Thursday, August 5, 2010

khasiat daun sirih




Daun sirih banyak khasiatnya, yang paling utama adalah utk awet muda, pesanan Pakcik Deris (seorang pakcik kat klang) amalkan selalu minum air sireh rebus atau rendam macam teh tujuh helai sehari utk cuci darah dan awet muda. Cerita pasal daun sirih ni terkeluar selepas terbacanya di blog kak wana ni, seperti di bwh ni,


Berikut adalah antara khasiat-khasiat daun sirih..

1. Menghilangkan sakit tekak, bengkak dibahagian tekak dan batuk berkahak.

2. Sebagai bahan pencuci dibahagian vagina bagi merawatkan keputihan untuk wanita, menghilangkan bau, gatal-gatal atau dijangkiti bakteria.

3. Membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk ibu -ibu didalam pantang

4. Menghalang dan menghentikan dari berlakunya hidung berdarah.

5. Daun sireh mengandungi antiseptik yang dapat menghilangkan gatal - gatal kulit seperti kurap dan kayap.

6. Dapat menghilangkan bisa dan bengkak gigitan serangga dan tebuan.

7. Dapat menhilangkan atau meneutralkan bau badan, bau mulut, bau bahagian alat sulit yang tidak menyenangkan.

8. Dapat mengurangkan demam panas serta kembung bagi kanak-kanak.

9. Dapat menghilangkan sakit kepala, menghilangkan gatal dan kelemumur.

10. Dapat digunakan untuk kecantikkan seperti menghilangkan parut jerawat, jeragat, menegangkan kulit, mencerahkan kulit, melembabkan kulit, melebatkan bulu kening dan digunakan sebagai masker.

11. Dijadikan bahan pembalut untuk tangan terseliuh atau patah.

12. Merawat penyakit sendi dan bisa - bisa tulang.

13. Digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit resdung, penyakit malaria dan sakit mata.

5 comments:

  1. igt lagi arwah moyang dok gentel2 sireh pastuh letak kapur dan buah pinang, pastuh mkn...hahah

    ReplyDelete
  2. itu lah yg biasa di dengar daripada org dulu2.
    satu lagi kegunaannya: menghilangkan gian bagi penggemar sirih. he3

    ReplyDelete
  3. pakcheek > mesti gg arwah moyang kukuh dok?

    piewahid > mcm mn lak jd penghilang gian sireh tu?...x phng starang

    armouris > kanser servik lak....huhu, jp lg tgk

    ReplyDelete
  4. salam aima...
    Byk khasiat daun sireh ni yang kita tak tahu... teringat masa kecik2 dulu kalau musim panas hidung akak selalu ber darah... mak selalu ambil daun sirih.... lps tu lipat kecik2... pastu dia sumbatkan dalam hidung yang berdarah tu.... confirm darah berenti kuar... pelik kan tapi benar.....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...