Wednesday, December 17, 2014

Tiramisu

 
ai always luv twiggies
choc, oren, semua sedap
jumpa pulak dengan tiramisu
wah lagi jatuh cinta

not so sweet, spongey, creamy
itu la twiggies kegemaran ai dan oppa

tiramisu ni lite coffe, still chocolater
bila bila masa dimana jua
one for me, one for oppa

Saturday, December 13, 2014

Naik Lima poSen

ini rupa roti john yang telah dihangitkan pagi ni
roti john semalam buat sarapan
roti john sedap pasar malam im2

rupanya regenya telah meningkat naik
dari rm3.50 dah jadi rm4
seiring dengan kenaikan harga telur sebanyak sepuluh sen itu
maka roti john dinaikkan sebanyak lima puluh sen
hmmm, sebulan sekali je belinya
takpe la....seiring dengan kesedapan
nanti jadi berapa la regenya ekkk
belum gst....kheee

Friday, December 12, 2014

Menu Seminggu

Jumaat 19 Safar

 mati itu pasti.....mengingati mati di tuntut....ingat atau tidak pasti mati

apa yang kita cakapkan apa yang kita ucapkan apa yang kita tuliskan
pasti ada kesan dan akibatnya
andai lalai atau leka
kembali la ke jalan yang esa

Wednesday, December 10, 2014

Kenduri penghujung 2014





kepada ummi dan arsyad, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.....

bulan ni serentak tarikhnya ai ada tiga kenduri, doorgifts tu dari tiga rumah la tu, dari bachok kelate, padang air kuala terengganu dan alor ketitir merchang....alhamdulliilah berjaya penuhi ketiga tiga jemputan walau yang kat merchang tu agak lambat sedikit....

rata rata kenduri agak meriah dan sederhana, bagusla begitu.....semoga ia diberkati..

Monday, December 8, 2014

Kuih Topi

 

orang muda panggilnya kuih topi, orang tua panggil kuih cucur, crispy lemak manis....macam apam india tu, kuih ni boleh didapati di sebuah kedai kecil di persimpangan empat bertrafic lite, Gunung, Bachok, Kelantan...nampak kedai orang ramai ya la tu

kuih ini di goreng dalam kuali kecik sebiji biji dan dijual dengan harga rm1 tiga biji,...terlalu murah, mendapat sambutan hangat penduduk tempatan dan mereka mereka yang mengetahuinya....saiz sebiji agak besar dan kira terlampau murah untuk 3biji rm1....

beratur orang yang menunggu untuk dapatkan kuih, sorang sorang beli dalam kuantiti yang agak banyak.... mak beli rm5 tu pun banyak...15 biji, esoknya masih berbaki....sedap di makan panas panas, rasanya agak manis namun rasa lemaknya menyeimbangkan rasa kuih topi tersebut. 

jika ke kelantan, boleh searchings, tak rugi...

Friday, December 5, 2014

Mau Kaya ?

 

semua orang adalah kaya
kaya emosi, kaya pekerti, kaya budi

mau kaya?
berdoa sepanjang masa

minta apa jua
kaya benda kaya iman

beruntung jika kaya harta
beruntung lagi jika kaya segala



senda kaya di petang jumaat, istilah kaya menjadi mainan kata, jika nak kaya bersedekahlah, kerna dalam sedekah ada berkat, jika berkat kaya jiwa kaya la kita

kaya tidak hanya merujuk kepada harta, kaya pekerti itu yang lebih bernilai tinggi, di pandang mulia

kaya tidak hanya dengan memiliki rumah yang besar, kereta yang mewah, tapi ketakwaan yang menzuhudkan

bila tiada harta gemilang namun punyai sabar yang cemerlang pasti handalan

 

Tuesday, December 2, 2014

Daun Salad dan Khasiatnya

Daun salad merupakan pelengkap kepada nasi ayam, dan juga kepada sandwich, tapi ia sebenarnya bukan sekadar sayur daun pelengkap hidangan, ia mempunyai kebaikan dan khasiat yang tiada tolak bandingnya...

dengan nama saintifiks nya Lactuca sativa membekalkan khasiat seperti;

1. penawar kepada insomia atau ganguan tidur malam

2. kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium potasium, vitamin A dan C serta magnesium dan zink

3. Daunnya yang mengandungi air, karatin dan saraf dapat menghilangkan rasa dahaga dan melancarkan sistem pernafasan.

4. ia mampu mengurangkan paras kandungan gula dalam badan, mencegah kanser, mengubat kencing manis, gout, penyakit jantung dan sistem penghadaman.

itu dia, ubat yang mujarab jugak ni
sumber, #bernamaradio24

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...