Sunday, August 22, 2010

tiga golongan pahala berpanjangan - minda lestari

Hadis sahih daripada Anas r.a menyebut bahawa Rasullah s.a.w bersabda:

" Ada tujuh pahala yang tetap diterima oleh seseorang itu apabila dia mati kelak, iaitu: Orang mendirikan masjid dan masjid itu terus digunakan oleh orang ramai sebagai tempat ibadah; orang mengalirkan air sungai selagi orang tetap menggunakannay; orang yang menulis mushaf selagi masih ada orang membacanya; orang menggali perigi selagi ada orang manfaatkanya; orang menanam tumbuhan selagi ada yang memakan buahnya sama ada binatang atau manusia; orang yang mengajarkan ilmunya selagi ilmu itu diamalkan oleh mereka mempelajarinya, dan orang meninggalkan anak soleh dan anak itu sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua orang tuanya."

Hadis ini menjelaskan 3 golongan manusia yang sentiasa mendapat pahala biarpun sudah meninggal dunia, iaitu golongan pertama adalah mereka yang membina rumah ibadah, golongan kedua adalah mereka yang membangunkan modal insan menerusi kepakaran dalam bidang penulisan dan pendidikan dan golongan ketiga adalah mereka yang melestarikan alam sekitar (memelihara sungai, sumber air dan tumbuhan). - MINDA LESTARI

nota; tulis blog adalah satu amalan mulia, menyampaikan ilmu...hee
sumber; MINDA LESTARI Pembangunan Negara dan Pemuliharaan Alam Sekita - Zaini Ujang

1 comment:

  1. seronok kalau dpt masuk dlm salah satu dripadanya,.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...