gigi dengan menggunakan sejenis benang atau pita khas yang dinamakan flos. Penggunaan flos dapat bersihkan permukaan gigi yang tidak dapat dicapai dengan berus gigi.

Mengapa menggunakan flos penting?

Penggunaan flos melengkapkan aktiviti pembersihan gigi. Ia dapat membuang sisa makanan dan plak gigi yang terlekat di celah-celah gigi yang tidak dapat dibersihkan semasa memberus gigi.

Jenis-jenis flos gigi

Terdapat beberapa jenis flos:

  • flos yang berlilin atau tanpa lilin
  • flos berperisa atau tidak berperisa
  • pita gigi
  • super flos

a

Semua jenis flos seperti di atas adalah berkesan sekiranya digunakan dengan betul.

Berapa kerapkah anda perlu menggunakan flos?

Bersih gigi menggunakan flos secara berkala sekurang-kurangnya sekali sehari terutamanya sebelum tidur.

Bagaimana cara menggunakan flos?

Langkah-langkah menggunakan flos yang disyorkan adalah seperti berikut:

  1. Flos yang berukuran lebih kurang 18 inci dililitkan di kedua-dua jari tengah. Pegang dan regangkan sebanyak satu inci di bahagian tengah.


flossing

  1. Gerakkan flos ke atas dan ke bawah perlahan-lahan di permukaan antara dua gigi. Flos tersebut perlu mendakap permukaan gigi.
  2. Jangan lupa membersih permukaan sisi gigi yang paling belakang.
  3. Jangan guna semula flos yang terpakai.


flossing



Berkumur-kumur

Latar belakang

w

Berkumur-kumur dapat membersihkan mulut kerana cecair yang digunakan dapat mengalir ke bahagian yang sukar dibersihkan seperti di celah-celah gigi.
Berkumur-kumur dengan bahan kumuran menambah keberkesanan memberus dan menggunakan flos. Walau bagaimanapun ia tidak menggantikan penggunaan berus gigi, flos dan dan ubat gigi.

Jenis bahan kumuran

Terdapat dua jenis bahan kumuran.

  • Bahan kumuran yang dapat menyegarkan bau nafas.
  • Bahan kumuran yang digunakan
    • untuk mencegah jangkitan (preventif)
    • mengubati penyakit (terapeutik).

Peringatan

wBahan kumuran boleh menyebabkan:

  • perubahan warna tampalan sewarna seperti tampalan komposit
  • rasa membakar dalam mulut
  • gangguan deria rasa
  • mulut kering

eBahan kumuran dapat menghindarkan atau menghilangkan nafas berbau tetapi ia tidak menghilangkan punca masalah tersebut

Bagaimana cara mengguna bahan kumuran?

Gunakan bahan kumuran seperti yang disyorkan oleh pengeluar. Baca label tertera.

-PETIKAN DR; http://www.infosihat.gov.my

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...