Friday, July 23, 2010

Tazkirah Di Hari Jumaat - kelebihan sya'ban

Amalan-Amalan Sunat Pada Bulan Sya‘ban

Keistimewaan bulan ini bahawa amalan seluruh manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala, maka sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan. Maka antara amalan yang digalakkan pada bulan Sya‘ban adalah:

1. Memperbanyak puasa sunat.- Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Sya‘ban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

2. Bertaubat dan beristiqhfar

3. Memperbanyak zikir dan berdoa-Ini bersesuaian dengan janji Allah Subhanahu wa Ta‘ala bahawa orang-orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah. Ini kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.

AMALAN PADA MALAM NISFU SYABAAN:

Selesai sembahyang Maghrib hendaklah dibaca YASIN. Dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan diluaskan Allah rezkinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya.

Pada malam Nisfu Sya'aban sangat baik dibanyakan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita.

(Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.

Memohon keampunan dua ibubapa,

Maksudnya: YA TUHANKU AMPUNILAH AKU DAN KEDUA IBUBAPAKU DAN RAHMATILAH DUANYA SEPERTIMANA MEREKA MENDIDIK AKU DI WAKTU KECIL.

Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang)

Maksudnya: AKU MOHON KEAMPUNAN ALLAH DAN AKU BERTAUBAT KEPADANYA.

Membaca: (beberapa kali - pahala seperti ibadat seribu tahun).

Maksudnya: TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN TIADA KAMI SEMBAH MELAINKAN DIANYA, DENGAN CARA IKHLAS KEPADANYA, LAGI TETAP TEGUH DI ATAS TAUHID, WALAU PUN MEMBENCI OLEH ORANG-ORANG KAFIR.

Membaca Al-Qur'an.

Membaca Tasbih: (Seratus kali tiap-tiap satu)

Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi.

Maksudnya: Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung.

Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar (Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong.

Membaca Solawat Atas Nabi: ( 10 atau 100 kali pagi dan petang )

--------------------

15hb syaaban 1431- 27 julai 2010

"sabda Rasullah SAW bermaksud. apabila tiba malam nisfu sya'ban, maka pada malam tersebut berjagalah kamu dengan mendirikan solat, beribadat dan berpuasa pada siangnya. Allah SWT berfirman, 'sesiapa yang meminta ampun maka AKU ampunkannya, mereka yang ditimpa bala bencana maka AKU lepaskan, mereka yang meminta rezeki AKU berikan rezekinya.' Sabda Rasullah SAW lagi, bahawa Allah SWT memerhatikan hamba-hambanya pd malam nisfu syaaban, maka diampunkan dosa sekelian makhluknya kecuali org yang menyekutukan Allah dan orang yang tidak mahu bercakap sesama saudaranya(sesama orang islam)" - hadis riwayat at Tarmizi dan Ibnu Majah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...