Saturday, August 7, 2010

masalah tak fokus

Ramai menghadapi masalah tak fokus. Bererti, pada satu masa, macam-macam nak dibuatkan, sampai satu pun tak jalan. Masalah besar juga.

Ada laporan mengatakan manusia mempunyai 50,000 - 60,000 fikiran / thoughts perday. Oleh kerana terlalu banyak yang difikirkan dalam kepala kita, tu yang terjadinya terlalu banyak perkara kita hendak lakukan, kerana apa yang kita fikir, adalah apa yang kita akan buat. Dan bila terlalu banyak difikiran, maka, kita hilang fokus.

So nak buat macam mana?

Permudahkan hidup kita. Simplify your life. Gunakan kertas dan pen untuk menulis apa yang anda perlu lakukan hari ini. Aksi menulis apa yang kita hendak lakukan bagaikan mengeluarkan buah fikiran kita ke kertas- suatu yang berbentuk nyata, dan boleh dipegang.

Fokuskan kepada apa yang anda tulis sahaja. Pada kertas tersebut, sebolehnya hanya mengandungi 3 kerja besar yang perlu anda lakukan hari ini. 3 kerja sederhana dan 3 kerja kecil untuk hari ini.

Rancangkan dan jadualkan hari anda. Kerana 10 minit merancang hari akan menjimat berjam-jam hari anda oleh kerana anda melakukan perancangan untuk lebih fokus.

Ikhlas, -Dr Irfan Khairi
Kuala Lumpur


nota; buku catatan penting dlm kehidupan, utk catat idea yang terlintas, catat pekara atau tarikh penting, plan kegiatan harian, plan budget.....dn sekarang catat no kete yg x makan saman yang menyusahkan kita...hehe

sumber;email dr IK....

2 comments:

  1. pakcik setuju bhw perancangan buatkan kita lebih fokus.... =)

    ReplyDelete
  2. kalu kita x merancang kita akan melencung.....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...